Thursday, February 25, 2010

Taman Botani Putrajaya

Dah lama rasanya tak udpate blog aku ni.hampir 2 minggu jg la.Kesibukan dan kesuntukan waktu yang buat aku tak berkesempatan nak update blog aku ni.huhu~Bersempena cuti Tahun Baru Cina hari tu aku dan tunang bercadang nak berjalan2.Tapi memandangkan kami dah bosan nak ke mall so kami decide nak buat aktiviti riadah je.Walaupun cuaca kat luar tu tgh panas gile kami redah juga la.Akhirnya kami decide nak ke Taman Botani Putrajaya..**cuti agak panjang kali ni tapi akibat cuaca yang tak menentu kami malas nak berjalan2 sgt,memandangkan duit poket pun dah kering baik ddk umah je kan,cuma ke taman botani ni je kami mampu.hehehe..gile kayap bulan ni**
Sedikit info yang boleh kita kongsi bersama:
Taman Botani Putrajaya telah dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 4 Februari 2003.Taman ini terletak di Presint 1,Putrajaya dalam lingkaran Persiaran Sultan Salahuddin Abd. Aziz.
Taman ini mempunyai lebih 700 spesis pokok-pokok berbunga dan landskap daripada 90 buah negara tropika yang terdiri dari 3 koleksi utama iaitu Amerika Tropika, Afrika dan Asia Pasifik.Ia terbahagi kepada 4 zon utama iaitu Laluan Jelajah,Bukit Palma,Taman Flora dan Persiaran Tasik dan setiap zon terbahagi kepada pelbagai koleksi seperti Titian Kanopi,Denai Helikonia,Taman Pepanjat dll..
Perkhidmatan yang disediakan seperti Pusat Interaktif,Lawatan Berpandu,Astaka Morocco,Perkhidmatan Tram,Sewaan Basikal,Sewaan Bot Kayuh dan juga Kedai Cenderamata.

P/S: kepada sesiapa yang belum pernah ke Taman Botani ni sila2 la melawat ke tempat ni.Memang best.Environment dia memang cantik,ramai juga yang datang dengan keluarga,bawa anak2 jalan2 kat taman ni.Sekali lagi aku nak seru kepada semua,especially orang Putrajaya n orang yang berhampiran dengan kawasan ni rugi kalau tak pegi melawat tempat ni =).

Kat bawah ni ada beberpa pic yg kami rakam waktu kami di sana..jom layan!! ~~


basikal merah menjadi pilihan ku!**aku pun xpaham kenapa aku suka sgt pilih color merah.mak aku sampai pening bila aku bt pilihan langsir utk umah aku pun aku nak langsir tu warna merah.huhu~**










tempat ni memang cantik!









aku rasa tempat ni yang paling aku suka (**,)..kawasan dia agak curam, tapi memang sesuai kalau nak amik gambar ala2 hindustan gitu!nak amik gambar kawen pun sgt sesuai kat tempat ni.seyes tak tipu =)




restoran pun ada kat sini.tapi siang2 hari tak buka la..nak makan seafood tgu petang2 cikit..

basikal yang menemani kami sepanjang berada di sana~

Aktiviti kali ni memang memenatkan,tapi sungguh menyeronokkan!!aku rasa banyak gak berat badan aku turun hari ni..ada la dlm 2-3 kilo..huhu~tapi lepas klua je dari tempat ni,aku dan tunang,masing2 tengah kelaparan.Kami terus ke Taman Warisan,makan nasi ayam!bila dah2 panas2 pekena plak ABC.pergghhh memang layan.balik umah terus tido!letihla katakan..huhu~dan aku rasa berat badan terus je naik secara mendadak!oohhh no!!!!!!!!!!!!!!!

Friday, February 12, 2010

Lunch Time=)

Lunch time kali ni di Chakri Palace, Alamanda.Hari ni Pn Hasmawati blanja unit DP sempena birthday En. Muhammad Fairuz & Cik Norhayati..So kepada kak zi yang mc minggu ni, harap maaf ye..Pn. Ungku pun yg tgh cuti bersalin,sorry kami makan dulu ye.. Ni kali kedua Pn. Hasmawati bawa kami mkn kat sini. Price kat sini agak mahal jg la bagi aku..**tapi bg yg rasa2 dah terlebih duit tu blh la makan kat sini slalu..huhu**Kali ni kami order ala carte je.. Dulu dah try set dia so kali ni kami try ala carte plak. Kali ni tak dapat makan di bilik VIP. Agak ramai customer hari ni. So mkn kat meja luar jela ye~





ada sijil halal.so don't worry~

hmmm byk sgt menu, tak tau nak order apa..




En. Fairuz tlg jgn control senyum ok!



our beloved bos!Pn. Hasmawati, sgt baik hati orgnya (**,)

2 jejaka yg tgh kelaparan.lagi2 bday boy tu.tak sabar2 nak makan..haha~


daun kaduk. sgt sedap!ala2 mkn daun sireh la.tapi daun kaduk ni mmg sedap.kalau dtg kat sini daun ni korg wajib cuba~





reaksi org yg 1st time nak cuba mkn daun kaduk ni.haha~


ni la lunch aku. byk sgt pilihan sampai pening nak pilih. last2 amik nasi goreng ni jela..aku pun dh tak ingat apa nama nasi goreng ni.

ayam goreng pandan

tangan suzi yg tengah menguis saki baki makanan yg ada dlm pinggan aku..hehe