Wednesday, June 17, 2015

Tragedi Cherating Part I

Assalamualaikum. 3 hari 2 malam percutian ke Cherating, Pahang dah berlalu sebulan yang lepas tapi baru hari ni nak hapdet! Sibuk bebenor kononnya kan. Ku sangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari, eceeeewah! Berpujangga sangat kan... Nak tau kenapa kenapa begitu ayatnye moh baca sampai habis dulu

Day 1

Pukul 11.30 pagi bertolak dari klang ( rumah mak) coz time tu singgah dulu sana sebab nak tengok anak buah baru, abg dapat anak no. 5 dan nak hantar kiah ikan pekasam yang kawan kirim haritu. nak dekat pukul 5 baru sampai Cherating,Pahang tu pun sesat kejap kat kuantan. Sampai hotel terus check in lepas tu terus cari kedai makan sebab perut ni dari tengah hari tak di isi lagi. Menggulupur la aku dengan En Suami cari nasi. Kami makan kat area depan hotel je malas nak pegi jauh. Harga boleh tahan mahal standard KL ok! Lepas makan terus balik bilik tukar baju bawa anak anak mandi pantai. Lama sangat tak pijak pasir pantai dan dah lama sangat rendam kaki dalam air laut. Tak dapat nak mandi lama sebab turun pantai pun dah lewat petang. 



View dari bilik


Malam takde aktiviti lain nak buat so apa lagi aktiviti yang lebih menarik selain makan. Makan malam kami di Kemaman, Terengganu malam tu. Kopi n roti bakar perfect combination! Malam dekat town Kemaman agak happening la juga, oh ya Cherating, Pahang dengan Kemaman, Terengganu dah tak jauh sebab tu boleh pegi 2 negeri sekaligus malam tu.


Day 2

Kami jadi orang pertama yang sampai kat cafe pagi tu, yang lain masih di ulat mimpi mungkin. Bangun awal pagi bersebab dan sebabnya lepas breakfast kami nak ke Kuala Terengganu. Masa perjalanan Cherating nak ke Kuala Terengganu lebih kurang 2 jam. Sampai terus ke Pasar Payang, lama sangat dah tak ke pantai timur, seronok bila sesekali dapat jalan jauh macamni. Kedai banyak tutup la pulak maklumla hari jumaat. Dapat la rembat cotton baby sehelai. ye kot nama dia macam tu aku pun dah lupa :D Geram sangat tengok kain kain kat sana semuanya cantik cantik! Mengenangkan duit tak berapa nak lebat maka jalan sambil jeling jeling jela kain kain tu. 

Selesai kat Pasar Payang cari pulak keropok losong gigih google sebab nak cari area mana yang jual keropok losong. Ok rupanya Dari Pasar Payang nak ke Kg Losong takla jauh sangat. Beli keropok losong takla banyak sangat dalam rm15 je. Keropok kering dah beli siap siap kat Pasar Payang tadi.


Bila dah setel keropok losong kita ke Mengabang Telipot, nak makan Ikan Celop Tepung segala. Jauh gila rasanya nak sampai kat sini. Hasil carian kat google kata ada satu kedai ni best, eh lupa pulak nama kedai tu. Sekali sampai ke destinasi kedainya tak buka lagi.. Orang tu baru nak basuh ikan ikan dia.. Adoi singgah kedai sebelahnye pun jadi la.. Tapi feel nak makan tu takla memuncak sangat maybe perut masih kenyang lagi makan keropok lekor tadi. Tapi jadi la nak lepas tekak punya pasal. Rush balik semula ke Cherating plan petang tu nak bawa anak anak mandi pantai n mandi kolam


Gambar mandi pantai will update soon


Day 3

Last day here. Sarapan dulu sebelum check out. Plan tengah hari ni nak singgah ke Kedai Kopi Hai Peng kat Kemanan. Muka masham si abg dengan si adik baru bangun tido. Eiii geram tengok korang ni. Yang si adik baling sudu tak sudah sudah mak nak makan pun tak senang di buatnya. 




To be continue next entry