Thursday, August 18, 2011

Salam Ramadhan...

Syukur alhamdulillah.. Pejam celik pejam celik dah masuk hari ke 18 kita berpuasa kan. Setakat ke hari ni tak penah aku tinggal puasa lagi walaupun dalam keadaan berbadan berdua. Syukur pada Mu Ya Allah~ Segalanya dipermudahkan untuk kami berdua mengharungi bulan yang penuh mulia ini. Yang penting sahur jangan tinggal. Takut siang hari tak larat pulak kan.. So nak puasa ni bekalan makanan untuk baby kena la cukup. Baru la kuat nak puasa...

Sepanjang berpuasa ni menu berbuka sepanjang 2 minggu pertama semua home made okey!! Rajin x??ngeeee~Aku pun tak tau la kenapa kali ni aku rasa rajin sangat nak buat keje walaupun dalam keadaan berbadan dua ni kan.. Nak dapat baby girl ke?? Hehe..Tak tau la..Aku tak kisah dapat baby girl ke boy ke.. Janji selamat... Sampaikan Encik Suami pun naik risau tengok aku terlebih rajin. Ala masak simple-simple je, janji kenyang. Yang penting baby dalam perut ni dapat khasiat yang secukupnya. Aku ni kalau nak beli lauk kat luar memang kureng cikit, takut tak sedap, so sebagai kesimpulannya baiklah aku masak sendiri walaupun sekadar goreng ikan bilis.

Minggu ketiga ni baru la baru berkesempatan berbuka puasa kat luar dengan kawan-kawan, sabtu minggu lepas klua makan dengan kawan-kawan Encik Suami kat Sri Nikat, Sg Lalang , **actually tempat ni kat kg aku,tapi aku tak penah tau kewujudan kedai ni..hehe** Makan kat sini sangat la murah.. Order ikan sampai 14 ekor ikan, ayam 2 pinggan, sayur 3 pinggan baru rm190. Macam tak percaya kan..Next time bolehla datang makan kat sini lagi.. Hari ahad berbuka dengan kawan-kawan futsal aku pulak kat Seoul Garden. 1st time makan kat sini. Sedap!! Encik Suami pun suka. Nanti nak datang lagi la ;). Yang paling latest, semalam sempat juga berbuka berdua2an dengan Encik Suami di Penang Village, Alamanda. Tahun ni sangat la tak teruja nak makan kat luar. Tak taula kenapa. Opss terlupa plak esok nak berbuka dengan kawan-kawan seangkatan masa study di Uitm dulu.. Rindu pada kamu semua walaupun tak ramai yang dapat datang dapat jumpa 3,4 kerat pun jadila... Biasa la dah besar-besar ni banyak komitmen kannnnn....

Ok la..nanti update lagi. Gambar time berbuka pun tak excited sangat nak amik..Maybe muka dah semakin mengembang kot.. Huhu.. Tapi aku nak ajak Encik Suami buat photoshoot dalam keadaan aku berbadan dua ni la. Nak jadikan sebagai kenang-kenangan..Actually idea ni dah datang lama dah cuma nak tunggu masa yang sesuai je.. Harap-harap tertunai la impian aku nanti. K cukupla aku membebel sampai sini dulu, next time jumpa lagi! Bubye

Friday, August 5, 2011

HB2U

Allah Selamatkan kamu
Allah Selamatkan kamu
Allah Selamatkan
Khasyful Azim....
Allah Selamatkan kamuuuuuuu

(**,)
Buat suami tersayang
Semoga panjang umur, murah rezeki & sentiasa dalam lindungan Allah
Semoga kebahagiaan akan sentiasa menjadi milik kita
Amin


Monday, August 1, 2011

1 Ogos 1 Ramadhan, 2011


Selamat Menjalani Ibadah Puasa
Semoga ramadhan kali ini akan lebih bermakna buat kita semua dan semoga ramadhan kali ini akan lebih mendekatkan diri serta merubah diri kepada ke arah yang lebih baik..InsyaAllah...





ps :
Agak agak baby dalam perut ni boleh tahan ke??Sabar ye sayang..Kita cuba dulu k..Harap harap baby dapat tahan la ye sayang..Aja-aja fighting ok!**ni la akibatnye kalau mak dia suka sangat tengok cite korea** ;D

Me @ Week 20

Syukur alhamdulillah
Dah 5 bulan akhirnya
Ok dah tak lama lagi ni..hehe
4 months to go
Hopefully everything gonna be ok

Tapi semalam masa tengah sibuk sibuk masak
Encik Suami pulak kemas umah, mop lantai
Ada pulak insiden yang tak diingini
Waaaaaaaaaaaaaaaaa
Ntah macamana boleh tergelincir plak
Nasib la tak jatuh terduduk
Nasib sempat tahan dengan tangan dulu before jatuh
Encik Suami punya la risau sampai suruh jangan gerak mana mana
Duduk je kat dapur sampai dia habis mengemop lantai

Petang rasa tak sedap hati
Ajak juga la Encik Suami ke klinik
Alhamdulillah so far takde masalah besar
Bleeding pun tak juz rasa sakit sikit je kat perut
Rasa sedih sangat bila doctor tanya
"apa yang awak risau kan sangat sekarang?"

Apa punya soalan la doctor ni
Haruslah risau kan..1st baby kotttt
Macam macam perkara tak baik terbayang kat dalam kepala ni tau
Issshhhhh doctor ni
Nak bagi puas hati aku minta doctor scan juga
Bila scan dah nampak jantina dia..Hehe :)
Tapi tak sure sangat la sebab kecil lagi kan
Takpelah tunggu besar cikit baru confirmkan baby ni gugurl ke boboy erk