Salam jumaat semua. Makin dekat nak bersalin ni makin banyak ujian yang datang. Walau macam mana pun sebagai manusia yang kerdil harus menghadapinya dengan redha.. Kalau nak di ceritakan satu persatu memang 10 hari 10 malam belum tentu habis. Masalah dengan kesihatan diri, masalah anak, masalah kereta, masalah duit hishhh macam macam lagi la. Tapi takpe aku hadapi ni semua dengan tabah. In Shaa Allah akan ada sinar kebahagiaan di masa depan..
Tapi 18 Jun 2014 ( Rabu, jam 12.12 tengahari) perginya seorang pakcik kesayangan aku ke rahmatullah.. Dalam usia 53 tahun dia pergi meninggalkan kami semua. Kami sedara mara panggil dia Pak Endek. Ni adik mak aku, so sekarang adik beradik mak tinggal 3 orang je lagi daripada 5 beradik. Sedih memang sedih, tapi Tuhan lebih menyayangi dia. Aku bersyukur sangat sebelum perginya dia meninggalkan kami aku sempat berada di sisinya. Aku sempat bisikkan kalimah Allah ditelinganya. Walaupun dia dalam keadaan tak sedarkan diri, tapi hakikatnya dia dengar apa yang orang sekeliling cakapkan, sebab masa aku bisikkan kalimah Allah ditelinganya, mengalir air mata dia. Aku cuba bagi kata kata semangat, tapi apa kan daya Allah lebih sayangkan dia.
Masa dapat berita yang Pak Endek dah tenat aku terus call Encik Suami, ajak dia pergi Hospital Kajang, Lebih kurang pukul 11.30 pagi aku sampai kat sana ramai juga yang dah datang. Doktor memang dah pesan peluang dia nak hidup memang sangat tipis, doktor hanya mampu cuba yang terbaik. Masa doktor bagi bantuan yang terakhir tu aku ada kat sebelah walaupun tirai di tutup aku intai juga cikit cikit. Aku intai sekejap je, tak mampu rasanya nak tengok lama-lama. Tapi apa kan daya Allah lebih menyayangi dia. Memang doktor dah bagi tau yang peluang sangat tipis. Tapi lepas bagitau yang Pak Endek dah takde aku macam orang bingung sekejap. Macam tak percaya. Aku perhatikan nurse cabut semua mesin yang ada kat badan Pak Endek, otak macam tak boleh berfungsi je time tu. Tapi lepas sedara mara yang lain tutup muka Pak Endek baru aku tersedar yang sebenarnya dia memang dah takde. Ya Allah. Encik Suami peluk aku. Aku antara anak buah yang rapat dengan dia, sebab tu aku terasa sangat bila dia dah takde.
2 minggu lepas aku baru melawat dia kat umah. Pak Endek aku ni masih bujang, dulu penah ada awek tapi aku tak pasti kenapa dia tak jadi kawen dengan orang tu. So memang dia membujang sampai ke akhir hayat. Masa aku datang kat umah dia, nampak dia macam tercungap-cungap. Pak Endek ada asma yang agak teruk, kesian aku tengokkan, aku ajak makan kat luar tapi dia tak larat nak jalan katanya, ok aku bungkuskan mee goreng mamak je kat dia, sebab tahu bakar dan cucur udang yang dia nak tu takde, kedainya pulak tutup. Bukan rezeki dia. Tapi nasib juga la dia sempat makan mee goreng yang aku bungkuskan tu. Itulah kali terakhir aku berborak dengan dia. Aku ajak dia makan sekali tapi dia kata takpe. Aku ajak pergi klinik dia kata dia ok. Lebih kurang sejam lepas tu aku balik sebab ada urusan lain yang aku nak buat.
Ikutkan hari ahad lepas kami adik beradik dengan emak nak datang melawat dia kat umah Busu di Cheras, Pak Endek baru keluar hospital, tapi hari yang sama dia kena masuk hospital lagi sebab semput dia menjadi-jadi. Aku gerak lambat ke rumah Busu, so tak sempat nak jumpa dia. Tapi kami semua pergi kat hospital kajang, malangnya tak dapat juga jumpa sebab Pak Endek kena duduk dalam wad kecemasan. Sebab lama sangat menunggu Busu suruh kami balik je dulu, tak boleh nak jumpa dia pun, since hari isnin kalau tak silap Pak Endek dah mula tak sedarkan diri. Kira aku dapat berbual dengan dia 2 minggu yang lepas. Itulah perjumpaan terakhir aku dengan dia. Memang tak sangka.
Pagi rabu tu terdetik kat hati nak call emak nak tanya pasal Pak Endek, tapi leka buat kerja aku terlupa sekejap. Lepas selesai keje aku tengok hanphone. Dalam whatssapp kami adik beradik bagitau yang Pak Endek dah tenat. Terus aku call Encik Suami. Ikutkan Encik Suami ada meeting sampai pukul 1 time tu, tapi nasib dia terus cabut, sempat juga aku bercakap dengan Pak Endek sebelum dia pergi selamanya. Allah.... Sedih sangat, teresak-esak aku dibuatnya time tu. Ni kira 1st time aku tengok orang yang kita sayang pergi depan mata. Dulu masa arwah ayah meninggal cuma mak ada kat umah time tu. Masa tu aku kat sekolah abang ngan kakak pergi keje. Ni memang pengalaman yang memang tak akan aku lupakan.
Mayat jenazah terus dimandikan di hospital, lebih kurang pukul 4 setel jenazah terus di bawa ke surau untuk disembahyangkan. Lepas asar terus dikebumikan. Rumah kat kampung tu lepas ni memang terbiarla jawabnya. Dah takde sapa nak duduk kat situ. Lepas ni memang dah takde kampung la aku jawabnye... Kenangan masa kecik kecik dulu terus terimbau. Dulu rumah nenek tu ada perigi, halaman pun besar, ada banyak pokok buah keliling rumah tu. Tapi lepas nenek meninggal ada banyak pembangunan kat situ, tapak rumah nenek habis kena amik, rumah yang ada sekarang pun jauh lebih kecik dari dulu. Memang dah tak seronok macam dulu, tenang je, sekarang lori asyik keluar masuk habis rosak rumah di buatnya.
Bila dah takde sapa sapa kat kampung ni memang payah la nak balik kampung.. Tolong sedekahkan al-fatihah ye kat Pak Endek aku ;(.. Al-Fatihah