Yeee genap 8 bulan hari ni.. Lagi 4 bulan boleh tiup lilin. Sekejap sangat masa berlalu dah nak setahun usia anak ibu sorang ni. Jaga Arash tak sama langsung jaga Adam. Maybe sebab Arash baby yang mudah dijaga buat aku tak perasan langsung kepayahan jaga dia. Bukan aku kata jaga Adam tu susah atau menyusahkan tapi pengalaman setiap anak ni memang berbeza. Maybe masa jaga Adam dulu Adam ni baby yang sangat aktif dan lasak, tido malam pun susah so kali ni dapat baby yang tak banyak ragam dan yang paling best tido malamnya lena of kos ibu dan ayah orang yang paling happy sebab dah bertahun tak tido lena, tapi sekarang nikmat tido tu dapat semula kami nikmati oohhh memang best gila!Apapun syukur diberikan zuriat pengikat kasih sayang kami ;)
Dalam usia 8 bulan ni banyak benda dah dia pandai buat. Kebolehan terkini dah boleh mamapah means dah cuba belajar berdiri sambil pegang benda yang boleh menampung dia. Agak bahaya kalau aktiviti ni dia buat time ibu takde dengan dia. Kang dibuatnya masa dia memapah tu dalam condition yang tak stabil ada juga yang jatuh terlentang kebelakang, ni bahaya! So kalau Arash tengah main memang kena selalu perhatikan dia. Nak masak pun kena cepat cepat and selalu jenguk apa yang dia tengah buat. Nak harapkan abang long dia jaga haa memang tak la.. Yang si abang ni kat mana ibu ada kat situla dia nak ada juga anak ibu sangatkan!
Aksi feveret si comel
Tapi kalau lasak sangat ibu kuarantin dia dalam kotak!
Gila kejam. Hahahaha