Assalamualaikum wbt
Tahun ni beraya sakan kami sekeluarga nampaknya. Maklumla tahun lepas dalam tempoh berpantang maka tahun ni sakan sangat rayanye kan... Gambar raya pun tak sempat nak update memanjang sibuk je open house sana sini. Kat ofis pun kemain meriah lagi jamuannye. Memang kaw kaw la majlis raya tahun ni. Tak terkesan langsung dengan GST eh?!
Alhamdulillah genap setahun kami duduk rumah sebenar kami (review pasal rumah pun tak buat buat lagi..adehhh semangat tolong la hadir!!). 1 Ogos 2015 yang lepas syukur alhamdulillah dapat juga buat doa selamat, open house, birthday Arash & birthday Encik Suami! Nah amik majlis 4 in 1 aku kasi.. Setel semua sekali harung. Buat majlis kecil kecil je takde la grand sangat pun yang penting orang yang datang happy sebab kenyang makan di majlis kami ;)..
Jom layan gambar sekitar majlis. Banyak sangat gambar nak letak tapi takut orang menyampah. So kita kasi collage je la gambar nye ye..
Candy buffet ni aku buat sendiri & dibantu oleh Anys a.k.a awek adik aku. Deco kat belakang tu semua dia yang setel. Balang balang kaca ni sewa dari kawan Encik Suami, banyak sangat balangnya sampai ada yang tak guna pun ada. So kalau korang nak sewa boleh roger aku ye.
Antara tetamu di hari kejadian
Birthday boy ibu dengan cousin nye si comel Cik Rose. Diorang ni sebaya cuma beza 4 bulan je Cik Rose lahir 8 March Arash 11 Julai
HAPPY 1st BIRTHDAY MUHAMMAD ARASH DILFY
HAPPY 31st BIRTHDAY MOHAMAD KHASYFUL AZIM
Family saya. Cuma abang ngah je tak dapat datang sebab kat taman rumah dia pun ada buat majlis juga di atu president taman nya so memang tak boleh nak tinggalkan majlis la konon. Poyo kan.. hahahaha
orang kuat dapur
Si abang long masa majlis ni badan dia dah mula dedau. Kesian dia, kurang kasih sayang pun ye. Mana taknye ibu dengan ayah sibuk layan tetamu, tengok dari jauh je. Tapi bila penat main minta dukung. Yang si adik pun tak nak kalah kadang kadang dia pun pandai jeles kalau tengok ibu dukung abang dia. Sudahnya memang kena dukung dua dua sekali la
Si comel
Penutup majlis kami. Rombongan tahlil dari surau rumah kami. Ikut plan nak ajak datang tengahari tapi memandangkan diorang ada jemputan kat tempat lain terpaksala dioarang datang lepas isyak. Tapi kira ok la kalau datang awal haritu memang kelam kabut juga nak setting makanan.
Alhamdulillah majlis yang kami rancang berjalan dengan lancar. Walau pun majlis kecik tapi macam macam juga nak kena plan bila dah settle lega sangat sangat. Terima kasih pada yang sudi datang pada yang tak sempat datang kalau korang nak datang bila bila jemputla, kami sekeluarga sudi terima kunjungan korang ;)
Menu hari kejadian
Nasi Daging
Bakso
Ketupat Nasi + Rendang Ayam+ Kuah Kacang
Kuih Muih & Dessert
Simple je kan but yet delicious (",)