Thursday, December 31, 2009

BALIK KAMPUNG

Awal bulan hari tu aku dan tunang tersayang balik ke kampung di Jitra, Kedah untuk buat sedikit persiapan untuk majlis kami nanti.. Puas aku pusing area Jitra n Alor Setar. Susah betul nak jumpa baju yang aku berkenan. Lagi2 musim cuti sekolah ramai la orang kawin, baju pun banyak yang x dapat aku tengok. Last2 aku patah balik ke kedai pertama yang aku penah usha sebelum ni dan kedai ni memang berdekatan dengan umah tunang tersayang. ROMZY STUDIO. Baju2 kat sini memang tip top! banyak pilihan. Tapi sayang macam aku katakan tadi banyak baju yang dah disewa orang. Dalam banyak2 yang aku belek baju ni agak menarik. So aku pilih dulu baju ni buat masa ni. Lagi satu baju akan aku pilih bila aku balik sana bulan Februari ni. Tapi aku agak xpuas hati dengan beberapa staff kat sana. KEREK!!!! macam celaka!**mentang2 la kedai yang ko keje ni besar nak eksen plak..macam la ko tokey**Nasib baik baju kat sini cantik2 nak xnak aku pilih jela. Malas nak serabut kepala. Dan yang aku paling xsuka, style orang utara agaknya..pengantin kena pegi make up kat kedai!hekeleh...memang xdapat diterima akal pada mulanya. Tapi aku dah tanya banyak kedai semua memang buat macam tu. Nasib badan... Ada lagi tapi...bakal mak mertua xberkenan plak dengan baju lelaki nya..aduh dia nak anak dia pakai baju melayu jugak! ..serabut2..otak aku ni macam nak pecah dibuatnya..hurmm nampaknya aku kena la pilih baju lain macamni.. Bila aku bincang dengan tunang tersayang, kami bercadang baju ni kami nak buat untuk outdoor punya sesi fotografi je, hurmmm tengok la macam mana nanti**nak buat persiapan ni memang berdenyut2 kepala otak aku di buatnya..nasibla sebelah aku dah setel!**


Sempat juga kami ke majlis persandingan Mat Lon & pasangan..**bebudak zaman sekarang nama memang pelik2, mak bapak dah letak nama cantik2 tapi pandai2 tukar nama, tapi orang tua pun ada gak nama pelik2 kan, nama betul lain tapi panggil nama lain..hehe..2 x 5**Majlis Persandingan berlangsung di Dewan Gemilang, Kelab Golf Darul Aman. Agak meriah juga majlis ni. Tapi yang paling meriah makanan dia. aku suka ais krim dia!sedap gile! Aku makan 3 mangkuk..hehe..cuaca plak tengah panas, memang sesuai aku makan ais krim ni, lagi benda free ;p:D..lalalala~~




comel sangat flower girl ni kan (",)


ni la ais krim yang aku cakap tu. sedap tau! nyumnyum




PADANG BESAR


Esoknya kami ke Padang Besar. 1st time aku datang kat sini. Memang excited sangat bila nak pegi. Mak aku dah pesan awal2, kalau aku pegi sana jangan lupa belikan dia baju kelawar **hurmm dalam banyak2 bende baju kelawar juga yang mak aku pesan** Tunang tersayang bawa aku ikut jalan ladang tebu. Memang luas gile tempat ni. Aku ingat nak amik gambar kat sini time balik nanti.. Tapi kami dah melencong plak kat Perlis. Malas nak patah balik. So gambar papan ni jela yang aku dapat amik.


mana satu aku nak masuk dulu nih??


Baju budak2 memang cantik.. aku pun sampai rambang mata nak pilih yang mana satu.. Nasib la aku xde anak lagi. Kalau x..memang habis duit aku borong baju2 ni.. Aku cuma beli baju untuk anak buah aku yang paling kecil je, yang lain aku belikan mainan.


Hurmm yang ni untuk mak aku. xsampai hati plak nak belikan baju kelawar je, aku cari kan la baju untuk dia berjalan2 plak.. Dari hari tu mak nak beli baju. Tapi kalau aku yang pilih mesti la ikut taste aku..hehe..nasib la mak..

Ini lah tunang saya. hehe.. Sangat sibuk nak cari seluar pendek.. ** seluar yang sayang pegang tu pun ok juga..bleh jadi superman baby..hakhakhak**


smart juga motor orang thailand ni kan ;P

Ok dah habis shopping untuk mak, aku, mak mertua, anak buah bla bla bla.. Dalam gambar ni memang nampak sikit barang2 aku..sebahagian barang2 yang aku shopping dah aku pos dalam kereta dulu. Dah xlarat aku nak pegang, banyak sangat!!




Inilah makanan tengahari kami. Aku pilih tomyam+telor dadar+nasi putih. Tunang aku plak nak sangat2 makan pulut ayam dia. Sebelum balik kampung x habis2 dia sibuk cerita pasal pulut ayam ni. Mengalahkan orang mengidam.haha~~





Air kelapa ni memang sedap!



Last station! Kami ke Kuala Perlis.. Tempat ni dah x menarik macam aku pegi sebelum ni. Jalan pun dah berubah. Aku singgah kejap je sambil makan laksa plak..** asyik makan je mana la x gemok!haha** Sampai rumah ngam2 pukul 6 petang.. fuhh memang rasa nak tercabut lutut aku di buatnya.. Tapi seronok dapat shopping untuk orang tersayang (",)
























Tuesday, December 8, 2009

KOMEDI ROMANTIK VS SERAM

Jumaat malam sabtu aku dan buah hati tengok cite ni kat Sunway Pyramid.aku rasa nak tgk sangat cite ni.so aku suruh la buah hati aku booking siap2 cite ni dlm tenet.sampai je kaunter terus collect tiket.express!xpayah susah nak beratur panjang2..bila dh dpt tiket kami terus cari kedai makan.lapar sgt perut aku malam tu!perut dah masuk angin plak.pusing punya pusing bikin kepala aku pun pusing.banyak sgt kedai makan sampai dah x tau nak makan apa.last2 makan McD je malam tu.lepas makan sempat la juga round2 dlm shopping kompleks tu kejap.perghh bosan gile.xde satu benda pun yang berjaya buat aku tertarik..tepat jam 9.30 pm kami dah berada di dalam panggung.ramai gak yang tengok cite ni rupanya.perjalanan cerita ni memang menarik.mengisarkan tentang 4 orang couple yang bercuti ke sebuah Pulau Eden.actually percutian ni di rancang oleh sepasang suami isteri yang tengah dilanda krisis rumah tangga.untuk ke pulau ni diorg telah mengikuti pakej yang telah disediakan oleh pihak hotel.semua aktiviti telah disediakan untuk pasangan2 ni.dalam waktu tu macam2 perkara telah berlaku.macam2 gelagat setiap pasangan yang dpt kita tgk.ada yang jujur ada curang.tapi at the end semua bersatu semula.sweet sgt...its all about how we handle our marriage and our relationship.memang rugi sape yang tgk cite ni.tapi satu je aku xsuka tentang cite ni dia ada sebut perkataan "Makkah" tapi aku xpasti apa yang dia cakapkan.laju sgt dia cakap.aku xperasan plak.hurmm aku bagi 4 bintang untuk Couple Reatreat!







cite ni agak seram pada mulanya..tp part last tu mmg macam hampeh!actually aku dan buah hati nak tgk 2012 di Alamanda.tp alangkah malangnya bt kami pada malam tu.tiket dh SOLD OUT!!waaaaa..buah hati aku mmg sgt sedih.sebab dia yg beria2 sgt nak tengok cite tu.aku xde la excited sgt..aku lebih suka tgk cite Komedi Romantik..cite ni dh 2 mgu aku rasa kat wayang, tapi masih ramai lagi yang nak tengok cite ni.ingat bila pegi last2 minit ni dh xde org.nak xnak terpaksa la layan cite Phobia.yang lain semua cite kartun!dalam cite ni ada 5 cite.cite yang pertama sampai ke-4 memang agak seram.sampai kan buah hati aku ajak klua panggung.hehe..tp aku xbagi.aku cakap dengan dia **jgn ngada2 nak kluar.awak nak sgt tgk cite ni kan..kite tgk sampai habis k**nak xnak kena la dia tgk jg cite ni.haha.kejam aku.padahal aku takut gak time tu..tapi part yg last tu buat semua org dalam panggung tu gelak besar.its dumb but funny!ala2 cite Ju-on ada gak..aku bagi 3 bintang jela untuk cite ni.

Friday, December 4, 2009

OLY'S WEDDING



posing manja sebelum makan

kawan2 yg gile glamour!hahaha

Pekahwinan antara Nur Liyana & Dr Poudzi di Dewan Felda KL..majlis kawan berlangsung pada 23 November 2009.hari ISNIN ok!!oly ni sengal btl la..ada ke bt kenduri kawen hr isnin.mcm xnak jemput org dtg je..hahaha (oly aku gurau je)..dia hantar mesej kat aku..**ziera jemput dtg majlis kawen aku nnt tau, nnt aku hanta kad**nak tunggu kad si oly ni punyalah lama.dh kena sound dgn aku baru la terhegeh2 nak hanta kad.bikin panas btl la kawan aku ni..hurmm bl aku tgk calender 23hb jatuh hari isnin.ishhh ikut hati mmg la berat sgt aku nak pg.bukan sebab apa,phm2 jela time hari keje.jln kompem jam!!tapi kawan punya pasal aku gagahkan juga la pegi kenduri oly ni..aku bertolak dari sri kembangan jam 7.10 mlm..oja dgn ayu pun follow aku.diorg xreti nak g tempat tu.so diorg follow aku dari blakang..knp dr blakang??yela aku g dgn "abg driver" hehehe..so diorg naik kete lain lps kenduri blh trus cabut blk klg.xpyh susah2 nak kna hnt aku blk sri kembangan blk..cuaca hr haritu nampaknya xberapa baik.terpaksa le kami meredah hujan..ngam ngam sampai 8.30 mlm.nasib baik jln x jam sgt..sepanjang majlis sibuk berbual dgn kawan lain.kecoh gak la table kami..haha..aduh lama plak menunggu pengantin..tunggu punya tunggu...telinga aku terdengar bisikan biola (lagu apa ntah org ni main kan,yang pasti meremang bulu roma aku dengar lagu tu)..waaa seronoknya...romantik gitu.siap ada org main biola time pengantin nak masuk..jakun sekejap aku di btnya.hahaha..yela mana ada lagi kawan2 aku yg kawen sampai mcmni(ni yg aku nak pilih Abg Dr. gak ni..haha..nak mampos..tunang aku nak letak mana)..so sweeeett.......pengantin memang lawa mlm tu..aku suka baju oly.bling bling gitu!malam tu mmg oly lain sgt..cantik..ni yg bt aku x sabar nak jd pengantin jg ni;D..majlis oly memang best!yg paling aku suka time dia bersanding..suasana romantik habis la! apa pun aku nak ucap tahniah la kat ko oly..selamat pengantin baru..semoga kekal ke akhir hayat..amin..


p/s: oly hadiah yg xde nama tu aku, oja dgn ayu yg bagi tau!

Tuesday, December 1, 2009

testing..testing..

hai semua..ini adalah percubaan pertama aku membloggingkan diri aku..aku ada baca beberapa blog kawan2 dan blogger2 yg lain.agak menarik..so aku decide utk aku buat blog aku sendiri..asyik baca blog org je baik aku buat blog aku kan..hehe..di samping tu blh gak aku berkongsi cerita dengan korg semua kan..hope semua enjoy!!!