15 JANUARI 2010,JUMAAT.Gerhana merupakan satu kejadian astronomi apabila kedudukan bulan atau matahari bertentangan antara satu sama lain dengan bumi menyebabkan ada bayang terkena pada permukaan bumi.Ia satu fenomena alam yang sma sekali tidak da kaitan tau menjadi petanda buruk dengan sebarang kejadian lebih-lebih lagi yang buruk.Jauh sekali fonemena ini kononnya disebabkan oleh kemurkaan ALLAH SWT,tetapi merupakan petanda kepada kebesaran Nya.Namun yang jelas,ia bukan fenomena baru yang berlaku pada zaman ini.Tetapi telah berlaku sejak alam ini dijadikan dan juga pada zaman Rasulullah saw.
Sebagai umat Islam,apa yang patut kita lakukan apabila berlaku gerhana adalah seperti yang diseru oleh baginda iaitu solat sunat gerhana yang dikenali sebagai solat sunat khusuf.
Waktu Disunatkan Solat Sunat Gerhana
Waktunya bermula ketika berlakunya gerhana dan berakhir dengan hilangnya gerhana tersebut dan keadaan menjadi seperti sedia kala. Begitu juga tidak diharuskan menambah ruku’ menjadi tiga bagi satu rakaat sekalipun gerhana berlaku panjang, atau memendekkan ruku’ menjadi satu bagi satu rakaat sekalipun gerhana sudah berlalu. Jika gerhana berlalu dan hilang sedang kita masih dalam keadaan bersolat maka dikira sah. Jika gerhana berlaku pada waktu yang ditegah padanya kita bersembahyang, maka dengan sebab gerhana kita disunatkan bersembahyang dan makruh pula meninggalkannya jika kita melihat fenomena gerhana. Ini adalah pendapat di sisi mazhab kita.
Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Matahari
أُصَلِّى سُنَّةَ الْكُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala.”
(Rakaat Pertama)
1. Takbiratul Ihram.
2. Membaca doa iftitah.
3. Membaca Isti’azah. (أَعُوْذُ بِالله مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ)
4. Membaca surah al-Fatihah.
5. Membaca surah dalam qiyam pertama. Dicadangkan membaca surah surah al-Baqarah (ayat 1-25) atau surah al-A’laa (19 ayat).
6. Ruku’ (pertama) dan membaca tasbih (100 kali tasbih).
7. Iktidal dan qiyam kedua, membaca surah al-Fatihah dan surah. Dicadangkan membaca surah al-Baqarah (ayat 26-48) atau surah al-Ghaasyiyah (26 ayat).
8. Ruku’ (kedua) dengan membaca tasbih (90 kali tasbih).
9. Iktidal.
10. Sujud (pertama) dan membaca tasbih (100 kali tasbih).
11. Duduk antara 2 sujud (sunat dipanjangkan tempohnya).
12. Sujud (kedua) dan membaca tasbih (90 kali tasbih).
13. Berdiri ke rakaat kedua.
(Rakaat Kedua)
1. Qiyam ketiga dan membaca surah al-Fatihah.
2. Membaca surah. Dicadangkan membaca surah al-Baqarah (ayat 49-61) atau surah al-Syams (15 ayat).
3. Ruku’ (ketiga) dan membaca tasbih (70 kali tasbih).
4. Iktidal dan qiyam keempat, membaca surah al-Fatihah dan membaca surah. Dicadangkan membaca surah al-Baqarah (ayat 62-74) atau surah al-Zalzalah (8 ayat).
5. Ruku’ (keempat) dengan membaca tasbih (50 kali tasbih).
6. Iktidal.
7. Sujud (ketiga) dan membaca tasbih (70 kali tasbih).
8. Duduk antara 2 sujud (sunat dipanjangkan tempohnya).
9. Sujud (keempat) dan membaca tasbih (50 kali tasbih).
10. Membaca tasyahhud akhir.
11. Memberi salam & imam bangun menyampaikan dua khutbah.
p/s: Kepada sesiapa yg takde aktiviti mlm ni elok la kita beramai2 bt solat gerhana matahari ni.Semoga kita sentiasa dilindungi ALLAH SWT..Amin~~Kejadian ni bukan slalu dpt kita rasa.Kita akan jumpa kejadian gerhana matahari pada 9 Mac 2016(kalau aku xsilap dengar masa aku tgk berita semalam).So marilah kita manfaatkan waktu yang ada ni bersama..

No comments:
Post a Comment