Friday, May 27, 2011

Kelebihan Wanita

1. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka berisghtifarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan baginya 1,000 kejahatan.

2. Apabila perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala yang berjihad pada jalan Allah.

3. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

4. Apabila telah lahir anak disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

5. Apabila semalam ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberi pahala padanya seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membina agama Allah.

6. Barangsiapa menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

7. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

8. Tiap perempuan menolong suaminya dalam urusan agama maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (1,000 tahun).

9. Perempuan apabila sembahyang 5 waktu, puasa bulan ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

10. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

11. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

12. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan dilaut, burung diudara, malaikat dilangit, matahari dan bulan beristighfar baginya selagi mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasa.

13. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi saw) di dalam syurga.

14. Barangsiapa mempunyai 3 orang anak perempuan atau 2 orang anak perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

15. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".


Oleh itu bersyukurlah wahai wanita-wanita sekalian.....

Tuesday, May 10, 2011

Our 1st Anniversary

Sabtu malam ahad yang lepas kami baru berkesempatan nak celebrate anniversary perkahwinan kami yang pertama..Dalam condition badan yang tak berapa nak stabil lagi Encik Suami buat surprise la konon..Huhu..Encik Suami bawa aku dinner di Bora Asmara untuk dinner kami malam tu..Jom tengok gambar,tapi sorry la kualiti gambar memang sangat tak memuaskan.Pakai camera hand phone je..

Menu aku malam tu
Grilled Salmon + Lemon Cream

Ni plak menu Encik Suami
Bora Asmara Chicken Cop & Chocolate shake

Sambil sambil makan ada juga band boy yag akan menghiburkan pengunjung malam tu
Tiap tiap meja diorang pegi..tapi pastu bagi la tips cikit ye..
Tapi kitorang tak bagi pun tips kat diorg..Hahahaha..kejam kan..

Lastly ada plak kek..Ni la yang paling surprise pun..Huhu..
Jadila kan..
Anniversary ni celebrate simple simple je
Hadiah besar besar semua tu takde pun
Walaupun sebenarnya sambutan ni agak lambat sedikit atas faktor faktor yang tak dapat nak dielakkan
Tapi ada juga daripada takdekan..
Nway TQ so much buat Encik Suami tersayang
TQ for being my good husband & friend ;)
I LOVE U SO MUCH!!~


Thursday, May 5, 2011

You Make Me Sick


Hari dah masuk 6 hari aku tak sihat
Rasa macam nak demam,pening pening lalat,rasa nak muntah,batuk yang sangat la menyakitkan tekak,sakit sakit badan bla bla bla
Kenapa la lepas satu satu penyakit datang kat aku ni
Baru baik cikit penyakit lain plak datang
Mungkin ini dugaan buat ibu mengandung macam aku kot
Hari ni terpaksa la aku amik mc memandangkan semalam aku rasa macam dah nak pitam masa kat ofis
Nasib aku mampu bertahan
Malam tadi amik ubat kat KPMC Puchong minta mc siap siap kat doktor
Memula doctor tak nak bagi juga
Tapi setelah aku meyakinkan dia bahawasenye aku memang sakit
Baru dia nak bagi
Hopefully lepas ni dah takde la sakit lagi hendaknye
Amin...