Friday, May 27, 2011

Kelebihan Wanita

1. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka berisghtifarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan baginya 1,000 kejahatan.

2. Apabila perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala yang berjihad pada jalan Allah.

3. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

4. Apabila telah lahir anak disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

5. Apabila semalam ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberi pahala padanya seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membina agama Allah.

6. Barangsiapa menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

7. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

8. Tiap perempuan menolong suaminya dalam urusan agama maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (1,000 tahun).

9. Perempuan apabila sembahyang 5 waktu, puasa bulan ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

10. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

11. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

12. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan dilaut, burung diudara, malaikat dilangit, matahari dan bulan beristighfar baginya selagi mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasa.

13. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi saw) di dalam syurga.

14. Barangsiapa mempunyai 3 orang anak perempuan atau 2 orang anak perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

15. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".


Oleh itu bersyukurlah wahai wanita-wanita sekalian.....

No comments:

Post a Comment