Tuesday, July 26, 2011

Mari Balik Kampung Kutip Buah!!~

Finally setelah beberapa bulan aku tak amik cuti baru la kali ni dapat bercuti. Aku ni sangat berdedikasi orangnye.. Cuti pun jarang amik apatah lagi MC jauh sekali..ceeewah angkat bakul sendiri nampaknye.. Ahaks!!Tak lama pun amik cuti 2 hari je.. Esok masuk keje balik dah. Adoii bosan betul.. Rasa nak cuti setahun la plak.. Tak pun cuti selama-lamanye.. Penah gak aku bagi tau Encik Suami kalau aku dah malas nak keje camne?? Senang je jawapan dia. "Awak jangan nak gedik sangat ye,kete awak tu sape yang nak bayar??Tunggu saya dapat title Dato' baru boleh nak jadi mam besar kat umah ni" **hurmmm sampai mati la kena keje camnikan..Ntah tahun bila nak dapat title Dato' tu..Datuk tongkat tiga boleh la kot..muahahaha..

Actually jumaat malam sabtu lepas aku dan Encik Suami pulang ke kampung halaman kat utara nun..So alang alang balik kampung amik la cuti lebih cikit walaupun balik kampung sekadar sabtu ahad je..Cuti yang lebih tu nak lepak lepak kat umah je.. Tak plan pun nak balik kampung, semua last minit punya plan ni.. Kalau nak balik bulan puasa kompem aku tak larat. Nak tak nak balik juga la jumaat lepas.. Konon nak gerak lepas isyak, tapi terlebih lebih pulak, ada plak cite best Tahajjud Cinta.. Kasi layan dulu la kan.. Lepas tu baru gerak.. Lebih kurang pukul 7 pagi baru sampai, mana taknye bantai tido kat highway,singgah sana sini lagi tu yang lambat.. Hehe. Nasib la baby dalamperut ni faham kampung ayah dia jauh.. Tak buat hal pun.. Pinggang pun tak la rasa sakit sangat..

Kat kampung keje aku dan Encik Suami kutip buah kat umah tok n wan..Perghhh bergayut-gayut buah kat atas pokok tu.. Penuhla bonet kete camni.. Minggu hari tu wan dah kirim buah kat kawan dia, kali ni bawa lagi hmmm kalau camni nampak gayanye tahun depan bolehla aku meniaga kat Kolumpo ni.. Jual longgok.. Kompem laku. Hahaha~ Dan seperti yang dijangka lepas kutip buah-buah ni semua memang penuh bonet kete. Nasib la bonet kete tu beasar boleh sumbat berguni-guni buah dalam tu.. Tapi buah durian je Encik Suami tak nak bawa balik, takut melekat baunya kat kete!!~

Tengokla buah tu penuh kat atast tu..Larat dengan tak je nak kutip..

Buah dukung ni petik camtu je..Tak payah susah payah nak panjat

Tengok wan aku tu.. Walaupun dah berumur tapi steady lagi panjat pokok.. Memang terel la orang dulu dulu ni kan.. Walaupun dah tua tapi still bertenaga lagi.. Bersungguh-sungguh wan petik kan buah nak kasi kitorang bawa balik..

Eh benda ni pun ada.. Apa nama tu.. Hurmm mesin bajak sawah kalau tak silap. Betul ke??

Ni tok saya.. Alhamdulillah sekarang dah bertambah sihat.. Dah boleh bangun, hari tu tok sakit, nak bangun pun tak larat, asyik muntah muntah je..

Wan ;)


Seharian kat umah tok n wan petang tu baru balik umah mak n pak mertua.. Tu pun setelah diorang asyik tanya bila nak balik kan.. Aduhh mak mertua aku ni memang risau sangat kalau anak-anak dia takde depan mata.. Kadang-kadang aku rasa dia layan anak-anak dia macam budak umur 10 tahun je dan aku pun tersa tempiasnye juga.. Huhu.. Tok n wan pun kadang-kadang naik rimas dengan perangai anak dia yang sorang ni. Concern sangat.. Nasib la kan.. tapi takpe aku tau niat ibu mertua aku tu baik.. Layan kan aje la.. Apa pun tq bebanyak kat wan yang bersungguh-sungguh panjat pokok buah tu.. Penuh bonet kete dengan buah.. Nak amik gambar banyak banyak tak boleh.. Bateri kong la plak..Cehhh!! Ni jela gambar yang sempat aku snap ;)

Tuesday, July 19, 2011

Musim Buah Datang Lagi

Ahad lepas mak mertua ada tepon
Minta Encik Suami ambil kiriman buah2an dari kampung
Wan(merujuk kepada atok,ikut belah utara lelaki panggil wan,perempuan panggil tok)
Beria2 sangat kirimkan buah pada kawan sekampung dia yang nak datang ke Kolompo untuk sampaikan buah buah tu untuk cucu yang tersayang di perantauan ni..hehe**nak balik kampung tak berkesempatan, pinggang dah mula sakit sakit, tak larat nak jalan jauh sekarang ni, ishh serba salah pulak aku dibuatnya, sampai wan sanggup kirimkan buah kat kami**
Semalam petang baru Encik suami berkesempatan untuk mengambil kiriman buah2an tu
Dah start musim buah katanya kat kampung
Tapi selalu ada cempedak, kali ni takde pulak
Maybe tak menjadi atau tak jadi lagi kot
Tu yang wan tak kirim sekali
Yang ada

Makkk aihhh..Berguni guni wan kirim
Banyak betul
Sape nak makan banyak banyak camni
Nak tak nak terpaksala Encik Suami hantar pulak buah buah tu kat umah mak mertua dia
Mak aku la maksudnya kan..hehe
Kesian Encik Suami, balik keje terus ke Sg Buloh nak amik buah dari orang kampung tu
Pastu nak tak nak kena hantar buah yang banyak tu pegi hantar umah mak aku plak
Masa kat umah mak ada la plak insiden tak di ingini
Anak buah kesayangan aku
Shauki Dani

Jatuh dari tembok kat beranda depan umah
Patah katanye tangan kiri dia..Notty sangat..Ala cian baby aku tu..
Nak nangis bila tau dia jatuh
Takpelah nanti acik datang tengok Dani ye sayang
Terpaksa la Encik Suami tolong hantar Dani pegi klinik kejap
Pukul nak dekat pukul 10.30 malam baru Encik Suami sampai umah
Kesian betul..Muka pun nampak penat
Lepas mandi boleh pulak Encik Suami ala ala rajin sambung buat keje ofis dia
"Amboi yang, tau la bos puji hari tu, awak buat keje bagus, terus semangat sampai buat keje balik umah sekarang ni"
Bila kena perli sengih macam kerang bususk je la muka dia tu, tapi comel..ngeee~
"Bukan la...diorang nak benda ni cepat la"
Acehcehcehceh dandan kan..huhu
Takpelah, sambil Encik Suami buat keje aku pun layan jela tv sesorang malam tadi
Sampai tertido tido jugalah sementara nak tunggu Encik Suami siapkan keje
Hurmmm selalu je aku jadi penunggu atas sofa sementara tunggu Encik Suami siapkan keje
Penah sekali tu sampai ke subuh dia bantai buat keje
Hasil usaha kerja keras Encik Suami, akhirnya berbaloi baloi juga la
Bonus pun mantap tahun ni!!**bley aku tumpang sekaki kan**
+ rezeki baby dalam perut ni juga
Syukur alhamdulillah
Opppss terlupa plak..Nak ucap bebanyak TQ pada keluarga di kampung yang kirimkan buah buah ni ye..Sayang kamu semua
Especially my lovely Wan **xde plak gambar wan nak di upload**
Nanti ada masa kami balik ye Wan ;)

Sunday, July 10, 2011

Sarapan Pagi Nasi Lemak Home Made Ok!!

Setelah beberapa bulan tak berkesempatan nak serve nasi lemak
Buatan air tangan sendiri untuk Encik Suami
Kali ni baru je sempat nak buat..
**Actually ni breakfast semalam,hari ni baru berkesempatan nak update..hehe**
Kira ni kali ke-3 aku buat nasi lemak sendiri tau
Bangun pagi kali ni sangat la bersemangat
Mana taknye lepas breakfast ni nak shopping barang barang baby plak
Ni kira upah untuk Encik Suami la kan..Hehehe
Bertungkus lumus kat dapur sementara menunggu Encik Suami bangun dari tido**amboi sedap je dia tido kan**
Tapi takpe..Yang penting bila dia dah bangun, breakfast untuk suami tersayang dah tersedia
Rupanya tak lama lepas tu Encik Suami terjaga dari tido
Gara gara bunyi berdentam dentum kat dapur..huhu
Memula buat nasi dulu pastu sediakan sambal, goreng ikan bilis, goreng ayam n potong timun..
Kejap je nak sediakan nasi lemak ni
Ok siap!!Apa tunggu lagi jom makan..

Tak lupa secawan Indocafe..marveles!!


Macam biasa Encik Suami bagi thumb up for my nasi lemak!!~Sedap katanya..
Tq sayang..Next time kita buat menu yang kebih mencabar k ;)

Friday, July 1, 2011

Me @ Week 16

Sedar tak sedar dah masuk bulan July
Bulan depan dah nak start puasa plak
Cepatnye masa meninggalkan kita kan...
Semalam genap 4 bulan kandungan aku

Syukur alhamdulillah aku dah masuk trimaster yang ke-2 sekarang ni
So far penyakit muntah muntah pun dah takde sangat
Alhamdulillah
Just kadang kadang dia acah acah nak muntah je
Tapi yang aku perasan aku dah mula letih kalau jalan atau berdiri terlalu lama
Nanti mula la rasa lenguh lenguh
Tulang belakang pun dah rasa tak selesa
Ohhhh cepatnya symptom tak selesa ni datang
Sangatla tak best!!~

Sekarang ni perut dah semakin membuncit
Check up pun baru 2 kali
Hari tu doctor dah buat scan
Dah nampak baby ;)
Dah nampak kepala, tangan, tulang belakang & jantung dia
For the 1st time tengok baby sendiri
Sangat la teruja..Harusla kan..Hehe
Tapi hari tu doctor cakap baby aku besar ;(
Doctor minta datang next week nye untuk minum air gula
Nak check kot kotla ada kencing manis ke
Waaa takutnye...
Kalau nak ikutkan family history xde plak yang ada kencing manis
Aku pun tak selalu minum air manis
Tak taula result dia camne nanti
Hopefully takde apa-apa la yang membahayakan aku & baby