Monday, November 21, 2011

Me @ Week 36

Pejam celik pejam celik dah masuk 9 bulan
Kejap je
Dalam sakit sana sini
Syukur alhamdulillah dapat bertahan sampai ke hari ni
Kalau nak diikutkan tinggal lagi sebulan je lagi

Ingatkan baby nak keluar dah minggu lepas
Tapi rupa rupanya baby still seronok lagi duduk dalam perut ibu ni
Hari demi hari baby aktif
Kalau nak di ikutkan hujung hujung ni, baby dah kurang gerak
Tapi baby aku ni tak macam tu pulak
Makin aktif ada la
Takpelah kira baby sihatla kat dalam perut ibu ni kan
InsyaAllah...........

Sekarang ni tengah demam la pulak
Risau juga aku dibuatnya
Takut tetiba baby nak keluar aku tengah demam
Takde tenaga nak mengepush nanti..argghhh~
Ya Allah minta semuanya selamat la nanti
Anytime je aku rasa baby nak keluar
Sebab sabtu lepas masa amik ubat demam
Dokor cakap baby dah mula masuk 'jalan' dia
Berdebar sangat ni!!~
Minta segalanya di permudahkan la nanti ye
Doa kan ye ;)

Thursday, November 17, 2011

Bleeding. CTG. Selsema. Arghhhhh~

Isnin baru baru ni berlaku kejadian yang tak di ingini di pagi hari. Rutin macam biasa la bangun pagi dan bergegas ke tempat kerja. Tapi pagi ni rasa badan macam cergas je, kenapa erk?? Hurmm petanda baik kot, tapi yang berlaku sebaliknya la pulak. Bila dah sampai ofis on computer, relax kejap terus shoot pegi beli breakfast. Ramai yang dah tegur, bila la kau ni nak cuti ziera oii... sarat sangat dah aku tengok.. Huhu.. Macam biasa la aku senyum je, baby belum nak keluar lagi, tunggu jela...

Lepas beli breakfast terus naik, tapi sebelum tu singgah dulu toilet. Patutla rasa lain macam je pagi ni, rupanya aku bleeding! Panik!! Terus tanya orang orang yang dah berpengalaman apa patut aku buat. Ramai yang nasihat terus pegi hospital, tapi before tu better breakfast dulu, makan puas puas katanya. Sambil tu tanya Encik Suami apa patut buat. Lepas cakap dengan dia, terus la dia kalut. Aku relax je lagi kat ofis ni.

Ikutkan Encik Suami nak amik aku balik, tapi aku ni biasa la degil.. Aku suruh je dia tunggu aku kat ofis dia, senang, nanti tak payah la nak patah balik dari Putrajaya ke Shah Alam. Aku dengan slumbernya bawa kete walalupun ramai yang marah.. Yela takut jadi apa apa tengah jalan nantikan payah, tapi aku dengan confidentnya bawa juga kete. Tawakal jela..

Sampai kat ofis Encik Suami terus pegi ke KPJ Shah Alam. Kesian dia, baru je sampai ofis dah kena bawa aku pegi hospital, nak buat camnekan yang, benda ni jadi sebab awak juga kan. Hahahaha~ Ok kali ni kami dah tukar tempat nak bersalin ngeeeee.. Tak jadi Az-Zahrah la, nak tukar g KPJ je. Muktamad! Sampai sampai terus jumpa Dr Siti Esah, insyaAllah Dr Siti yang akan sambut baby aku bila bersalin nanti, check apa yang patut and dia suruh buat CTG.

Lebih kurang setengah jam duduk dalam bilik tu untuk buat CTG, alhamdulillah resultnya ok ;).. Dr Siti cakap jalan tak buka lagi and baby pun still tak engaged lagi. So buat masa ni monitor je dari rumah, kalau ada yang tak sedap hati/baby tak gerak terus datang hospital. Dr siap bagi carta lagi untuk kira pergerakan baby. Dapat la mc 2 hari.. owwhhh sukanya, huhu. Sampai ke hari ni alhamdulillah baby still aktif bergerak dalam perut, so tunggu jela bila baby bagi sign nak keluar, nanti terus la pegi hospital ;). Hope semuanya selamat hendaknya..

Tapi sekarang ni tengah selsema la pulak.. Badan pun rasa macam nak demam. Aduhhh... Jangan la macam ni duhai badan, risau pulak kalau tetiba baby nak keluar time time macam ni, nanti takut tenaga nak push pulak. Haishhh~

" Ya Allah berilah aku kekuatan dalam menghadapi liku liku kepayahan ini.. Semoga semuanya dipermudahkan nanti...Amin..."


Owhh sebelum terlupa, mungkin ada yang tak tau kan apa itu CTG. Jom baca definisi untuk CTG ni dulu...

"Secara ringkasnya CTG atau nama penuhnya iaitu Cardiotocography ialah sejenis alat yang dipasang di perut ibu hamil bagi mengesan kadar degupan jantung bayi dan juga contraction.
Dari segi perubatan (obstetrics), cardiotocography (CTG) ialah satu istilah teknikal yang merujuk kepada pengiraan atau merekod (merujuk kepada perkataan -graphy) denyutan jantung bayi / fetal (merujuk kepada perkataan cardio-) dan juga kontraksi ( merujuk kepada perkataan -toco-) sewaktu hamil kebiasaannya dibuat pada trimester ketiga. Alat atau mesin yang diguna dipanggil cardiotocograph, atau electronic fetal monitor (EFM)"

Wednesday, November 16, 2011

SAYANG KAMOOOO~

Ni lah wajah-wajah anak-anak buah aku yang sangat la aku sayang.. Hurmm sayang ke?? Masa kecik memang la sayang sangat sangat tapi bila dah besar masing-masing degil macam hantu!! Suka sangat buat perangai pelik-pelik.. Huhu.. Biasa la budak-budak kan..

Diorang ni masa kecik-kecik memang manja dengan aku lagi lagi si Dani tu.. Kalau Mama dengan Ayah dia nak pegi jalan kompem aku la jadi baby sitter walaupun neneknya ada kat umah, tapi mesti diorang suruh aku yang jaga. Mana taknya nanti takut nenek membebel, so bagi la makcik dia yang baik hati ni jaga.. Yang lain pun manja juga kalau nak di ikutkan.. Aku memang suka dengan budak budak ;). Tak tau la kenapa. Lepas ni diorang dah tak boleh la nak manja lebey lebey dengan aku lagi.. Baby dalam perut ni dah nak kluar.. Habis la korang acik dah tak layan sangat nanti.. Hehehe~

Ni lah cucu arwah atok ipin ngn nenek nomi **nama betul mak aku lain ok, nomi ni nama glamor taw**Arwah ayah memang tak berkesempatan langsung nak tengok cucu cucu dia. Masa kakak aku kawen pun arwah ayah dah takde ;(.. Dah memang bukan rezeki ayah nak tengok anak anak dia kawen apatah lagi nak tengok cucu cucu dia. Kalau arwah ada kompem cucu cucu dia ni untung. Arwah memang suka dengan budak budak ;)..

Sekarang ada 7 orang.. So tunggu la bila bila bila masa dari sekarang cucu yang ke 8 nak keluar dah~lalalala


1. Nur Athirah Auni binti Omar
Si kakak ni memang kuat makan. Kalau orang tengok mesti seram, selagi mama dia tak suruh berhenti mengunyah kompem seperiuk nasi dia boleh habis kan sorang. Sekarang dah 9 tahun. Kakak selalu jadi peneman nenek bila nenek sorang-sorang kat umah.


2. Ahmad Ariff Afiq bin Omar

Si abang ni pulak payah nak makan. Memilih!! Nak makan ala-ala western je ok. Perangai kelam kabut memang tak boleh nak ubah, selalu sangat kena dengan mama, DEGIL! padan muka. Ni gambar masa birthday dia, bulan September hari tu. Tengok senapang tu, baru dapat dah patah muncungnye.. Tapi otak memang genius, bila bercakap dah macam orang tua. Sekarang dah 7 tahun. Baru habis exam, tak habis habis ulang cakap "abang dapat straight 5A tau, belikan la abang PSP"


3. Nor Syazwan Arumi bin Noor Azwan
Yang ni pulak mat encem. Rupa memang hensem, tapi ketot cikit. Haha.. Ni jenis kepala angin, kalau angin tak baik siap la, mau semua dia campak. Tapi dia penyayang tau. Suka gurau dengan adik-adik. Arumi ni kawan sekejap je ngan si Afiq nanti bila dah lama lama main mula la nak bergaduh. Boleh tahan samseng.. Haha. Sekarang 6 tahun.


4. Nur Syamimi Iwani binti Noor Azwan

Budak ni kaki melaram. Ada je la yang dia nak suruh mama dia pakai kat rambut dia. Pandai bergaya dia ni. Tengok la dia pose amik gambar ni pun. Kalau menjerit sekampung boleh dengar suara nyaring dia. Jeling bukan main tajam lagi. Dah 5 tahun, aktif sangat kat tadika, selalau join function yang tadika buat.


5. Nor Syauqi Dani bin Noor Azwan
Ha yang ni la buah hati saya... Orang selalu cakap muka dia macam muka aku. Ada ke?? Yang ni pelat dia makkk oii.. Sampai kekadang tu aku tak paham apa yang dia nak bagitau. Degil boleh tahan sekarang ni. Dani memang tak ngam ngan kaka dia si Mimi tu.. Kalau duduk sekali kompem gaduh, ayah dia cakap kalau dia duduk berdua kat umah mesti rumah tak happening, sebab masing masing tak nak main sesama, gaduh sesama nak la. Huhu. Kalau Jalan ramai ramai Dani mesti nak naik kete Acik ngan Uncle dia, pastu tengah jalan sibuk cari ayah dia. Adoiii la... Hujung tahun ni genap 3 tahun!!


6. Nur Alisya Amni binti Omar

Si comel ni memang selalu buat aku geram. Selalu rindu kalau tak jumpa, walaupun sehari. Tu yang kena balik umah mak selalu sebab nak jumpa dia. E-cha ni selalu happy je.. Walaupun dah setahun lebih tapi still susu badan mama lagi ;). E-cha suka buli Dani, sebab diorang berdua je yang mak aku jaga, kalau sorang takde cari tapi bila sama sama ada gaduh. Suka sangat buat muka pelik pelik. Baru baru ni dia dah pandai kembangkan hidung plak.. Eiii geram betul, menggigit orang pun boleh tahan dia ni..


7. Nur Syahira Eryna binti Noor Azwan
Buat masa ni Eryn paling kecik, lepas ni dah takdela.. Baby acik dah nak kluar dah ni ;). Eryn ni relax je, dengan sapa sapa pun tak kisah, janji cukup bagi makan, hehe.. So far tak banyak ragam lagi. Eryn sebaya dengan E-cha cuma E-cha klua bulan Jan, Eryn klua bulan Okt.


p/s : Apa pun diorang ni la selalu jadi penglipur lara kat umah nenek. Kalau diorang takde kompem sunyi umah. Suka tengok diorang buat perangai walaupun kadang kadang tu boleh jadi gila gak di buatnya. Acik tetap sayang sangat pada kamu semua!!!! Tapi lepas ni dah tak boleh nak manja manja kan sangat la, baby dalam perut ni nanti jeles.. Hehe~


Aroma Ikan Bakar, Jeram

Lama juga rasanya tak mengupdate blog yang tak seberapa ni kan.. Sabtu lepas murahnya rezeki kami sekeluarga, mana taknya ada insan yang sudi nak belanja kami makan di Aroma Ikan Bakar, Jeram. Beria-ia sangat dia nak bawa kami makan kat sana, ingatkan memula tu nak kongsi-kongsi bayar. Rupanya dia nak belanja.. Hehe.. Makan kat sana memang puas hati macam-macam lauk yang kami order harga cuma rm600++ je.. Lebih kurang 15 orang dewasa 8 kanak-kanak. Murahkan??

Compare makan kat kat Sekincan Ikan Bakar, ya ampunnnn hancus!!! Dahla tak sedap, lauk setakat ikan dgn ulam-ulam je kena charge sampai rm300++.. puihhh memang cekik darah. Makan baru bape org je. Tobat nak pegi sana lagi. Pegi sana pun sebab mak yang beria-ia nak makan kat sana, nah skali hambik kau.... Hahaha~

Malas nak cite banyak layan jela gambar yang tak seberapa ni, mana nak amik gambar sangat masing-masing kusyuk nak makan..

Encik Suami tengah get ready nak makan ;D

Baca doa makan dulu ok!!

Si kenit yang bambam ;)

Topi merah ni la yang baik hati nak belanja.. Tq ye..
Nanti belanja la lagi
Pangakt anak buah ni kat kami adik beradik taw..
Kenapa tak percaya??
Anak dia plak pangkat cucu bagi aku taw..
Muda muda aku dah dapat title nenek
Ngeee~