Isnin baru baru ni berlaku kejadian yang tak di ingini di pagi hari. Rutin macam biasa la bangun pagi dan bergegas ke tempat kerja. Tapi pagi ni rasa badan macam cergas je, kenapa erk?? Hurmm petanda baik kot, tapi yang berlaku sebaliknya la pulak. Bila dah sampai ofis on computer, relax kejap terus shoot pegi beli breakfast. Ramai yang dah tegur, bila la kau ni nak cuti ziera oii... sarat sangat dah aku tengok.. Huhu.. Macam biasa la aku senyum je, baby belum nak keluar lagi, tunggu jela...
Lepas beli breakfast terus naik, tapi sebelum tu singgah dulu toilet. Patutla rasa lain macam je pagi ni, rupanya aku bleeding! Panik!! Terus tanya orang orang yang dah berpengalaman apa patut aku buat. Ramai yang nasihat terus pegi hospital, tapi before tu better breakfast dulu, makan puas puas katanya. Sambil tu tanya Encik Suami apa patut buat. Lepas cakap dengan dia, terus la dia kalut. Aku relax je lagi kat ofis ni.
Ikutkan Encik Suami nak amik aku balik, tapi aku ni biasa la degil.. Aku suruh je dia tunggu aku kat ofis dia, senang, nanti tak payah la nak patah balik dari Putrajaya ke Shah Alam. Aku dengan slumbernya bawa kete walalupun ramai yang marah.. Yela takut jadi apa apa tengah jalan nantikan payah, tapi aku dengan confidentnya bawa juga kete. Tawakal jela..
Sampai kat ofis Encik Suami terus pegi ke KPJ Shah Alam. Kesian dia, baru je sampai ofis dah kena bawa aku pegi hospital, nak buat camnekan yang, benda ni jadi sebab awak juga kan. Hahahaha~ Ok kali ni kami dah tukar tempat nak bersalin ngeeeee.. Tak jadi Az-Zahrah la, nak tukar g KPJ je. Muktamad! Sampai sampai terus jumpa Dr Siti Esah, insyaAllah Dr Siti yang akan sambut baby aku bila bersalin nanti, check apa yang patut and dia suruh buat CTG.
Lebih kurang setengah jam duduk dalam bilik tu untuk buat CTG, alhamdulillah resultnya ok ;).. Dr Siti cakap jalan tak buka lagi and baby pun still tak engaged lagi. So buat masa ni monitor je dari rumah, kalau ada yang tak sedap hati/baby tak gerak terus datang hospital. Dr siap bagi carta lagi untuk kira pergerakan baby. Dapat la mc 2 hari.. owwhhh sukanya, huhu. Sampai ke hari ni alhamdulillah baby still aktif bergerak dalam perut, so tunggu jela bila baby bagi sign nak keluar, nanti terus la pegi hospital ;). Hope semuanya selamat hendaknya..
Tapi sekarang ni tengah selsema la pulak.. Badan pun rasa macam nak demam. Aduhhh... Jangan la macam ni duhai badan, risau pulak kalau tetiba baby nak keluar time time macam ni, nanti takut tenaga nak push pulak. Haishhh~
" Ya Allah berilah aku kekuatan dalam menghadapi liku liku kepayahan ini.. Semoga semuanya dipermudahkan nanti...Amin..."
Owhh sebelum terlupa, mungkin ada yang tak tau kan apa itu CTG. Jom baca definisi untuk CTG ni dulu...
Owhh sebelum terlupa, mungkin ada yang tak tau kan apa itu CTG. Jom baca definisi untuk CTG ni dulu...
"Secara ringkasnya CTG atau nama penuhnya iaitu Cardiotocography ialah sejenis alat yang dipasang di perut ibu hamil bagi mengesan kadar degupan jantung bayi dan juga contraction.
Dari segi perubatan (obstetrics), cardiotocography (CTG) ialah satu istilah teknikal yang merujuk kepada pengiraan atau merekod (merujuk kepada perkataan -graphy) denyutan jantung bayi / fetal (merujuk kepada perkataan cardio-) dan juga kontraksi ( merujuk kepada perkataan -toco-) sewaktu hamil kebiasaannya dibuat pada trimester ketiga. Alat atau mesin yang diguna dipanggil cardiotocograph, atau electronic fetal monitor (EFM)"
No comments:
Post a Comment