Thursday, May 31, 2012

DUGAAN APAKAH INI.....


16hb hari tu Encik Suami mengalami kemalangan jalan raya dekat LDP. On the way balik keje dari Shah Alam ke Putrajaya. Kemalangan tu lebih kurang jam 6.30 petang. Kena langgar lari! Biadap betul kete yang langgar suami aku tu tau!!grrrrr. Ikut cite orang yang tolong Encik Suami, kete tu stop kejap pastu terus blah bila tengok Encik Suami terbaring atas jalan. Nasib la tak dapat no plat kete tu, kalau tak sampai lubang cacing aku cari kau!

Nak di ikutkan cerita orang yang tolong masa kejadian, Encik Suami jatuh dan pengsan sekejap. Ambulance yang bawa Encik Suami ke Hospital Putrajaya. Orang yang tolong ni namanya Ayie, dia call aku  dan inform yang Encik Suami kemalangan. Berderau darah aku di buatnya. Dia suruh aku terus ke hospital untuk tunggu Encik Suami. Dalam keadaan kelam kabut tu Adam aku minta tolong pengasuh dia yang jagakan.

Dalam 6 jam pertama Encik Suami kena tahan kat wad emergency, nak kena pantau, dekat 2 pagi baru boleh balik. Ingatkan nak tahan wad je tapi doktor suruh balik, hampeh! Esok pepagi dah la nak kena datang semula. Alhamdulillah takde tulang yang patah cuma.............. hurmm nak cite malu plak. Huhu..Luka sana sini biasala. Badan takde luka sebab bag yang Encik Suami pakai tu yang menyelamatkan badan dia dari luka. Motor langsung tak boleh bawa, sekarang tersadai lagi kat Balai Polis Cyberjaya. Kalau nak di ikutkan dah lama Encik Suami pegi keje tak bawa motor ntah macamana hari tu nak bawa motor tetiba ter-accident la plak.. Nasib nasib... Masa kemalangan tu Encik Suami kata dia memang tak ingat apa apa. Masa kat hospital pun dia still blur lagi, tanya soalan banyak kali dan soalannya soalan yang sama ok, maybe disebabkan hentakan pada kepala yang buat dia jadi camtu. Alhamdulillah sekarang dah ok. Sedih sangat masa tengok dia, nasib nyawa Encik Suami panjang lagi, syukur sangat.



Lepas check up kat HPJ selesai kawan kawan Encik Suami suruh aku bawa ke DEMC plak untuk dapatkan check up yang lebih detail. Bukan tak percaya dengan hospital kerajaan tapi.................. hmm nak cite pun serba salah dibuatnya. Service yang DEMC bagi memang superb! Doktor geleng kepala bila tengok jahitan kat bibir  Encik Suami. Dr Loganathan memang bagus, dia repair and jahit balik mana jahitan yang tak kemas sebelum ni. Serious memang nampak sangat perbezaan. Bukan nak kutuk doktor gomen tapi biasa la doktor kat gomen banyak doktor muda, tengah houseman kot, pengalaman tak berapa nak ada lagi kan.. Adoiiii~

Encik Suami kena tahan wad sehari before buat minor operation kat bibir dia. Doktor Loga siap buat CT scan lagi untuk confirmkan takut takut ada retak kat area hidung dia. Alhamdulillah retak cikit je tak serious sangat, doktor cakap nanti boleh baik sendiri. Jahitan memang super kemas dan cantik. Thanks A lot doktor. Lepas tu doktor terus bagi MC seminggu kat Encik Suami. Doktor gomen bagi MC 2hari je. Apa gila!! Dah luka sana sini, bibir pecah bagai, 2 hari je MC. Argggghh memang tak patut!! Nak cite banyak tak guna korang paham paham sendiri jela..

Alhamdulillah semakin hari luka luka kat tangan dan kaki semakin kering. Keadaan Encik Suami pun makin sihat. InsyaAllah minggu depan boleh bekerja semula. Syukur masih dipanjangkan umur, semoga orang yang langgar suami aku hari tu dapat balasan setimpal. Harap harap lepas ni takde lagi la kejadian macam ni jadi pada kami sekeluarga. Ya Allah kau lindungi la kami.....




p/s: jangan risau ye sayang, i tetap setia dengan u walaupun senyuman u dah nampak sedikit berbeza ;D

Tuesday, May 29, 2012

AQIQAH & CUKUR JAMBUL

Majlis Aqiqah & Cukur Jambul
Muhammad Adam Hariz
29 April 2012

Syukur  alhamdulillah tertunai juga niat nak buat kenduri Aqiqah dan Cukur Jambul buat si comel kami ni. Majlis diadakan secara sederhana di teratak bonda di Klang, Selangor. Segala persiapan kami jalankan secara bergotong royong. Menu untuk majlis mak yang masak sendiri. Goodies bag aku buat, sendiri puas la potong kertas bagai nak juling biji mata aku di buatnya. Idea ni datang pun setelah puas menggoole sana sini, hehe... Bunga telor tu aku tempah je kat kawan aku je, nak buat sendiri dah tak sempat, masa dah suntuk sangat. Actually majlis ni pada asalnya nak buat di kampung Encik Suami, tapi ntah macamana plan nak buat kat sana tak jadi plak, tu yang last minit kami decide buat kat belah aku je. Walaupun dalam masa yang singkat plan kami ni, alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar walaupun ada sedikit masalah yang kami hadapi. Terima kasih pada mak, adik beradik, tak lupa Encik Suami , photographer kami kawan kepada Encik Suami sendiri Joe, nak tengok blog dia bleh la  CLICK sini , dan semua yang membantu menjayakan majlis anakanda kami (^^,)

Jom layan gambar kat bawah ni. Banyak lagi nak upload sebenarnya.. Tapi rasanya cukup dulu la buat masa ni.. Layannnnnn.............

 
Goodies bag buat tetamu dan marhaban


Marhaban


 Sesi cukur jambul

 
 Atok ni geram sangat tegok Adam katanya~


  Kambing golek kontroversi! Hahaha
Ada cerita disebalik nama kambing ni tau!!
Hanya mereka dan keluarga mereka je yang tau :D 

  

Pengantin of the day (**,)
Si comel ibu



 

Mata boooolat!!
Comel sangat..Geram tengok dia


 (^^,)
Buah hati ibu dan Ayah

 

Monday, May 28, 2012

SAUJANA ASAHAN, MELAKA

Awal bulan hari tu aku kena hantar berkursus di 3 hari 2 malam di Saujana Asahan, Melaka.. Memula tu memang pening, nak pegi ke tidak. Last-last pegi juga, itu pun setelah Encik Suami sudi ikut dan urusetia bagi bawa pasangan dan anak. Cuma kena charge harga bilik jela coz bawa pasangan. Si comel pun kena ikut juga, tak berani nak tinggalkan Adam dengan ayah, bukan apa takut Adam meragam bila tak dapat 'mengempel' malam malam, hehe.. Lagipun Adam fully breastfeed, stock ada tapi still nak bawa juga. Nasib Encik Suami sporting, terpaksa la amik cuti 3 hari kena jaga Adam kat sana sementara aku tengah berkursus (^^,)

Kursus team building kali ni memang best, banyak aktiviti luar, penceramah pun best. Tapi memandangkan aku masih baru je lepas bersalin plus ceaser plak tu kan banyak juga la aktiviti yang aku tak boleh buat. FRUST sangat!!grrrr~ Jadi pemerhati la gamaknya..

Aktiviti Adam & Encik Suami sementara menunggu si ibu pulang, tengok movie. Adam memang suka layan movie, mata tak berkelip langsung. Punyalah syok layan movie kononnye..hehe

 
Antara aktiviti luar yang kami buat, tapi aku cuma boleh buat flying fox and repealing je. Petang sambung main kayak kat tasik, tapi aku cuma jadi pemerhati dari jauh je.. Sedih betul! Orang lain seronok main air aku cuma boleh tengok je.. Takpelah demi keselamatan diri sendiri baik aku duduk jadi pemerhati, kang kalau aku degil juga nak join, jadi apa apa kat diri sendiri pun dah tak guna .. Sekarang before nak buat apa apa aktiviti lasak kena fikirkan akibatnye, seronok hari ni tapi esok esok tanggung sakit buat apa kan.. Huhu
Malam tu ada night walk kat hutan, sebelum aku keluar Adam tengah tido, bila dah masuk hutan Encik Suami tepon bagitau yang Adam nangis jerit jerit.. Arggh risau tahap gaban dah ni. Jiwa kacau time tu. Aku suruh Encik Suami minta tolong pada kawan-kawan aku mana yang tak join aktiviti malam tu tengok tengok kan Adam. Nasib baik penceramah kami Encik Hasbullah tu pandai bab agama ni. Dia bagi air penawar untuk renjis dalam bilik dan sapukan cikit kat muka Adam. Lepas tu baru la si kecik boleh tido semula.. Maybe Adam kena "tegur" dengan benda halus kot, sebelum maghrib kami  ada keluar ke kedai kejap, kawasan tu biasa la pokok getah kiri kanan. Kawasan pun berhutan. Banyakla benda benda halus tu kan.  Maybe la waktu kami keluar tu ada benda yang mengikut kot.. Lepas aku keluar hutan Encik Suami dah pesan suruh amik air sembahyang and lepak lepak dulu kat luar kejap, bukan apa takut ada benda yang ikut je nanti, lagi lagi Adam tengah 'macamtu'..
 
Overall tempat ni menarik juga, dekat sangat dengan kaki Gunung Ledang. Tapi tempat ni agak jauh ke dalam cikit. Dalam bilik takde peti ais tu yang kena bawa juga si kecik, nak buang susu perahan memang la tak sanggup. Walaupun susu badan ni free tapi kalau di buang buang macamtu je nanti orang kata susu merajuk, nanti dia tak nak keluar lagi. Sekarang tengah berazam nak bagi Adam minum susu badan sampai 6 bulan, ni baru dapat title Exclusive Breastfeed, pastu kalau ada rezeki lagi nak susukan sampai ke usia Adam 2 tahun. So pada mana mana and sape sape nak buat kursus team building or pada orang orang yang kat luar sana nak sewa bilik kat sini pun boleh. Detail tengok sendiri la ye (",)