Awal bulan hari tu aku kena hantar berkursus di 3 hari 2 malam di Saujana Asahan, Melaka.. Memula tu memang pening, nak pegi ke tidak. Last-last pegi juga, itu pun setelah Encik Suami sudi ikut dan urusetia bagi bawa pasangan dan anak. Cuma kena charge harga bilik jela coz bawa pasangan. Si comel pun kena ikut juga, tak berani nak tinggalkan Adam dengan ayah, bukan apa takut Adam meragam bila tak dapat 'mengempel' malam malam, hehe.. Lagipun Adam fully breastfeed, stock ada tapi still nak bawa juga. Nasib Encik Suami sporting, terpaksa la amik cuti 3 hari kena jaga Adam kat sana sementara aku tengah berkursus (^^,)
Kursus team building kali ni memang best, banyak aktiviti luar, penceramah pun best. Tapi memandangkan aku masih baru je lepas bersalin plus ceaser plak tu kan banyak juga la aktiviti yang aku tak boleh buat. FRUST sangat!!grrrr~ Jadi pemerhati la gamaknya..
Aktiviti Adam & Encik Suami sementara menunggu si ibu pulang, tengok movie. Adam memang suka layan movie, mata tak berkelip langsung. Punyalah syok layan movie kononnye..hehe
Antara aktiviti luar yang kami buat, tapi aku cuma boleh buat flying fox and repealing je. Petang sambung main kayak kat tasik, tapi aku cuma jadi pemerhati dari jauh je.. Sedih betul! Orang lain seronok main air aku cuma boleh tengok je.. Takpelah demi keselamatan diri sendiri baik aku duduk jadi pemerhati, kang kalau aku degil juga nak join, jadi apa apa kat diri sendiri pun dah tak guna .. Sekarang before nak buat apa apa aktiviti lasak kena fikirkan akibatnye, seronok hari ni tapi esok esok tanggung sakit buat apa kan.. Huhu
Malam tu ada night walk kat hutan, sebelum aku keluar Adam tengah tido, bila dah masuk hutan Encik Suami tepon bagitau yang Adam nangis jerit jerit.. Arggh risau tahap gaban dah ni. Jiwa kacau time tu. Aku suruh Encik Suami minta tolong pada kawan-kawan aku mana yang tak join aktiviti malam tu tengok tengok kan Adam. Nasib baik penceramah kami Encik Hasbullah tu pandai bab agama ni. Dia bagi air penawar untuk renjis dalam bilik dan sapukan cikit kat muka Adam. Lepas tu baru la si kecik boleh tido semula.. Maybe Adam kena "tegur" dengan benda halus kot, sebelum maghrib kami ada keluar ke kedai kejap, kawasan tu biasa la pokok getah kiri kanan. Kawasan pun berhutan. Banyakla benda benda halus tu kan. Maybe la waktu kami keluar tu ada benda yang mengikut kot.. Lepas aku keluar hutan Encik Suami dah pesan suruh amik air sembahyang and lepak lepak dulu kat luar kejap, bukan apa takut ada benda yang ikut je nanti, lagi lagi Adam tengah 'macamtu'..
Overall tempat ni menarik juga, dekat sangat dengan kaki Gunung Ledang. Tapi tempat ni agak jauh ke dalam cikit. Dalam bilik takde peti ais tu yang kena bawa juga si kecik, nak buang susu perahan memang la tak sanggup. Walaupun susu badan ni free tapi kalau di buang buang macamtu je nanti orang kata susu merajuk, nanti dia tak nak keluar lagi. Sekarang tengah berazam nak bagi Adam minum susu badan sampai 6 bulan, ni baru dapat title Exclusive Breastfeed, pastu kalau ada rezeki lagi nak susukan sampai ke usia Adam 2 tahun. So pada mana mana and sape sape nak buat kursus team building or pada orang orang yang kat luar sana nak sewa bilik kat sini pun boleh. Detail tengok sendiri la ye (",)
yup! sharing is caring
ReplyDeletetq armouris ;)