Tuesday, September 25, 2012

Anak Ibu Gunting Rambut

Disebabkan rambut Adam bam bam dah panjang sangat
Sampai dah masuk ke telinga 
Ibu ngan ayah bawa Adam pegi kedai gunting
Nak gunting sendiri takut tobek sana sini
Tak pun takut jadi rambut Abu Bakar Elah ;P
So baiklah kita ke kedai sahaja

Harga gunting rambut Adam rm3, ayah rm6
Murahkan...
Gunting rambut masa balik Klang haritu
Kalau kat putrajaya tak dapatnye harga macamni...


Eh apa atok nak buat ni??


Ha??


Muka seposen


Adam tak nak diam
Ayah kena pegang tengkuk sebab Adam sibuk sangat nak tengok muka atok


Arghhhh!!


Cubaan melepaskan diri


Atok tak habis lagi ke??
Adam letih dah ni....


Ok gigit selotep pulak



Nangis sambil buat aksi akrobatik


Ok last touch up
 Siap!


Turn ayah pulak!


Yeay rambut saya dah siap potong
Tunggu ayah pulak ;)
Amacam encem lagi tak muka saya lepas potong rambut??


Friday, September 14, 2012

Kek Coklat Moist

Terasa cepat betul masa berlalu. Bangun pagi kali hari rasa happy sebab esok cuti! Haha.. Cuti 3 hari sebab hari Malaysia jatuh hari ahad, makanya hari isnin dapatla cuti ganti. Boleh la nak bergelimpangan di rumah.. Sabtu ahad jemputan open house sangat la full! hari isnin baru la boleh rehat rehat cikit. Tapi sayang Encik Suami tak cuti, sebab company dia bawa cuti tu ke Raya Haji. Ohhhhhhhh sungguh tak seronok. Baru ingat nak bermanja manja kononnya.. Eh eh..Jangan salah faham.. Bermanja dalam konteks disini ialah nak berborak sakan dengan Encik Suami ye.. Jangan fikir bukan bukan.. No no no... Adam tak ready nak dapat adik lagi tau ;P

Alhamdulillah pagi ni kat ofis ada rezeki sarapan pagi lagi.. Bos bawa meehun goreng yang sangat sedap! Padahal aku dah beli sarapan pagi sendiri, tapi tetap gak makan meehun goreng yang bos bawa. Sarapan sendiri terpaksa dijadikan makan tengahari aku nanti. Hehe.. Buruk perangai kan..

Hari ni kat ofis Encik Suami ada buat makan makan. So bila Encik Suami request nak bawa apa untuk part dia aku suggest suruh dia bawa kek coklat sudah.. Kek coklat tu haruslah aku yang buatkan. Malam tadi lepas sembahyang maghrib terus mulakan operasi. Hasil menggoogle sana sini aku aku try ikut resepi akak ni sedap! Dia versi kukus tapi aku buat versi bakar. Blasah je la.. Alhamdulillah jadi juga (^^,).. Ada lebih cikit dapat la aku bawa ke ofis aku juga, rezeki kawan kawan pagi ni meehun goreng bos dan kek coklat moist cik ziera . Diorang cakap shedap! Hehe

Credit to kak ana
Bahan Utama 




Telor 4 biji
Susu Cair Ideal 1 tin
1 Sudu Teh Coklat Emalco(kalau takde pun takpe)
1 Sudu Teh Essen Vanilla
1 1/2 Butter (250gram+125gram)
2 Cawan Gula Kastor
1 Cawan Serbok Koko
2 Cawan Tepung Gandum
1 Sudu Teh Soda Bikarbonat 
1 Sudu Teh Baking Powder

Cara-cara membuatnya 

Dengan api perlahan cairkan butter, kemudian masukkan susu ideal, masukkan gula kastor , essen vanilla dan coklat emalco. Kacau sehingga sebati dan ketepikan sebentar.

Dalam bekas lain pukul telor, bagi agak agak kembang cikit. Kemudian masukkan ke dalam bancuhan yang pertama tadi.

Last sekali masukkan bahan yang diayak tadi (serbok koko, tepung gandum, soda bikarbonat, baking powder). Kacau sehingga sebati. Ok dah siap. Senangkan.

Bila dah siap gaul semua bahan tu masukkan dalam loyang yang korang suka. Jangan lupa sapukan butter cikit pada bekas loyang tu ye. Bakar lebih kurang 40 min ke 1 jam pada suhu 180 (bergantung pada oven masing masing). Nak tau dah masak ke belum sila cucuk kek, kalau takde yang melekat pada batang/garfu maknanya dah masak la tu.

Untuk Topping

300 gram Coklat Masak
150 ml Whipping Cream
1 Sudu Butter
1 Sudu Golden Syrup (tak letak pun takpe)

Cara-cara

Sila gunakan kaedah double boiler ye.. Cairkan coklat masak , tuangkan whipping cream, gaul bagi agak agak sebati lepas tu msukkan butter dan golden syrup gaul lagi bagi sebati juga. Ok siap. 

Bila semua dah siap semua boleh hias ikut kreativiti masing masing. Masak dah hias dah, apa tunggu lagi ngap la.......... Selamat mecuba


Ok ini lah hasilnya!!

Thursday, September 6, 2012

RAYA (PART 3)

Tetamu wajib yang akan datang pada hari raya pertama umah mak
Dah bertahun tahun tradisinya macam ni
Maklumla nenek+atok banyak yang dah takde 
Ayah anak lelaki sulung dalam keluarga 
So mak aku la sebagai orang tua sekarang ni
 Sedara yang datang ni banyak sebelah arwah ayah
Mana taknye adik beradik and sepupu sepapat ayah memang ramai duduk belah klang
Adik beradik mak pun tak berapa ramai sangat
Walaupun ayah dah takde tapi hubungan kami dengan sedara mara ayah tetap rapat
Kalau hari raya pertama tu memang meriahla umah mak aku
Memang 1 hari tak boleh g memana


Menu wajib raya
Ketupat, lemang, rendang, laksa, masak lodeh, kek
Semua homemade ok!




Sepupu ayah





 Kembar tak seiras
along + angah







Maksu terpaksa beraya dengan tongkat tahun ni
kesiannnnnn




 Kesian adam jadi anak terbiar kejap
Syok guling guling atas lantai sambil baca paper





 Anak buah mak


Sepupu aku a.k.a adik beradik ayah


Pak Lang Jamil




 

Ayiz ~ Pengantin to be






RAYA (PART 2)

Pagi raya kami bersama mak dan adik beradik
Cuma ayah je takde ;(
Dah 12 tahun arwah ayah tinggalkan kami
Al-Fatihah
Tahun ni turn raya kami beramai ramai sebelah mak 
Cuma abang sulung je raya kat umah mak mertua dia tahun ni
Kampung abang aku bukan jauh mana pun
Sebelah lorong je
Kentot pun boleh dengar :P
Tengahari cikit baru balik umah mak
Tahun ni keluarga abang aku tak dapat bergambar sakan sangat
Si Dani ngada-ngada buat hal.. huhu
Tu yang takde gambar family dia tu
+ tahun ni diorang tak sedondon
Tu yang tak berapa nak bergambar sakan kot 
Cehh pepandai je aku buat spekulasikan..huhu
Jom layan gambar 
Malas nak cite banyak