Friday, May 10, 2013

Cuti Cuti Di Cameron Highland


Hujung bulan lepas kami ke Cameron Highland untuk kali kedua. Dulu kami datang berdua je, yela time tu tengah honeymoon... Huhu.. Sekarang dah datang bertiga, saja bawa si kecik jalan jalan. Lebih kurang 2 tahun lebih tak datang ke Cameron. Hurmm so far aku tengok banyak juga perubahan contoh macam bangunan/kedai baru, haa sekarang ada taman lavender tau dulu takdekan? Pastu aku tengok sekarang ni banyak juga hotel hotel baru tengah naik. Haishh lepas ni bertambah kurang sejuk la cuaca kat sana. Masa time siang terasa juga bahangnya tapi bila dah petang petang cikit baru rasa sejuk.

Kami ke sana pada hujung bulan lepas, kami naik Cameron Higland hari ahad. Tido Semalam je pun. Kalau diikutkan hari sabtu tu nak pegi Ipoh, tapi dah memasing takde idea nak ke mana masa kat Ipoh nanti so kami batalkan aje niat nak ke Ipoh. Kali ni kami datang kami dah book siap siap hotel. Macam dulu kami main terjah je, nasib ada hotel kosong time tu. Kali ni kami stay di Hotel Casa Dela Rosa.

Pagi tu kami gerak around 8.45 pagi before tu singgah breakfast dulu dekat food court Presint 9. So bila dah kenyang barula senang hati nak jenjalankan.. Sampai je kat atas tu lebih kurang 12.30 t/hari. Nak check in tak boleh lagi so kami makan tengah hari di Restoran Erra. Ni restoran baru dulu masa aku datang tak nampak pulak kedainya. Makan ala buffet, masakan simple je, rm10/seorang. Ok sangat2. Masakan dia memang tak mengecewakan. 


Food Adam tetap home made
 Sup ayam ala adam~
Bawa siap siap bekalan untuk dia



Lepas makan terus check in, masa tu dah hujan ingat nak tido kejap tapi rupanya hujan sekejap je. 
So terus siap untuk ronda ronda ;)



Tempat yang aku memang nak pegi sangat kalau ke Cameron haruslah ke ladang teh dia kan.. Kami sampai dah pukul 4.15 petang. Dah nak tutup, nasib sempat lagi menyelit. Huhu. Ntah macamana kami boleh terlajak sampai ntah hujung mana,memang dah jauh gila time tu, aku memang dah nak nangis dah sebab hari isnin dia tutup. Aku paksa juga Encik Suami sempatkan juga sampai kat situ. Gila kejam dapat bini macam aku. Hahaha! Simpang nak masuk ke ladang teh ni macamana kami boleh terlepas pulak, padahal aku dah pandang sign board dah. adoiii la mata ni nak kena tambah power lagi ke apa ni...


mata boolat!

 Minum petang
Nomnomnom~



 
My Love


Muhammad Adam Hariz
Nama Hariz ni ayah dia yang beria-ia nak letak 
Ni semua ombak rindu punya pasal
So sebab cite tu berlakon kat sini tu yang beria-ia aku nak bawa si kecik datang sini
:D

The real HARIZ was here~



Kesian anak burung ni kena tinggal 
Dah la baby lagi
Kat sini memang burung senang nak tangkap takyah susah susah pakai perangkap
 Nak bawa balik takut mati tengah jalan pulak
So kami lepaskan je dia



Lepas kenyang kami ke Lavender Park pulak
Ada juga strawberry park kat situ tapi kali ni aku memang tak dah main petik petik
Beli je kat pasar lagi senang
Si kecik ni bukan reti penat 
Aku yang penat mengejar dia 





Malam nye kami dinner kat pekan brinchang
Dulu masa 1st time sini makan kat kedai ni juga


Ok dah kenyang jom balik tido ibu!
Adam dah siap siap makan dalam bilik so lega cikit tapi masih ada amukkan disitu
Haaishhh

Bangun pagi terus lain cite feveret
Oh My English!!
Tengok la kaki dia kemain silang lagi


Breakfast dulu before check out
Kami laki bini memang suka breakfast kat hotel
tak tau la kenapa
padahal makan biasa je pun
Tapi memang suka
Masa mengandungkan Adam siap mengidam lagi nak breakfast kat hotel
Tapi masa tu tak dapat pun
Nasib air liur Adam tak meleleh
;P



Masa nak turun teringin sangat makan strawberry celop coklat
Tapi yang ni macam kureng cikitla
Tapi layan jela
Adam dah ngantuk tahap gaban dah ni
Kalau dah dokong tak bangun juga memang ngantuk sangat la tu

Oh sebelum sampai sini kami shopping siap siap kat kea farm
Tak beli banyak pun
Kali ni dah nekad "perbelanjaan secara berhemah"
Hehe

 
Final destination
Bharat Tea
Teh Coklat dia sedap gila!





Otw balik
Dalam kete ni jela keje dia
Ngempeng tido ngempeng tido
Heaven!!



Oh lupa nak bagi tau actually kedatangan kami ke sini pun sempena anniversary kami yang ke 3. Sekejap je dah 3 tahun, alhamdulillah sepanjang 3 tahun bersama kami dikurniakan cahaya mata yang comel, sentiasa dilimpahkan rezeki syukur sangat sangat. Terima kasih Ya Allah atas kurniaan mu.. Berikanlah kami kebahagian dan kesihatan yang berpanjangan buat kami sekeluarga.. Amin...


Bye~

2 comments:

  1. Ohhh....restoran erra tuh buffet rupanya..hehe
    ari tuh pegi, jenjalan carik port makan..last2 makan kat medan brinchang jer...

    jln2 sini..
    =)

    ReplyDelete
  2. oo yeke..kami pun main redah je mkn kat restotan erra tu..nsb kami mmg baik.makanan dia terbaik!! ;)

    ReplyDelete