Tuesday, June 18, 2013

Part 2 ~ Family Day & Dinner Encik Suami

Pukul 6.30 pagi aku dah terjaga, mungkin sebab rasa sejuk sangat time tu. Ingat kan masih awal lagi rupanya dah subuh..Almaklumla kat umah takde aircond, sekali sekala tido dalam aircond ni rasa syok juga erk, hehe.. Lepas solat subuh terus prepare apa apa yang patut. Dah setel semua baru kejutkan si kecik. Bila tengok Adam tengah syok tido tak sampai hati nak kejutkan. Si kecik ni kemain lagi tido tak nak selimut. Aku punya la menggigil-gigil dia boleh tolak selimut bila aku nak selimutkan. Ni kulit serupa ayah dia jugakla ni, tebal!

Time ni dah pukul 7.15 pagi. Kesian Adam malam tadi dah la tido lambat pagi ni pulak kena bangun awal. Kami kena breakfast awal sebab pukul 8.30 pagi aktiviti pagi dah nak mula, nak tak nak kena juga bangunkan si kecik ni. Part yang paling best bila kejutkan si kecik ni bila dia menggeliat.. Alahai anakku.. Comel betul, bila dah bangun buat muka terkebil-kebil.. Hahahaha.. Gila comel!!


Breakfast makan serial je


 Kawan baru Adam ;)


Lepas breakfast terus pergi kat tempat  berkumpul. Alahai dah le dekat dengan swimming pool. Adam dah la pantang nampak air. Masa ni dia agak cool cikit. Masa mula-mula sampai dia punya nak terjun kolam tu toksahla cakap... Kadang kadang perangai si kecik ni memang menguji kesabaran betul!Grrrr~


Ketua kumpulan kami.. Hehehe.. Nama kumpulan ni aku yang bagi ;P


Ok aktiviti kumpulan dah mula. Kami kena buat kereta hasil ciptaan kami sendiri. Tengok betapa sibuknye si kecik nak tolong.. Kemain rajin betul. Langsung tak kacau dia buat hal dia aje.. Adam memang sporting. Semua orang suka layan Adam. Tapi yang aku risaukan budak ni suka melilau ntah ke mana aje.. Kejap kat sini kejap kat situ.. Memang energizer budak ni!





Hasil kereta kumpulan kami.. Ok kena test drive pulak. Gambar ramai ramai tak dapat nak amik. Gambar pun amik cikit cikit je.. Sibuk dengan si kecik ni. Pantang aku pegang henpon dia pun sibuk nak pegang juga...


 Finally group kami dapat 3rd price. Ok la kan... Dapat voucher Jusco.. Jadi la....


Lunch kami still di taja.. Tapi dah tak makan kat hotel kami makan kat Shabu One, Lot 10


Adam syok layan Upin Ipin. Ok Ibu dengan Ayah kena makan laju laju time mood dia tengah ok. Kang kalau angin dia dah datang mau haru biru di buatnya. Lebih kurang pukul 1.30 baru kami balik. Ingat nak stay lama tapi disebabkan Adam dah mula membuat onar baikla aku balik cepat. Huhu..


Sekian.. Bye~

Monday, June 17, 2013

Part 1 ~ Family Day & Dinner Encik Suami

Weekend baru ni Company Encik Suami buat Family Day & Dinner sekali. Lokasi kejadian taklah jauh sangat. Betul betul tengah KL, ni 2st time tido hotel kat KL, maklumla kalau nak tido kat hotel KL ni macam tak berbaloi la pulak sebab rumah kami dekat sekat sini je pun, huhu.. Ni dah dapat bermalam free kat KL kira rezeki la ye.. Kami berFamily Day di Grand Millennium Kuala Lumpur je..

Kami sampai dah pukul 2.30 petang time tu. Terus check in. Masuk hotel si kecik pegang telefon. Cakap beria tapi aku tak faham apa yang dia cakap.. Huhu



Lepas check in kami terus round kat kawasan sekitar hotel. Kebetulan ada pulak barang yang tertinggal terpaksa la aku redah shopping mall dekat situ cari barang yang aku lupa bawa tu. Haishhh rugi betul beli benda yang dah ada. Melayang RM lagi~ Dah dekat pukul 5.30 petang baru masuk bilik semula. Hadoi penat gila. Dapat rehat sekejap je before keluar untuk pegi dinner pulak malam tu..

Ok dinner time! Group yang datang ni taklah ramai sangat sebab ada beberapa orang yang tak dapat join, yang ada masa ni pun datang dari serata Malaysia. Diorang ni kebanyakkannya Engineer. Diorang keje di merata-rata tempat, dapat berkumpul sesekali memang seronok. Encik Suami kata ni pun ada beberapa orang yang dia baru jumpa selama hari ni balas-balas email je.. Walaupun baru bersemua muka diorang semua memang sporting! Gila gila juga diorang ni.Terbaik!!

 

Permulaan yang baik.. Bila dah tengah macam macam aku balun.. Hahahaha


Barang barang yang perlu di cari untuk 1st game


Si kecik ni bukan reti nak duduk diam. Nak halang tak boleh. Sudahnya aku lepaskan je dia pusing pusing kat dalam dewan. Tapi most of the time dia duduk depan pentas tu. Tukang tepuk tangan ;D. Semua geram tengok Adam, mana taknya punya la happy dia kesana kesini langsung tak takut dengan orang. Kawan Encik Suami panggil dia "energizer" sebab si kecik ni terlampau aktif langsung dan tak reti penat.. Huhu


Game untuk kanak kanak

Eh awak buat apa kat atas pentas tu ??



Part ni memang tak boleh blah.. 
Masing masing kena buat aksi macam body builder.. 
Abang gagah kononnya


Hoyeeeeee!!!
Adam menang best dress la malam tu.. 
Tak sia sia ibu belikan baju baru kat Adam
:D



Dah lama tak bergambar berdua
Comel tak??
:P


Malam tu dinner habis agak lewat cikit dari jadual. Bila dah kenyang mata pun bagai digam gam.. Encik Suami lepak kat luar dengan kengkawan yang lain. Kami berdua dah prepare nak tido, tapi boleh pulak Encik Suami ajak ronda ronda kat kawasan luar tu lagi. Disebabkan kemalasan yang amat dan esok pagi nak kena bangun awal aku reject permintaan Encik Suami. Dah tak larat nak melangkah lagi malam tu. Letih yang amat sangat. Penat berjalan waktu siang tadi pun tak habis lagi...

View dari dalam bilik kami.. Time ni dah pukul 12.00 malam. Tapi jalan raya kat luar tu still penuh dengan kenderaan. Malam minggu kat KL memang meriah! 

 

Layan movie dulu sebelum tido.. Budak ni memang "energizer".. Dah penat padahal tapi boleh lagi nak ajak bergurau. Lepas dah betul betul tak larat baru dia tido. Bila ayah dia tepuk tepuk tak sampai 5 minit dah tido. Ini baru betul betul punya penat. Pukul 1 pagi baru Adam tido. Lepas Adam tido Ibu pun tido sekali ayah je masih setia tengok tv...

 
 
 Nite~