Tuesday, June 18, 2013

Part 2 ~ Family Day & Dinner Encik Suami

Pukul 6.30 pagi aku dah terjaga, mungkin sebab rasa sejuk sangat time tu. Ingat kan masih awal lagi rupanya dah subuh..Almaklumla kat umah takde aircond, sekali sekala tido dalam aircond ni rasa syok juga erk, hehe.. Lepas solat subuh terus prepare apa apa yang patut. Dah setel semua baru kejutkan si kecik. Bila tengok Adam tengah syok tido tak sampai hati nak kejutkan. Si kecik ni kemain lagi tido tak nak selimut. Aku punya la menggigil-gigil dia boleh tolak selimut bila aku nak selimutkan. Ni kulit serupa ayah dia jugakla ni, tebal!

Time ni dah pukul 7.15 pagi. Kesian Adam malam tadi dah la tido lambat pagi ni pulak kena bangun awal. Kami kena breakfast awal sebab pukul 8.30 pagi aktiviti pagi dah nak mula, nak tak nak kena juga bangunkan si kecik ni. Part yang paling best bila kejutkan si kecik ni bila dia menggeliat.. Alahai anakku.. Comel betul, bila dah bangun buat muka terkebil-kebil.. Hahahaha.. Gila comel!!


Breakfast makan serial je


 Kawan baru Adam ;)


Lepas breakfast terus pergi kat tempat  berkumpul. Alahai dah le dekat dengan swimming pool. Adam dah la pantang nampak air. Masa ni dia agak cool cikit. Masa mula-mula sampai dia punya nak terjun kolam tu toksahla cakap... Kadang kadang perangai si kecik ni memang menguji kesabaran betul!Grrrr~


Ketua kumpulan kami.. Hehehe.. Nama kumpulan ni aku yang bagi ;P


Ok aktiviti kumpulan dah mula. Kami kena buat kereta hasil ciptaan kami sendiri. Tengok betapa sibuknye si kecik nak tolong.. Kemain rajin betul. Langsung tak kacau dia buat hal dia aje.. Adam memang sporting. Semua orang suka layan Adam. Tapi yang aku risaukan budak ni suka melilau ntah ke mana aje.. Kejap kat sini kejap kat situ.. Memang energizer budak ni!





Hasil kereta kumpulan kami.. Ok kena test drive pulak. Gambar ramai ramai tak dapat nak amik. Gambar pun amik cikit cikit je.. Sibuk dengan si kecik ni. Pantang aku pegang henpon dia pun sibuk nak pegang juga...


 Finally group kami dapat 3rd price. Ok la kan... Dapat voucher Jusco.. Jadi la....


Lunch kami still di taja.. Tapi dah tak makan kat hotel kami makan kat Shabu One, Lot 10


Adam syok layan Upin Ipin. Ok Ibu dengan Ayah kena makan laju laju time mood dia tengah ok. Kang kalau angin dia dah datang mau haru biru di buatnya. Lebih kurang pukul 1.30 baru kami balik. Ingat nak stay lama tapi disebabkan Adam dah mula membuat onar baikla aku balik cepat. Huhu..


Sekian.. Bye~

No comments:

Post a Comment