Wednesday, September 4, 2013

Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M)

Assalamuailaikum. Jumaat lepas baru je cerita rumah yang tengah dalam progress. Isnin depannya aku terpaksa men-emergency leave kan diri. Huhu.. Takpe cuti aku ada banyak lagi. Seyes cuti tahun ni tak usik lagi tau. So bila dah kepenatan kat umah kakak aku ahad tu, kena amik cuti la kan, dia buat open house aku yang penat lebih, maklum la orang dapur...

Hari isnin tu Encik Suami pun bercuti sebab memang polisi company dia kalau public holiday jatuh hari sabtu pun, dia still akan ganti cuti ke hari isnin. Untungkan. Ok memula macam nak pegi tengok wayang tapi since masa tak cukup, sebab pagi tu setelkan segala urusan bank, masukkan duit raya Adam and buat simpanan untuk aku sekali, dah tu pegi setelkan credit card Encik Suami. Ulang alik sana sini. Letih. Lunch kami makan kat Warung Bunian. Pasal ni nanti aku story entry lain ye..

So bila dah kenyang, terus ke Bandar Teknologi Kajang pulak. Kami dah mula survey keperluan untuk  masuk umah baru la katakan.... So far kedai yang kami pegi tu harga yang dia bagi memang ok. Actually kedai ni kawan Encik Suami yang suggest sebab dia penah gunakan khidmat   Intech Kitchen Sdn Bhd dan beberapa kawan yang lain pun dah guna juga khidmat kedai ni. Memang puas hati dengan hasil kerja diorang. Tapi kami datang survey je dulu. Nanti kami nak pegi juga ke kedai lain, nak tengok apa lagi yang boleh kami dapat dengan harga yang berpatutan.

Tapi yang menjadi masalahnye sekarang, pagi tu before aku keluar menyetelkan segala urusan seri paduka baginda, kawan office message tetiba ucap TAHNIAH. Eh kenapa pulak?Aku tak preggy la kak oii.. Hehehe.. Sekali rupanya-rupanya dia gitau aku dapat Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M) tu!OMG! Rezeki yang tak disangka-sangka. Dalam beribu yang minta tu aku orang yang bertuah. Alhamdulillah.. Tapi..... camne aku nak bayar untuk 2 rumah sekali? Gaji kami berdua pun cukup-cukup je sekarang ni. Halamak... Nak tolak sayang.. Puas aku memikirkan ni. Nak jual rumah landed tu rasa rugi, tapi nak tolak rumah yang berlokasi di Putrajaya lagi la rugi.. Ooooo apakah yang aku harus lakukan ni???? Ya Allah berilah aku petunjuk mana yang terbaik untuk aku dan keluarga ku... Amin...




Pada yang belum check status dapat atau tak korang boleh kat sini



Nak tau detail boleh baca kat blog Notakanan

No comments:

Post a Comment