Tuesday, October 22, 2013

Hadiah Dari Ayah

Hari tu seminggu kami anak beranak kena tinggal
Nak ikut Encik Suami pegi outstation seminggu kat Singapore lama sangat la pulak
Memang cuti aku banyak lagi tapi rasa sayang pulak kalau habiskan macamtu aje
So takpelah 
Memula risau juga kalau si kecik ni buat hal 
Lagi lagi time pagi nak siap pegi keje tu
So far alhamdulillah
Adam takdela buat hal sampai aku lewat nak ke office

Kunci jam awal 5 minit je dari sebelum ni
Bayangkan siapkan bekal Adam ke sekolah
Siap itu siap kan ini
Fuhhhhh
Hantar lagi pegi sekolah
Memang supemak la aku jadi nye kannnnn
Tapi alhamdulillah berjaya juga aku handle semua tanpa Encik Suami
Adam memang good boy la

Dulu kalau aku mandi dia akan nangis ketuk pintu 
Tapi lepas seminggu berdua je dengan aku
Dia dah faham
Kalau aku bangun pegi toilet n dia terbangun time tu
Dia dah tak nangis lagi
Kalau aku pegi lama sangat je baru dia merengek
Anak ibu dah semakin bijak sekarang ni
Dah faham apa yang ibu dia buat sekarang

Ahad suami bertolak, sabtu depannya baru balik
Memang sepanjang ketiadaan Encik Suami nampak sangat Adam bosan
Takde sape nak layan dia bergusti
Kesian Adam
Nampak gaya memang kena bagi kawan cepat kat Adam ni
Huhu

 Balik dari outstation Encik Suami belikan kami hadiah
Buah tanganla katakan
Memula kata ada hadiah untuk aku je
Sekali balik Adam punya hadiah besar dari aku
Punya la suka se kecik ni bila jumpa ayah dia
Asyik la nak bercerita
Tapi apa cerita pun kami tak faham
Bahasa german ke apa Adam cakap
Hahaha



Nampak tak excited dia tu
Dah tak sabar nak suruh buka mainan dia


Ok ni aku punya
Tq sayang
Senyum lebar aku dibuatnya
Maklumla handbag yang ada ni pun tunggu masa je nak putus

 
Malam tu dua beranak sibuk main mega bloks dia
Mega bloks ni adik beradik la macam Lego tapi nama je lain
Encik Suami pun tak tau nak belikan untuk Adam sebenarnya
 Punya la suka dia main benda alah ni
Elok la dia main mainan selain tab dia tu kan
Dari mengadap tab baik main bloks ni
Boleh juga rangsang pemikiran anak tu kan
;)



 

Tuesday, October 8, 2013

Kid'z Paradise, The Mines

Assalamualaikum
Hari sabtu yang lepas niat hati nak bawa Adam ke Zoo Negara
Tapi ntah macamana plak boleh tukar plan
Takpelah next time la kita ke sana
Bila tak jadi pegi zoo maka kami bawa la Adam ke Kidz Paradise,The Mines

Awal lagi kami dah sampai kat sini
Tepat 11 pagi kami dah sampai
Adam memang teruja sangat tengok banyak mainan
Sekali masuk rm38 untuk kanak-kanak
Untuk parent masuk free sahaja
Nak masuk wajib pakai stokin



 Kat sini banyak juga mainan 
Ok la
Kawasan pun besar
Ada bilik baby 
Senangla kalau nak tukar kan pampers anak







Kalau nak diikutkan Adam ni jenis penggeli
Kalau dia pijak rumput atau pasir mula la dia menjerit
Geli la sangat
Budak bandar sungguh!
Tapi masa main kat tempat ala ala berpasir ni nasib dia ok
Maybe sebab pakai stokin tu yangtak rasa sangat kot


 




Masa tengah main ni Adam tak berbunyi langsung
Selalu kalau dia main mulut dia bising juga
Tapi kali ni memang tak keluar bunyi langsung
Teruja sangat sampai tak boleh nak berkata-kata kot anak aku ni
:D

  

 

Kat gelongsor ni memang best
Bukan setakat anak je yang excited
Ayahnye pun excited, sibuk nak naik juga 
Aku dari jauh perhatikan aje..
Dalam hati dah risau kang mau time Encik Suami naik dibuatnya patah gelongsor tak ke malu 
Hahaha





Nampak tak betapa ayahnye juga teruja nak main gelongsor sama.. Huhu
Mungkin adam cakap
"ok ayah cepat turun Adam sambut ayah k!"


 
 

 
 

Pukul 1.30 petang baru kami keluar sekejap
Lapar sangat
Nak pujuk si kecik ni keluar bukan senang
Tapi bila time dia makan nampak sangat dia lapar
Mana taknye masa main minum air pun tak
Ngempeng pun dah tak ingat 
Yang dia tau nak main aje
Habis juga bekal yang aku bawa kan tu

Bila dah siap makan sambung lagi main
Bayar mahal mahal rugila kalau duduk sekejapkan
Memang seronok sangat la si kenit ni
Ok kasi dia main puas puas dulu
Pukul 3 baru kami keluar dari tempat tu


Dalam banyak banyak  mainan kat 2 tempat ni je dia nak main
Padahal ada lagi tempat lain
Tapi nak juga main kat sini
Ikutla janji dia happy



 Nak keluar dari tempat tu untuk kali kedua bukan senang
Mengamuk juga la si kenit ni
Tapi bila letak dalam stroller bagi dia leka dengan tab dia
Tak lama lepas tu terus lelap
Letih sangat la tu



Thursday, October 3, 2013

Spaghetti Meatball

Semalam aku malas nak masak
So kita buat food yang simple simple je la
Spaghetti meatball ala Adam

Bahan 
1/2 Paket spaghetti

1 biji bawang Holland
3 biji bawang putih
1 biji tomato
2 batang hot dong
Beberapa ketul daging meatball
Tomato puree
1 cawan susu
1 cawan air

Cara
Rebus spaghetti sampai lembut kemudian toskan

Tumis bawang holland n bawang putih yang telah dipotong dadu
Masukkan kan meatball dan hot dog
Kemuadian masukkan tomato puree,air dan susu
Bila dah hampir masak masukkan tomato yang dipotong dadu tadi
Ok siap!

Bila dah siap hidangkan segera
Makan panas panas baru sedap ;)


Aksi si kenit

 




Licin semangkuk Adam makan
Dapdapdap sambil angguk angguk kepala
Comellll sangat 

Resepi ni boleh ubah kalau korang nak
Boleh tambah lagi cendawan atau sayur yang lain
Tapi malam tadi ada barang barang ni saje kat umah
So pakai jela apa yang ada

Aku dengan Encik Suami pun makan spaghetti juga
Disebabkan sos ni takde garam so kami tambahkan serbuk black n white pepper dan juga sedikit oregano
Sedap!
Ohh ada juga keropok losong yang kawan beli kan dari terengganu
Tapi lupa nak snap picture
;)