Tuesday, October 8, 2013

Kid'z Paradise, The Mines

Assalamualaikum
Hari sabtu yang lepas niat hati nak bawa Adam ke Zoo Negara
Tapi ntah macamana plak boleh tukar plan
Takpelah next time la kita ke sana
Bila tak jadi pegi zoo maka kami bawa la Adam ke Kidz Paradise,The Mines

Awal lagi kami dah sampai kat sini
Tepat 11 pagi kami dah sampai
Adam memang teruja sangat tengok banyak mainan
Sekali masuk rm38 untuk kanak-kanak
Untuk parent masuk free sahaja
Nak masuk wajib pakai stokin



 Kat sini banyak juga mainan 
Ok la
Kawasan pun besar
Ada bilik baby 
Senangla kalau nak tukar kan pampers anak







Kalau nak diikutkan Adam ni jenis penggeli
Kalau dia pijak rumput atau pasir mula la dia menjerit
Geli la sangat
Budak bandar sungguh!
Tapi masa main kat tempat ala ala berpasir ni nasib dia ok
Maybe sebab pakai stokin tu yangtak rasa sangat kot


 




Masa tengah main ni Adam tak berbunyi langsung
Selalu kalau dia main mulut dia bising juga
Tapi kali ni memang tak keluar bunyi langsung
Teruja sangat sampai tak boleh nak berkata-kata kot anak aku ni
:D

  

 

Kat gelongsor ni memang best
Bukan setakat anak je yang excited
Ayahnye pun excited, sibuk nak naik juga 
Aku dari jauh perhatikan aje..
Dalam hati dah risau kang mau time Encik Suami naik dibuatnya patah gelongsor tak ke malu 
Hahaha





Nampak tak betapa ayahnye juga teruja nak main gelongsor sama.. Huhu
Mungkin adam cakap
"ok ayah cepat turun Adam sambut ayah k!"


 
 

 
 

Pukul 1.30 petang baru kami keluar sekejap
Lapar sangat
Nak pujuk si kecik ni keluar bukan senang
Tapi bila time dia makan nampak sangat dia lapar
Mana taknye masa main minum air pun tak
Ngempeng pun dah tak ingat 
Yang dia tau nak main aje
Habis juga bekal yang aku bawa kan tu

Bila dah siap makan sambung lagi main
Bayar mahal mahal rugila kalau duduk sekejapkan
Memang seronok sangat la si kenit ni
Ok kasi dia main puas puas dulu
Pukul 3 baru kami keluar dari tempat tu


Dalam banyak banyak  mainan kat 2 tempat ni je dia nak main
Padahal ada lagi tempat lain
Tapi nak juga main kat sini
Ikutla janji dia happy



 Nak keluar dari tempat tu untuk kali kedua bukan senang
Mengamuk juga la si kenit ni
Tapi bila letak dalam stroller bagi dia leka dengan tab dia
Tak lama lepas tu terus lelap
Letih sangat la tu



No comments:

Post a Comment