Wednesday, July 2, 2014

Dugaan Lagi ~ Warded La Pulak~

Assalamualikum dan selamat berpuasa buat semua. Alhamdulillah berjumpa lagi kita dengan bulan yang penuh mulia ni kan.. Syukur sangat, tapi ramadhan tahun ni tak tau la berapa hari aku boleh berpuasa, maklumla dah tunggu hari nak bersalin je sekarang ni.

Ni kisah minggu lepas, hari isnin lepas (23 Jun 2014) aku kena warded la pulak sebab baby kurang gerak. Actually petang tu memang aku ada check up di Klinik Kesihatan Presint 11, tapi hari tu aku rasa baby macam slow sangat geraknya, contraction pun ada cikit cikit.  Bila dah macam tu terus doktor kat klinik buat surat refer ke Hospital Putrajaya, ikutkan pada hari yang sama Adam pun check up sekali nasib Encik Suami temankan, nak bawa Adam dengan keadaan aku yang dah memboyot ni memang tak larat, bukan apa si Adam tu penakut bila nak bawa jumpa doktor / nurse. Confirm dia melalak and meronta-ronta masa nak check up tu. Tu yang aku minta Encik Suami ikut sekali. Nak dijadikan cerita si Adam demam pulak, bacaan dah 38.5 C. Hadoii nurse cakap ni bahaya juga untuk budak kecik takut nanti boleh jadi sawan pulak. So Adam pun kena bawa jumpa doktor juga, bila doktor check apa lagi kemain 'merdu' la suara dia. Lepas settle kami anak beranak check up di KK Presint 11 aku terus ke Hospital Putrajaya. Perut dahla lapar gila sebab tengahari tu tak makan lagi tapi doktor dah sound jangan nak lengahkan masa lagi nak makan minta je Encik Suami tapaukan apa yang patut dulu. Ok baiklah doktor...

Lebih kurang pukul 4.30 petang aku sampai kat hospital, aku terus pegi kat dewan bersalin, makk aiiii ramainye orang. Ramai yang nak bersalin time ni? Masa kat pendaftara Encik Suami cuit bahu aku suruh aku baca notis kat tepi meja, ayat dia lebih kurang camni la "Harap maaf katil penuh untuk hari ini, pesakit akan dihantar ke hospital lain untuk rawatan susulan" OMG!!!!! Walaupun dia kata katil penuh pesakit akan di check dulu lepas tu tengok apa doktor cakap agak agak kalau nak beranak ke nak kena tahan wad ke nanti diorang transfer ke Hospital Kajang or Hospital Kuala Lumpur. Demmit! Inilah perkara yang paling mengerikan, nak kena hantar sana sini tu yang tak seronok tu. 

Masa kat situ doktor and nurse check perut buat CTG bagai, doktor siap seluk lagi kat bawah nak tengok ada bukaan or tak sebab nak diikutkan contraction tu memang dah ada, ngeri ko tau tak!!! Haishh tapi apa boleh buat, dah la doktor laki yang seluk ni 1st time tau kena seluk dengan doktor laki masa Adam dulu dengan doktor pompuan je sebab masa tu memang dah booking doktor Siti Esah beranak kat private kan, kali ni takde makna nak private bagai, pegi je gomen T_T...Disebabkan baby dalam perut kurang gerak doktor nak tahan aku kat wad, tapi katil penuh so dia nak hantar aku kat Hospital Kajang! Adoiii aku pun mula la melobi doktor tu.. 

Aku : doktor takkan la staff sendiri tak boleh nak dapat tempat?
Doktor : Awak keje mana?
Aku : KKM la doktor
Doktor : Hmmm sorry bukan kita tak nak bagi tapi hari ni memang katil full
Aku : Takpela doktor saya pegi Hospital Serdang
Doktor : Awak boleh pegi sana sendiri sebab kalau ke sana kita tak hantar, tapi kalau ada apa-apa yang berlaku risiko atas puan. Puan kena sign surat dulu
Aku : Muka terus cuak bila doktor cakap macam tu, takpe doktor saya bincang dengan husband saya dulu la
Doktor : Ok

Masa kat luar tu aku terus cakap apa yang patut kat Encik Suami, nak ke Kajang tu memang berat hati, bukan aku sengaja tak nak ke sana tapi ada beberapa sebab kenapa aku tak nak ke sana. Tapi nasibla aku terfikir aku ada kenal sorang Matron ni, aku call dia minta tolong dia, nasibla atas pertolongan matron tu aku dapat juga katil kat Putrajaya ni, tapi aku kena tunggu sorang doktor pakar ni habis buat operation dia dulu, nanti dia bagitau apa aku patut buat. Fuhhh memang lega tahap gaban time tu.

Lebih kurang sejam menunggu doktor pakar tu panggil aku and brief aku cikit, dia minta aku masuk kat Pusat Bersalin Berisiko Rendah Presint 8 dulu, monitor apa yang patut kat sana and kalau kena induce ke apa ke nanti diorang akan hantar aku balik kat Hospital Putrajaya. Malam tu juga aku masuk wad siap naik ambulance lagi pegi sana. Dengan keadaan Adam yang tak sihat aku minta Encik Suami balik dulu settle kan Adam dulu, apa-apa nanti aku call. Memang agak kalut la time tu, ikutkan nak hantar Adam kat abang aku kejap malam tu, tapi disebabkan dia punya melalak tak hengat terus cancel je, dia macam tau je nak kena tinggal, haishhh kesian betul tengokkan Adam time tu, bersungguh dia panggil ayah dengan ibu.

Lebih kurang 10.30 malam aku dah ada kat ward, lepas tu Encik Suami datang sekejap hantar nasi and barang-barang keperluan aku cikit. Tido malam pertama kat ward memang tak lena, asyik terjaga je, teringat anak yang tak sihat kat rumah lagi. Hadoiiii


Hari pertama and kedua punya breakfast


Luncheon! ermmmm telan jela


Petang Encik Suami datang bawa Adam, rindu gila kat dia kot



Kira aku duduk kat ward ada dalam dalam 3 hari dua malam, nak kata best takla best sangat nak kata tak best takla tak best sangat. Kira ok ok la... Tapi apa yang best kalau duduk kat ward berisiko rendah ni environment dia agak selesa sebab dia kan hospital dalam rumah, so takdela nak berebut toilet, takde gangguan suara suara yang tak diingini.. Kira ok la, aku dapat bilik master bedroom lagi la best toilet memang aku sorang je yang guna. Memang rasa macam kat rumah. Yang best duduk hospital ni makan sampai 4 kali, lepas makan tido. Hohoho ;P

Doktor pakar nasib tak induce aku, ikutkan doktor laki sorang tu pun tak prefer untuk induce disebabkan aku ada luka ceaser yang dulu tapi ada sorang doktor pompuan ni confident je nak induce, hadoii nasibla doktor pakar tu suruh aku balik and relax dulu if ada apa apa yang tak ok terus datang hospital semula. Fuhh lega... Masa last day kat sini doktor seluk lagi kat tang bawah nak tengok ada bukaan ke tak, still tak buka juga, tu yang doktor minta aku balik and rest dulu. Kira 2 kali kena seluk. MALU T_T... Doktor bagi mc sampai hari jumaat, ohh best gila! Ok lepas settle bil **tapi tak bayar apa pun free je sebab staff gomen juga kan** semua lebih kurang pukul 2.30 petang aku kluar hospital. Ohh heaven gila dapat balik umah sendiri!


No comments:

Post a Comment