Assalamualaikum semua! Lama dah tak berentry, kesibukkan dan buat buat sibuk sangat sekarang ni :D.. Cerita ni pun dah peram lama. Tapi takpe nak cite juga.. Hihi
Tahun 2014 Family Day ofis Encik Suami di Holiday Inn Glenmarie dan Sunway Lagoon. Kalau Family Day Encik Suami ni yang bestnya siap dapat tido hotel 2 hari 1 malam lagi. Untungkan... Bila lagi nak dapat tido hotel free..
Macam biasa pukul 2 check in, tahun ni dapat goodie bag dalam beg ada coklat dan power bank lagi. Untungkan! Lepas check in apa lagi tido kasi golek golek atas katil dulu before ke dinner malam tu
Aktiviti malam dinner.. Tema kali ni Cowboy Night.. Puas ajak Encik Suami pakai ala ala koboi hmm taknaknye dia. Sudahnya pakai baju kotak kotak je kami malam tu. Yang si Adam puas ajak naik pentas,anak bujang aku ni gila glamour agaknya, ada ke dia pujuk kitorg naik atas pentas. Mak nak makan pun tak senang.Hishhh la anak.. Nak puaskan hati aku letak dia atas pentas. Berdirila puas puas atas tu..
Lepas bertan-tan makanan masuk ke perut malam tu moh le balik ke bilik.. Dah kenyang apa lagi sleeping beauty la. Tapi Encik Suami keluar lepak dengan kawan kawan dia. Ahhh lantakla janji mak boleh tido. Hahaha.. Lagipun ni tahun kedua dan terakhir nak berfamily day kat Company ni awal tahun 2015 dah join company baru.
Bangun awal-awal pagi terus gi breakfast sebab pukul 9 pagi nak check out dan gerak ke Sunway Lagoon.
Ok lets our journey begin! Time ni aktiviti bebas. Company bagi tiket untuk indoor and outdoor sekali + kupon makan untuk setiap family. Free! Untungkan!
Adam punyalah seronok tengok air sampai tak sabar-sabar nak terjun kolam tapi one thing la Adam ni nampak je berani tapi sebenarnya penakut yang amat. Puas la kita ajak dia ke tengah cikit punyalah dia menjerit taknak, nak main kat tepi tepi je.. Kalau datang dekat kat dia nanti dia halau kita suruh main jauh-jauh. Cisss muka ganas tapi dalam hati ada taman la bujang ibu ni..
Ini pengalaman kedua Aras mandi kolam. Before ni aku dah try bawa kat Pusat Maritim Putrajaya nampak dia ok and kali ni pun dia ok. Arash ni tenang je... Takde nak nangis or jerit jerit kaki dia pun tak kayuh sehebat abg dia dulu. Bagus betul si kenit ni..
Time ni musim hujan so dapat mandi kejap je. Tapi takpe aku pun tak boleh nak mandi sangat pun sebab nak kena jaga 2 hero. Hihi.. Encik Suami bergembira dengan kawan kawan yang lain, takpe kasi chance la kan...
Lepas agak lama masing masing termenung dalam hujan kami decide nak round kawasan yang lain, so beli makan and tukar baju cepat cepat untuk ke kawasan lain pulak. Nak jalan pun agak payah sebab hujan dengan anak kecik lagi, kesian kat diorang sebenarnya. So kami pegi mana yang sempat je.
1st masuk rumah hantu, tapi aku tak masuk sebab nak handle 2 hero, tapi Enck Suami sibuk nak ajak masuk juga dia nak minta kawan dia tolong jagakan, tapi aku kata kesian kat anak anak nanti, so untuk kebaikan bersama aku jaga je diorang sambil bawa Adam main kat taman sebelah rumah hantu. Encik Suami ni memang kalau boleh nak aku ni berkepit je dengan dia, kadang kadang pening nak layan mana satu.. Kalau la boleh belah dua badan ni kan senang.. Huhu
Lepas puas main kat taman ronda kat kawasan lain, tengok binatang binatang yang lain. Tapi lion putih ni makk aihh boleh tahan besar juga la. Banyak lagi tempat yang kami pegi tapi tak larat nak amik gambar bateri pun dah hampir tak bernyawa. Adam bila dah tak larat berjalan sibuk nak duduk dalam stroller dah tu yang si adiknya terpaksala ibu dengan ayah gilir gilir dukung..
Gambar ni je yang mampu aku snap. Yang lain dah tak larat. Ikutkan dah bertahun aku tak masuk Sunway Lagoon last time seingat aku masuk sebelum masuk uitm. Gila dah bertahun. Memang tak puas, takpe next time nak datang berdua je dengan Encik Suami nak berkubang lama lama dalam kolam tu nak ronda ronda sekeliling kawasan dalam tu!
Bila hari dah petang kami pun keluar dari Sunway Lagoon nak cari makan pulak kat dalam Sunway Pyramid. Dah balik umah takde makna nak keluar lagi, nak masak pun dah tak larat. Senang cite cari makan sebelum balik rumah. Tapi cuba tengok gaya si bujang ni dulu kemain cekak pinggang lagi dia kan ;)
Bye~