Monday, February 23, 2015

Bertahnik dengan Ustaz Don

Alhmadulillah hajat nak tahnikkan si kecik dengan Ustaz Don tercapai. Syukur sangat. Masa ni umur Arash baru 8 hari (18 Julai2014) . Bukan senang nak dapat jumpa Ustaz Don, time ni kebetulan Ustaz free sekejap tu yang kami gigihkan juga ke KUIS untuk jumpa dengan Ustaz Don.  Sebelum tu call dulu PA ustaz dan bila PA ustaz cakap yang haritu je sebelum asar ustaz free nak tunggu hari lain tak tau bila lagi, so kami tak fikir panjang terus start enjin. Lepas Encik Suami balik sembahyang jumaat terus kami ke sana. Puas juga la berpusing pusing kat dalam KUIS, nak cari office ustaz punya pasal, nasib jumpa walaupun masa dah agak lewat.

Dari awal pregnant lagi dah cakap dengan Encik Suami kalau boleh nak sangat baby kali ni dapat ditahnikkan dengan orang alim a.k.a Ustaz.. Tak kisahla sape janji orang alim. Bila dapat tahnikkan si kecik dengan Ustaz Don saya happy sangat sangat. 

Ustaz Don memang sempoi, ni kali ke 3 jumpa Ustaz Don depan depan. Mula mula pernah terserempak dengan ustaz kat Alamanda, time tu ustaz tengah shopping barang dapur dengan wife dia, 2nd time jumpa + dapat bergambar dengan ustaz masa ustaz bagi ceramah kat office n kali ni kali ke 3 jumpa ustaz live! Tapi kali ni special cikit sebab dapat borak sekali dengan dia. 

Tengah ustaz bacakan doa boleh pulak si kecik ni muntah atas baju ustaz, banyak juga muntahnya, hihi.. Sorry la ustaz anak saya tak sengaja... Moga dengan berkat doa dari ustaz anak ibu akan jadi anak yang soleh hingga ke akhir hayat...

Thanks Ustaz Don Daniyal!





1 comment: