Last week pegi kenduri sepupu aku kat Kapar, bila aku sampai je semua pak cik mak cik sakat aku. Semua kata aku terel. Hahaha..Mana taknye aku baru setahun kawen dah dapat baby, tapi sepupu sepapat aku yang dah kawen 2, 3 tahun still belum ada rezeki. Abang aku yang dah 3 tahun kawen pun tak dapat dapat lagi rezeki baby.. Aku dah bagi tempoh setahun kat diorang suruh potong line aku diorang tak nak.. So aku jalan la terus..Nanti lama la pulak nak tunggu diorang kan..Hehehe.. Nak buat camne kan rezeki masing masing.. Tapi kembang jugakla setaman bila orang cakap aku HEBAT. ngeee~
Syukur alhamdulillah kandungan aku dah masuk minggu ke 12 @ 3 bulan hari ni..Kalau ikutkan sekarang aku dh masuk trimester ke 2. Macam tak percaya je, cepat betul baby aku ni membesar. Macam baru tau semlam aku preggy tuptup dah besar sekarang ni.. Hopefully baby akan terus sihat kat dalam 'tu' ;)..
Syukur alhamdulillah kandungan aku dah masuk minggu ke 12 @ 3 bulan hari ni..Kalau ikutkan sekarang aku dh masuk trimester ke 2. Macam tak percaya je, cepat betul baby aku ni membesar. Macam baru tau semlam aku preggy tuptup dah besar sekarang ni.. Hopefully baby akan terus sihat kat dalam 'tu' ;)..
"Menjelang bulan ketiga, kebanyakan wanita mula menampakkan tanda-tanda fizikal kehamilan. Mulai bulan ini, bayi akan membesar dengan cepat, panjang bertambah beberapa milimiter setiap hari. Wajahnya bertambah jelas. Ibu jari, jari kaki, telinga dan kelopak mata telah terbentuk. Berat kira-kira satu aun (28g) dan panjang 3 inci (8cm). Pada bulan ini bayi mula menguap, menggeliat, memusingkan badan tetapi saiznya yang masih kecil kita tidak akan dapat merasakan sebarang pergerakan. "
Bulan ketiga ni dah mula jelas muka baby..hurmm tak sabarnya nak scan. Next check up lepas ni nak pegi DEMC, nanti nak minta doktor scanlah. Kalau tak silap dari bacaan aku sebelum sebelum ni jantina baby pun dah boleh nampak. Kalau baby boy senang la nampak tapi kalau baby girl payah cikit la, coz dia shy shy nak tunjukkan 'anu' dia ;D. Tak kisahlah jantina apapun baby aku ni, yang penting selamat lahir.Itu je yang penting sekarang ni kan.
Dulu masa mula-mula tau preggy aku takde pulak rasa nak muntah-muntah tapi lately ni dah mula muntah-muntah.Adehhh..Tadi pun baru je lepas muntah.Subuh tadi pun dah muntah juga.Kerap la sekarang ni. Macam tak boleh nak terima makanan. Lepas makan mesti nak muntah. Orang selalu alahan masa awal awal bulan. Aku pulak baby dah besar baru nak start muntah muntah. Takpelah..Dugaan kecil je ni.Orang lain lagi la macam macam peel yang aku dengar, setakat muntah ni biasa la kan..
Sepanjang preggy ni alhamdulillah takde pulak rasa ngidam yang bukan bukan. Makan je apa yang boleh, but still makanan yang berkhasiat. Tapi aku lebih gemar makan makanan yang masam masam cikit. Asam tu mesti la feverat kan, but still under control lagi la.. Bila dah rasa kritikal tu baru aku cari asam. Naksu makan aku buat masa ni still macam biasa je. Takde la selera mendadak, tapi kekadang tu sampai takde nafsu langsung nak makan. Tapi bila fikirkan ada baby dalam perut ni kena la jamah makanan cikt, kesian kat dia kan., lapar plak baby aku nanti. Setakat ni aku masih mampu nak buat keje umah, macam masak, kemas umah, iron baju,, tapi bila mood malas tu datang nampaknye Encik Suami la yang menjadi mangsa keadaan. Huhu..Cuma aku sekarang ni tak boleh nak bau benda pelik pelik cikit. Nanti kang mula la rasa mual. But nak cium Encik Suami still takde masalah lagi la ;)..
Sekarang memang aku amalkan makanan yang berkhasiat. Selalu makan buah, minum susu, makan kismis asid folik memang hari hari amik cuma kekadang je lupa especially weekend. Heheh..Tapi kalau time kat ofis ni ingat pulak nak makan. Huhu~ Hari tu memang aku minum susu anmum tapi bila dah sebulan minum tekak ni rasa lain pulak. So sekarang dah stop minum susu anmum tapi aku ganti kan dengan susu lain atau yang seangkatan dengan zat susu yang aku boleh dapat. Hopefully lepas ni kurangla cikit rasa mual hendaknya...
No comments:
Post a Comment