Monday, October 31, 2011

HAJAT DAH TERTUNAI

Sabtu lepas tertunai jua niat kami suami isteri nak buat tahlil and makan makan cikit kat umah baru kami ni. Walaupun duduk kat situ baru 3 minggu, rumah pun tak berapa habis nak hias tapi belasah jela. Memandangkan keadaan aku yang dah tak berapa nak larat ni buat juga la, nanti kalau tunggu lagi kompem lagi susah. Mana taknya bila dah hujung tahun ramai la yang mendirikan masjid, nanti bertembung dengan banyak kenduri payah juga, so jalankan jela majlis kecik kami ni.

Nasib la mak aku memang terel bab masak memasak ni. So import mak jela jadi chef untuk majlis kami, walaupun niat memula tak nak menyusahkan mak sangat, nak tempah je, tapi makcik catering tu nak balik kampung pulak... Majlis kami bermula asar dan sampai ke malam. Petang tu aku decide buat minum petang je, malam baru buat heavy cikit. Kalau ikutkan 'chef 'aku tu dia nak juga buat makanan berat untuk petang tu skali, tapi dapat anak yang degil macam aku ni faham faham jela kan.. Huhu~

Alhamdulillah bila dah selesai majlis rasa lega sangat. Niat nak buat kenduri kecil ni berjaya juga. Terima kasih tak terhingga buat mak, adik beradik yang tolong, buat Encik Suami tak lupa juga pada kawan kawan yang sudi datang ke teratak kami yang tak seberapa ni. Seronok sangat tengok ramai orang datang rumah, kalau nak ikutkan ramai lagi nak jemput tapi memandangkan ruang rumah yang terhad, kami panggil mana yang terdekat jela.Pepun THANKS ye semua!!


p/s : Gambar tak sempat nak amik pun, masing masing sibuk layan tetamu, hehe~

Friday, October 28, 2011

HONEYMOON TAK JADI~

Haishh kalau ikutkan hati memang nak redah juga
Minggu ni sepatutnya minggu untuk kami berdua duaan tau!!
Tapi bila fikirkan keselamatan diri and baby dalam perut ni
CANCEL!!!!~
Kalau ikutkan Encik Suami dia memang dah teringin sangat nak ke sana
Bukan kata dia aku pun sama
Muahahahahahahaha ;(

Takpelah mungkin takde rezeki kali ni nak ke SABAH
InsyaAllah next time kita pegi ye wahai suamiku

Dulu masa booking tak tau pun dah preggy
Nak buat camnekan
Yang lebih penting sekarang ni baby dalam perut ni
Ikutkan condition sekarang aku memang dah tak larat sangat
Jalan lebih cikit pun dah tak mampu
Seyes perut dah rasa berat yang amat + baby yang sangat aktif kat dalam ni ;)
Boleh kata siang malam bergerak tanpa henti
Aku rasa bila keluar ni nanti kompem boleh jadi hyperaktif anak aku ni ;P
Kurus la ibu ngan ayah ni nanti

Ingat kalau dapat ke sana boleh la panjat Gunung Kinabalu and nak main air kat Pantai Karambunai, makan seafood puas puas
Tapi harapan tinggal harapan je la..Huhuhu
Nak buat camne, bukan rezeki kami kali ni
Mungkin next time dapat berjalan kat tempat yang lagi best
Rezeki Tuhan nak bagi mana kita tau kan??

Tapi lepas ni bila baby dah keluar takleh la nak honeymoon berdua lagi
bak kata orang lepas ni kalau g memana dah kena bawa 'handbag' la gamaknya
Tak kisah la ni semua rezeki dari DIA kan ;)

Friday, October 21, 2011

Me @ 32 Week

Fuh dah masuk 32 minggu/8 bulan hari ni
Syukur alhamdulillah
Lagi dua bulan je nak tunggu baby keluar
Kalau ikutkan mengandung ni 10 bulan/ 40 minggu
Tapi 36 minggu ni kira baby dah sempurna la
So anytime boleh keluar if baby dah cukup 36 minggu

Orang kata kalau klua time ni kira lebih selamat
Sebab kejadian dia dah cukup sempurna
So aku ada 4 minggu lagi tempoh matang
Huhuhuhu

Baby ni asyik mengeras je lately ni
Dia punya berpusing dalam perut ni jangan cakap la
Siang malam aktif
Asyik berpusing pusing je
Sakit tapi seronok tau
Yela bukan selalu boleh rasa peluang macamni kan ;)
Sekarang nak gerak banyak pun dah tak mampu
Nak buat keje lebih cikit pun dah payah
Sakit sangat sangat
Bukan Encik Suami tak boleh tolong
Tapi aku yang tak sampai hati nak minta dia buat itu ini
Yela kita pun tengok suami balik keje takkan nak suruh dia buat keje rumah pulak kan
So aku buat la mana yang mampu
Agak agak dah tak larat sangat baru stop
Sampai kadang kadang bising Encik Suami tengok aku beria buat semua keje kat rumah tu
Yela nak jadi isteri mithali katakan. Ahaks!!~

So pada viewers kat luar tu doakan aku bertahan selama 2 bulan lagi ye..
Harap harap takde la berlaku bemda yang tak di ingini ;)
Bubuye

Saturday, October 15, 2011

KEMULIAAN IBU MENGANDUNG DALAM ISLAM

1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa di siang hari & pahala ibadat di malam hari.

3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 tahun solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.

4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. ...

5. Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.

7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat

sumber dari internet....

p/s : Beruntunglah bagi wanita wanita yang mampu mengandung kat luar tu, banyak ganjaran pahala yang kita akan dapat..... So jangan la kita mengeluh kalau rasa sakit kat mana mana bila tegah preggy ni ye. Anggap je Allah nak bagi pahala pada kita ;)...

Friday, October 14, 2011

Scan 4D

Banyak betul urusan pagi tadi. Terkejar sana sini. Memula pegi Hospital Putrajaya dulu, nak booking untuk bersalin kononnya, in case jadi apa apa kat ofis boleh terus pegi sana. Tapi itu pun belum tentu ye dapat bersalin kat sana. Kebetulan waktu daftar staff tu orang duduk dekat umah aku ni juga. Apa lagi borak borak la kejap, baik orangya, nama dia Ummi.

Lepas dah setel kat Hospital Putrajaya lari kejap ke BPH, ingat nak hantar claim tapi borang tak cukup plak.. Arghh lain kali la datang hantar claim TNB tu. Pastu terus ke DEMC. Encik Suami dah siap siap buat appointment dengan Dr. Fairuz Asyikin. Actually nak dengan Dr lain, tapi sebab tu dah fully book kami amik jela Dr ni. Not bad juga Dr Fairuz ni, baik juga orangnya.

Masa check up kat DEMC Dr buat scan. Memang rezeki aku la kot. Dapat buat 4D terus. Masa tengah scan tu punyalah Dr terkejut sebab baby aku buka mata! OMG, benda macam ni jarang jarang berlaku Dr cakap, susah nak jumpa baby buka mata, alhamdulillah memang rezeki aku agaknya. Baby aktif sangat, siap main pusing pusing lagi, siap dia kembang kuncup kan tangan dia lagi, ohhh so sweet.. Part yang paling best Dr siap tunjuk kat tang anu dia. Hahaha.. Kompem HERO. Nampak telur dia. Ngee~ Rasa nak menitik air mata tengok zuriat yang aku kandungkan. Dr cakap muka baby aku mirip Encik Suami. Punyalah lebar senyum dia kan. Suka la tu!

Happy sangat rasanya bila dapat tengok baby gerak gerak dalam perut and sihat kat dalam tu. Hehe. Berat baby sekarang 1.5 kg, normal (sekarang tengah 31 minggu).. Fuhhh lega aku dengar. Hopefully bila nak keluar nanti tak la besar sangat ;). Aku cuba bagi yang terbaik untuk bakal anak yang aku lahirkan ni. Segala benda yang aku tau elok di makan untuk ibu mengandung, kompem aku try. Yela ibu mana yang tak nak bagi yang terbaik buat anak dia kan...

Jom tengok picture baby dulu ;)

Haa tau tak ni apa.. Ni la tang 'bird' dia.. Tapi picture ni tak berapa jelas sangat. Masa Dr tunjuk kat screen memang jelas sangat 'bird' dia ;P

Ni video baby tengah kembangkan tangan dia



Actually aku dengan Encik Suami tengah confius nak pilih tempat bersalin. Kenapa? Banyak sangat choice gamaknye.. Hahaha.. Macamni, bila kandungan dah masuk 7 bulan baru company Encik Suami bagi pegi pakar. Memula ingat nak bersalin kat DEMC, tapi memandangkan agak jauh untuk aku nanti, so kami bercadang nak bersalin kat Az Zahra Bangi je. Tapi bila check up kat DEMC tadi macam seronok je.. Hurmmm kalau nak bersalin kat Az Zahra kena sekurang kurangnya 2 kali check up kat sana. So banyak pulak tempat yang aku nak pegi check up kan.. Lagi 1 Az Zahra bukan panel company Encik Suami, so kena bayar dulu nanti baru boleh claim, tapi tak kisah la yang tu. Tadi daftar kat HPJ sebagai persediaan buat kami kalau kalau la jadi apa apa kat aku kan. Takut waktu tu sakit kat ofis ke atau ada masalah kesihatan yang tetiba yang kita tak sangka ke. Tu yang aku daftarkan diri kat HPJ.

Tapi bila di fikir fikir balik kemungkinan besar aku akan ke Az Zahra kot untuk bersalin, faktor utama lebih dekat dengan umah aku sekarang ni. Pastu baru DEMC, tapi kalau agak agak ada masalah lain aku ke HPJ je la.. Hehehe. Hopefully takde la masalah kronik masa nak bersalin nanti. Doa kan aku ye, semoga semuanya selamat...

Thursday, October 13, 2011

Jangan Confius Lah Ye

Sorry pada viewers yang mungkin akan confius bila view blog aku ni
Actually aku tengah nak memodified blog aku ni
;)
Kalau korang rasa pening pening lalat tengok blog aku
Korang jangan serik nak datang lagi ye
Saje nak amik mood baru
Happy viewing
Ngeee~

Perbualan Bayi Sebelum Kelahirannya

sumber dari internet...

Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.



Bayi itu bertanya kepada Tuhan :

“Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”


Tuhan menjawab:

“Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”


Bayi bertanya lagi:

“Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”


Tuhan menjawab:

“Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”


Bayi bertanya lagi:

“Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”


Tuhan menjawab:

“Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”


Bayi bertanya lagi:

“Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”



Tuhan menjawab:

“Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”


Bayi bertanya lagi:

”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”


Tuhan menjawab:

“Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’


Bayi bertanya lagi:

“Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”


Tuhan menjawab:

“Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”


Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.


Dan sang bayi bertanya perlahan :

“Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”


Tuhan menjawab:

“Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat. ”



Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu. Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara :

Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu
Dosa-dosa mu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu




p/s : Agak tersentuh bila baca ayat-ayat kat atas tu. Semoga kita semua berjaya mendidik anak-anak kita menjadi insan yang berguna, berjaya ilmu dunia dan agama... Jangan pentingkan kan duniawi semata je, ilmu akhirat pun perlu seiring dalam mengimbangi keperluan hidup kita.. Kalau kita bagi contoh yang baik buat anak-anak kita, nanti anak-anak pun akan buat perkara yang sama macam kita kan... InsyaAllah...

Tuesday, October 11, 2011

Tukar Angin

Ye sekarang baru terasa nak amik angin baru. Dah bertahun hidup di Equine Park, dari bujang sampai la dah kahwin aku still duduk kat situ lagi. Bukan apa owner pun ok, sewa pun tak mahal sangat, kedai senang nak cari, pendek kata everything ok lah! Tapi umah tu agak kecik cikit la kan..

Orang sekeliling pun sibuk tanya kenapa tak nak minta kuartes, kan selesa bla bla bla... Tapi ntah la, but now baru terbuka hati nak duduk kuarters**actually dah bertahun apply tapi tak pernah nak follow up, so haruslah orang-orang berkenaan buat tak nampak permohonan aku kan..opsss..hehe..itu realiti.** So secara officialnya setelah mengangkat segala barang dari umah sewa dan setelah melakukan pembersihan tanggal pada 8 Oktober 2011 aku menetap di Presint 11, Putrajaya. Syukur aku dapat umah baru, so aku la orang pertama yang duduk umah tu ;).

Compare dengan umah sewa dulu umah sekarang jauh lebih selesa, umah dulu pun selesa tapi memandangkan baby dah nak keluar ni better cari tempat yang lebih selesa untuk kami semua. Orang nak datang umah pun lebih selesa, tak la terlampau berhimpit-himpit sangat. Niat hati nak beli umah sendiri, tapi memandangkan budget tak berapa nak ada, duduk la menyewa dulu kan, itu je yang mampu takat ni.

Part yang paling aku suka dapur.Kenapa? Lebih luas, dah siap kitchen cabinet bagai, so barang-barang kat dapur lebih tersusun sekarang ni. Lepas ni boleh demand dengan Encik Suami nak beli oven pulak. Dulu ruang dapur kecik, takde tempat nak isi barang, sekarang dah luas and selesa..Hehehe.. Ceh macam la rajin sangat aku nak 'mengoven' masakan aku bagai kan...

Penat nak pindah tuhan saja yang tau, dengan keadaan aku yang tengah sarat ni, aku gagahkan juga la. Tapi kesian kat Encik Suami, banyak keje yang dia kena buat, aku nak tolong dia tak bagi, tengok betapa mithalinya suami ku :D. Aku tolong susun-susun barang pun jadi la kan. Buat mana yang mampu, yela kalau aku angkat berat-berat tu kang mau terberanak time tu jugak! Baik jangan cari pasal.

So sekarang ni tinggal part nak menghias je.. Ohh yang ni paling best. Tapi yang tak best banyak benda yang nak kena beli, mana taknya umah dulu memang tak beli apa- apa sangat, i mean dulu aksesori umah memang takda la sangat kan, kalau basic needs tu memang wajib ada kan, macam tv, peti ais, sofa, katil ada la yang cikit-cikit lagi tu.. Sekarang sibuk nak cari aksesori umah pulak, semalam cuti sempat la pegi Ikea habiskan duit cikit, ahaks! So minggu ni akan terus mengcontinue menghias lagi, walaupun penatnya tuhan saja yang tau!!! Ada sapa-sapa nak tolong?

Friday, October 7, 2011

Baby Saya ^__^

Seperti yang dijanjikan dulu
Ni la gambar baby saya ;)
Walaupun tak dapat nak buat scan 4D gara-gara baby syokk tido
2D je yag mampu aku buat hari tu
Jadila kan....
Gender??
Ohh aku dapat HERO MALAYA la
Hehehehehe
Boleh jadi geng ayah main rugby dia bila dah besar nanti :)



Ce tengok video pulak