Friday, December 28, 2012

Marble Cheese Brownies~

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera
Selamat berhari jumaat semua
Esok cuti
Yeaaaay!!!
Entry kali ni nak berkongsi hasil air tangan kelmarin semalam

Sebenarnya aku dah ketinggalan beribu batu dari orang lain
Tapi tak kira, nak tunjuk gak
Ngeee~

3 hari lepas MIL datang 
Saja bawa anak dara yang 2 orang tu jalan jalan
Minggu depan dah nak masuk poli yang sorang nak masuk asrama
Lagipun diorang rindu kan Adam sangat sangat
Tu yang datang juga walaupun FIL baru balik dari kursus kat Sabah
Nak tunggu anaknya balik lambat sangat
Makanya diorang la kena datang sini
Kesian........
Tapi insyaAllah bulan depan akan balik juga kot
Sebab nak tengok moyang Adam yang baru lepas operate
Kami di sini sentiasa mendoakan moyang cepat sembuh
 Nantikan kepulangan Adam ye nyang ;)

Bila MIL ada maka haruslah menantu kesayangannya ini
Menunjukkan bakat terpendam kan
Huahuahua
Aku nak masak masak diorang kata tak payah
Oleh itu marilah kita buat kek je
Bahan pun semua ada dalam peti ais
Bila diorang semua bawa Adam keluar jalan jalan petang tu
Aku pun dengan segera buat kek ni

Ikutkan dah lama aku tengok resepi ni
Tapi memanjang tangguh je
Plan asal nak buat masa birthday Adam
Tapi disebabkan masa dan keadaan tak mengizinkan
Baru la semalam dapat mencuba

So far pembuatan kek ni tak la susah atau rumit sangat
Hasilnya pun sangat la sedap
Memang tak rugi try
Dapatla bawa cikit ke ofis
Pujian dari kawan kawan pun tak kurang hebatnya
Ceeeeeewah! Hahahahaha
 Malu i bila kena puji
Hikhikhik

Resepi asal ada kat SINI
Siap ada step by step
Makacih ye tuan blog
Saya amik resepi awak ye...



Sebelum di bakar


Selepas di bakar
 

Hasil yang tidak menyecewakan
Dijamin
Selamat mencuba!!!

 

Adam Buka Hadiah!!

Waaa banyak sangat hadiah Adam dapat hari tu
Duit pun banyak juga
Terima kasih sangat sangat pada semua
Kami sekeluarga hargai sangat pemberian kalian semua





 


 Hadiah ni special delivery
Istimewa dari auntie Nadia & Emi
Walaupun tak dapat datang masa majlis Adam
Hadiah Adam tetap sampai
Walaupun sedikit lambat
Tq aunties
 


Wednesday, December 26, 2012

Birthday Party Adam

Alhamdulillah selesai sudah majlis Adam, buat secara kecil-kecilan je.. Sekadar jemput adik-beradik, saudara-mara dan kawan-kawan yang terdekat sahaja.. Walaupun ramai yang ada hal maklumla hujung minggu masing-masing memang penuh dengan aktiviti, majlis tetap meriah.. Terima kasih sangat sangat pada yang datang, terima kasih juga pada yang bagi hadiah (",)



Rainbow cake
Tempah dengan Kek Den kat Seremban
Sedap!!

 

Makanan semua masak sendiri
Masak simple simple je
Aku buat soto, meehun sup, nasi goreng and goreng nugget and kuih kuih je
 
 

Coco Crunch khas untuk kanak-kanak riang
Tapi bukan sekadar budak-budak je suka orang tua pun ngap sekali
 

Uncle Au


Geng baju kotak
Huhu


Anak anak zaman sekarang memang hebat 
Permainan diorang semua gajet gajet mahal
Aku dulu main kejar-kejar, selipar tiga, ting ting ehh banyak lagi la
Belajar pakai komputer pun bila dah masuk sekolah menengah
Budak zaman sekarang lahir lahir je mak bapak terus ajar main game pakai Ipad

Adam pun terel main hand phone
Tangan bukan main lentik lagi bila dia nak slide gambar/game
Adoii la habis tepon aku di tekan tekan
Bila dah bosan dia campak
Grrrrr
 



Happy Birthday sayang 


Orang tiup lilin guna mulut
Adam tiup lilin guna  tangan
Amboi hebat betul dia
Relaks je pegi sentuh api tu






"Eh kenapa muka Adam kat kek tu ibu??"





 Amacam ada gaya tak?
Huhu




Main hand phone lagi
 

Nenek Adam
 


Dah petang mula merengek
penat sangat agaknye layan tetamu
 





Monday, December 24, 2012

Persiapan Untuk Majlis Si kecil

Assalamualaikum dan selamat pagi!!!! pagi pagi dah nak meng-update blog**pagi update dah petang baru terhegeh -hegeh nak post,lambat betul**Huhu.. Hari ni syok keje sebab orang ramai cuti sebab esok Krismas. Aku memang suka keje bila orang ramai cuti. Jalan tak sesak, parking tak sesak, ofis pun x sesak. Inilah dipanggil hari keje yang menyeronokkan.. Hahahaha **gelak jahat**

Ok nak story pasal birthday Adam hari tu. Tapi entry yang ni nak cite pasal hari sebelum kejadian a.k.a preparation before the ceremony. Wah mak nak cakap omputih pulakkkk... Actually memang dah lama plan nak buat birthday party untuk Adam, since dia umur 6 bulan lagi aku dah plan. Bukan nak buat besar-besaran pun buat kecik kecik je pun. Alhamdulillah tercapai juga impian aku akhirnya. Walaupun si kecik ni tak faham apa apa tapi aku nak juga buat, biasalah kan mak budak memang selalu over excited. Ngee~

Eh dah jauh menyimpang pulak cite aku ni. Ok mari pulang ke pangkal jalan semula. Persiapan macam biasa la kena cari barang barang dulu. Puas pikir nak beli apa. Bila sampai kedai lagi la pening. Banyak sangat barang barang yang menarik. Last last beli je apa yang rasa best.. 
Ni lah hasil tangkapan di GM Klang. Seyes berbaloi-baloi beli kat situ. Beli banyak-banyak dapat la beli dengan harga borong. Memang rambang biji mata di buatnya. Harga pun tersangatlah ok. Sekarang bangunan GM dah pindah kat tempat baru. Style bangunan dia dah lebih kurang sama macam Kenanga Whole City. Tapi bangunan lama dengan bangunan baru dekat je tak jauh mana pun, area situ juga..

Beg warna warna warni dari rm2.40 jadi ke rm 1.20
Beg toy story tu dari rm2 jadi rm1


 Puzzle ni dari rm3 dapat rm 1.50
Senang cite semua barang dapat diskaun 50%


Wording HAPPY BIRTHDAY, belon & topeng tu harga biasa jela. Sebab beli cikit.
Tapi yang ni beli kat kedai lain.


Goodie bag yang ni nak bagi masa majlis Adam
Goodie bag yang color color tu hantar kat taska Adam
Tapi isi dalam sama je...



Jajan dalam goodies bag
Muffin tu je hasil air tangan sendiri ;)


Seronok si kecik tu kejar kejar belon. Encik Suami tiup belon aku tukang ikat. Belon belon ni buat gantung cikit kat dinding umah. Saje nak kasi meriah.. Baru la feel birthday party kannnn........





Thursday, December 20, 2012

30 min bersama Ustaz Don Daniyal

Bulan ni Bicara Rohani punya penceramah sangatlah mantap!
Apa taknye Ust selebriti datang kot
Ohh peluang camni jangan kita lepaskan
Pagi pagi lagi dah tapau sarapan
8.30 pagi terus pegi dewan nak duduk depan punya pasal
Nasib sampai sampai tu masih banyak lagi kerusi kosong
Tapi ada sebahagian tu dah di booking dengan buku,kertas & shawl 
Hampehhh!
Orangnye takde lagi barang barangnye tukang jaga tempat
Nasib port aku cantik
Boleh tengok muka penceramah puas puas
Hehe


Haa ini lah penceramh of the month kat ofis kali ni
Sape tak kenal Ust Don Daniyal Don Biyajid ni kannnnnn



 Actually gambar dia yang aku amik agak banyak
Tapi letak kat sini sikit sikit sudahla
Bukan korang tak penah tengok muka dia pun kannn


 Actually ni kali ke dua tengok Ust Don secara live
1st time penah terserempak dengan Ust Don & Isteri tengah shopping barang dapur kat Alamanda
Masa tu macam cam tak cam
Sebab time tu dia tak pakai serban
Pakai kemeja n jeans, wife dia pun sempoi je
Perghhh memang hensem la Ust Don ni kan
Boleh jatuh cinta di buatnya
Nasib dah kawen
Kalau tak aku paksa Ust Don kawen dengan aku
Eh?hahahahaha
Abaikan
  


 Aku sempat juga borak borak time ni ngan Ust Don
Aku cakap "Ust anak saya minat betul tengok Ust, kalau tengok Ust dalam rancangan Ust tu tak berkelip mata dia.. "
Ust sengih je bila aku cakap gitu
Kembangla tu!hahaha
"Ooo yeke..syukur alhamdulillah..Sampaikan salam saya pada anak ye"
 Errrr Ust anak saya baru setahun la
Takpela saya jawab on behalf anak saya ye Ust
Hehehe


 Seyes best dengar ceramah Ust Don
Kalau selalu tengok dalam tv kali ni dapat tengok secara live
Super best!!!
Ni kalau la si Adam dapat tengok Ust Don depan depan kompem dia suka
Silap silap mau dia menjerit-jerit
Si kecik tu kalau menjerit mau dengar suara sekampung
Haishhh ikut sapa la suka menjerit tu kan
Adam la Adam



 Dalam kepayahan untuk bergambar dengan Ust Don 
Akhirnya berbaloi juga
Member aku si Tiha pun dapat gak menyelit sekali
Memang muka puas hati masing masing bila dapat bergambar dengan Ust pujaan ramai ni
Huhuhu




Dapat menyelit lagi 
;P