Wednesday, June 6, 2012

TONG SAMPAH

Punyalah bersungguh aku membuat kek malam tadi
Sudah nye bantat! 
Buat lagi untuk kali kedua
Bantat juga! 
Why why why
Sebelum ni buat kek yang sama
Bahan semua sama
Tapi kenapa kali ni tak menjadi
WHY??????????????
Arghhhhhhhhhhhh
Penat aku menunggu kek tu siap 
Alih alih tak jadi
Niat di hati nak bawa kat office pagi ni
Ada jamuan unit cikit
Makanya bila dah tak jadi
Dalam tong sampah la duduknye!
ok bye~

Monday, June 4, 2012

Main Air

Jumaat lepas aku dan Encik Suami ke PWTC, kononnya nak shopping apa yang boleh di shoppingkan kat sana untuk si kecik punya barang. Nak masuk ke dewan expo tu punyalah berpusing pusing. Ingatkan besar sangat, biasa je, kedai pun tak banyak. Lagi best expo kat Midvalley. Alih alih beli baju swimming si kecik tu je. Pampers cuma ada Whoopee tu je. Bosan!

Ok dah ada baju swimming, mission accomplish. Memang tengah tercari cari baju swimming untuk si comel, hujung bulan ni nak pegi jenjalan kat Janda Baik, nanti nak bawa Adam mandi kat pool hotel tu kononya.. Hehe.. 

So memandangkan weekend tak pegi ke mana mana, kami bawa la si comel ni mandi kolam di Pusat Kejiranan Persint 11, Putrajaya. Dulu sebelum ada Adam, aku dan Encik Suami rajin juga mandi manda kat sini ;).. Ingat nak join mandi sekali, tapi tengok ramai sangat orang tetiba jadi segan pulak.. Takpelah tunggu hujang bulan ni mandi kat Janda Baik jela..


Dari rumah Adam dah ready dengan baju swimming dia
Suka sangat kemam kemam mulut camtu
Geram tengokkan!!
Gigit baru tau

tema baju Adam: itik gembo-gembo..huhu

Muka teruja 
Usha sana sini tak habis-habis
Usha awek ke sayang??
 






 KAMI


Punyalah suka Adam mandi kolam. Cikit pun tak nangis. Muka relax je. Meloncat loncat bila dalam air. Lebih sejam Adam berendam dalam kolam, tapi tak menggigil pun aku tengok si kecik ni. Steady la Adam!!So hujung bulan ni kita mandi kolam jauh cikit ye!!


p/s: malam tu tido awal. Letih sangat mandi kolam agaknya petang tu, hehe... Esoknya (3hb mei) Adam dah boleh menyarap dengan sendirinya! Boleh guling-guling, laju plak tu. Well done anak ibu! Ayah & ibu so proud of u~

Blueberry Muffin Air Tangan Sendiri

Mood terajin sudah datang 
So apa lagi
Moh kita masuk dapur

Blueberry Muffin in d house~
Bukan susah pun 
Kejap je nak buat pun
Kalau rajin korang try plak ye

Cubaan pertama membuat muffin agak berjaya
Dalam gambar lupa nak letak susu..hehe
Rasa muffin kurang berkrim sebab pakai susu low fat
Belasah jela dalam peti ais ada susu low fat je
Tapi tetap sedap!!






Macam macam rupa ada muffin aku ni :P
 Blasah jela..janji boleh makan
Ohh aku tak letak badam kat atas tu
Jangan pulak korang cari mana aku punya badam yerk..
Korang pakai je apa yang ada
Tak perlu ikut sejibik sejibik resepi ni kengkadang
Blasah je..


Credit to my resepi

Bahan-bahan ( Hasilkan lebih kurang 24 biji )

  • 170 g mentega
  • 160 g gula kastor (boleh gunakan gula perang)
  • 4 biji telur gred A
  • 350 g tepung gandum
  • 20 g baking powder
  • 1 camca teh esen vanilla
  • Blueberry filling secukupnya
  • Badam keping untuk hiasan (jika suka)
  • Muffin cup secukupnya (kurang lebih 24 biji)
  • 160 ml susu segar (susu cair pun boleh...)

Cara-cara

  1. Pukul mentega dan gula kastor hingga kembang. Masukkan telur satu per satu dan juga esen vanilla, sambil terus memukul hingga adunan menjadi putih.
  2. Gaul tepung bersama baking powder dan ayak. Masukkan tepung ke dalam adunan mentega berselang-seli dgn susu segar hingga habis. Gaul rata.
  3. Sudukan adunan ke dalam muffin cup, jangan penuh. Isikan sedikit blueberry filling dan tambah adunan muffin diatasnya. Anggaran 3/4 penuh. Tabur dgn sedikit badam keping dan susun dalam dulang pembakar.
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C, selama 20 - 25 minit. Bergantung pada keadaan oven masing-masing.
  5. Keluarkan dan sejukkan. Nak makan masa hangat-hangat tu pun boleh juga.....