Jumaat lepas aku dan Encik Suami ke PWTC, kononnya nak shopping apa yang boleh di shoppingkan kat sana untuk si kecik punya barang. Nak masuk ke dewan expo tu punyalah berpusing pusing. Ingatkan besar sangat, biasa je, kedai pun tak banyak. Lagi best expo kat Midvalley. Alih alih beli baju swimming si kecik tu je. Pampers cuma ada Whoopee tu je. Bosan!
Ok dah ada baju swimming, mission accomplish. Memang tengah tercari cari baju swimming untuk si comel, hujung bulan ni nak pegi jenjalan kat Janda Baik, nanti nak bawa Adam mandi kat pool hotel tu kononya.. Hehe..
So memandangkan weekend tak pegi ke mana mana, kami bawa la si comel ni mandi kolam di Pusat Kejiranan Persint 11, Putrajaya. Dulu sebelum ada Adam, aku dan Encik Suami rajin juga mandi manda kat sini ;).. Ingat nak join mandi sekali, tapi tengok ramai sangat orang tetiba jadi segan pulak.. Takpelah tunggu hujang bulan ni mandi kat Janda Baik jela..
Dari rumah Adam dah ready dengan baju swimming dia
Suka sangat kemam kemam mulut camtu
Geram tengokkan!!
Gigit baru tau
tema baju Adam: itik gembo-gembo..huhu
tema baju Adam: itik gembo-gembo..huhu
Muka teruja
Usha sana sini tak habis-habis
Usha awek ke sayang??
KAMI
Punyalah suka Adam mandi kolam. Cikit pun tak nangis. Muka relax je. Meloncat loncat bila dalam air. Lebih sejam Adam berendam dalam kolam, tapi tak menggigil pun aku tengok si kecik ni. Steady la Adam!!So hujung bulan ni kita mandi kolam jauh cikit ye!!
p/s: malam tu tido awal. Letih sangat mandi kolam agaknya petang tu, hehe... Esoknya (3hb mei) Adam dah boleh menyarap dengan sendirinya! Boleh guling-guling, laju plak tu. Well done anak ibu! Ayah & ibu so proud of u~
No comments:
Post a Comment