Friday, August 17, 2012

SELAMAT HARI RAYA

Assalamualaikum
Hari ni last day kerja
Syokkkk gile lusa dah nak raya
Persiapan pun alhamdulillah nampak macam semua dah complete
Tapi tak taula kalau tetiba last minit ni gatal tangan nak perabihkan duit beli baju raya lagi ke

Misi mencari tudung raya pun dah berjaya
Hajat hati nak beli tudung fareeda
Alih alih sampai kedai habis licin orang lain dah borong dulu
Takpelah bukan rezeki nak beli tudung mahal
Lagipun kalau aku beli tudung fareeda pun
Confirm selai jela aku mampu beli
Finally aku beli kat butik mama
Borong sekali 3 helai + ada diaskaun lagi masa beli tu
Gile rasa macam nak beli lagi seploh helai..hahahaha
Puas hati aku :D

Baju raya Encik Suami pun dah ok
Si Comel punya baju raya jangan la cerita
Dia saja dah berhelai helai
Kalah ibu ngan ayah dia punya ok!
Tahun ni seronok la tempah baju raya 
Coz si kecik tu pun ada baju melayu dia gak
Siap ada songkok lagi tau
 Tak sabarnye nak siapkan Adam pagi raya

Yang lagi best tahun ni 
Bukan aku je bagi duit raya
Tapi Adam pun boleh dapat duit raya
Hooyeeeeeeeeeeeeeee
Eh eh tetiba mak lebih excited plak ngeee~
Manala tau kot kot ibu sesak nanti bolehla ibu buat loan ngan Adam kan..lalalala~

Tahun ni turn raya umah aku dulu, dekat klang je
Raya kedua nanti insyaAllah kami gerak balik kampung Encik Suami pulak
Nun jauh ke utara sana..
Tok,wan,moyang,makcik pakcik semua dah tak sabar nak jumpa Adam bam bam
Harap harap tak jam la nanti gamaknye

Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan 
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN
Buat semua pembaca yang sudi membaca blog aku yang tak seberapa ni
Hati hati di jalan raya ok!

Tuesday, August 14, 2012

Adam Jatuh Katil


Jumaat lepas masa aku bangun nak mandi
Si kecik ni dah bangun la pulak
Aku tengok dia dok main main atas katil je
So aku pun pergi la mandi 
Bantal aku dah kepong keliling katil
Encik Suami ada kat sebelah tengah tido lagi
Selalu lepas aku habis mandi baru kejut dia
Masa dalam bilik air hati rasa macam dah tak sedap
Dapat rasa macam ada benda nak jadi
Bila aku dah hampir hampir nak siap mandi
Tetiba dengar benda jatuh
Kuat pulak tu
Bup!
Terus menangis si kecik tu
Aduh punya la terkejut aku dibuatnya
Sah Adam jatuh katil
Alahai siannyanye anak ibu
Habis bibir berdarah
Nasib kepala takde benjol
Adam nangis ibu pun nangis di buatnya
Lasaknye la anak ibu yang sekarang ni
Lepas ni memang tak boleh tinggalkan dia tanpa kawalan
Encik Suami terus amik EL hari tu
Alhamdulillah tak jadi apa apa kat Adam
Just bibir je bengkak cikit, tengahari dah surut bengkak tu
 Tapi bila malam Adam muntah muntah cikit
Terus bawa jumpa doktor
Nasib la doktor kata takde apa apa jadi kat Adam
Lega rasanya
Dah la nak raya tak lama lagi
Kalau la Adam sakit time raya nanti
Masak la ibu ngan ayah
Huhu

Malam tu sempat lagi bawa Adam jalan jalan kat Alamanda
Ingat nak makan pizza tapi bila dah minum banyak air kat umah terus jadi kenyang
Time puasa ni makan memang tak banyak sangat
Cuma minum air je berjug jug ;P

Malam tu Adam jadi perhatian aku tengok
Orang mesti pandang Adam sambil bisik bisik kat couple masing masing
Diorang geram tengok rambut pacak Adam
Ni semua Encik Suami punya keje 
Huhu


Thursday, August 9, 2012

Adam Meragam La Pulak

Malam tadi ntah kenapa la dengan si kecik tu
Bukan malam tadi je, dah bape malam jadi macam tu
Ntah pukul bape dia tido agaknya
Lepas isyak aku dah tido kan
Bila tengah malam nangis nangis tak tau kenapa
Tapi mata still pejam
Bila tengah malam syif Encik Suami plak jaga si kecik
Bila aku bangun sahur pukul 4.30 pagi tadi Adam still tak tido lagi
Dahnye si kecik ni teman la ibu ngan ayahnye sahur
Adoii la Adam.....

Kenapa la anak ibu sekarang ni
Nak tido mesti meragam bila tengah tido pun boleh meragam lagi
Kesian kalau tengok dia nangis
Sampai keluar air mata
Haishhhh bila tengok air mata dia, sedih plak aku rasa
Elok lepas habis sahur dia pun tido
Tu pun tak lama 
Pukul 6.30 pagi dah bangun balik 
Ibu siap nak pegi keje dia pun sibuk nak siap sama
Takpelah sayang nanti ibu minta air kat ustaz ye
Mana la tau ada apa apa yang tak kena dengan anak ibu sorang ni
Nak kata sakit bila check badan dia nampak ok je
Risau ibu ngan ayah dibuatnye







Amacam ada gaya ustaz tak??hehe
Adam dengan songkok raya.. yeayyyy!!