Tuesday, August 14, 2012

Adam Jatuh Katil


Jumaat lepas masa aku bangun nak mandi
Si kecik ni dah bangun la pulak
Aku tengok dia dok main main atas katil je
So aku pun pergi la mandi 
Bantal aku dah kepong keliling katil
Encik Suami ada kat sebelah tengah tido lagi
Selalu lepas aku habis mandi baru kejut dia
Masa dalam bilik air hati rasa macam dah tak sedap
Dapat rasa macam ada benda nak jadi
Bila aku dah hampir hampir nak siap mandi
Tetiba dengar benda jatuh
Kuat pulak tu
Bup!
Terus menangis si kecik tu
Aduh punya la terkejut aku dibuatnya
Sah Adam jatuh katil
Alahai siannyanye anak ibu
Habis bibir berdarah
Nasib kepala takde benjol
Adam nangis ibu pun nangis di buatnya
Lasaknye la anak ibu yang sekarang ni
Lepas ni memang tak boleh tinggalkan dia tanpa kawalan
Encik Suami terus amik EL hari tu
Alhamdulillah tak jadi apa apa kat Adam
Just bibir je bengkak cikit, tengahari dah surut bengkak tu
 Tapi bila malam Adam muntah muntah cikit
Terus bawa jumpa doktor
Nasib la doktor kata takde apa apa jadi kat Adam
Lega rasanya
Dah la nak raya tak lama lagi
Kalau la Adam sakit time raya nanti
Masak la ibu ngan ayah
Huhu

Malam tu sempat lagi bawa Adam jalan jalan kat Alamanda
Ingat nak makan pizza tapi bila dah minum banyak air kat umah terus jadi kenyang
Time puasa ni makan memang tak banyak sangat
Cuma minum air je berjug jug ;P

Malam tu Adam jadi perhatian aku tengok
Orang mesti pandang Adam sambil bisik bisik kat couple masing masing
Diorang geram tengok rambut pacak Adam
Ni semua Encik Suami punya keje 
Huhu


No comments:

Post a Comment