Friday, March 22, 2013

Kami Di Kota Singa~Part II

Bangun pagi awal pagi tu sebab nak breakfast skali dengan Encik Suami, sebab pukul 8.30 pagi dia dah kena masuk ofis balik. Kami dua beranak kena isi perut cikit sebab takut kelaparan. kami hanya makan buah dan serial je. Yang lain tu tak berani nak amik. Nak bagi perut beralas je pun jadi la kan...


Lepas Encik Suami tinggalkan kami berdua aku bawa Adam lepak kat pool. Lepak kejap je sebab si kecik ni dah tak boleh tahan tengok kolam, laju je dia nak terjun. Seram aku dibuatnya. Malas nak mandi berdua je, segan lah pulak...


Tengahari tu pukul 2 kami dah check out. Sepatutnya kena kena check out pukul 12 t/hari tapi Encik Suami dah nego dengan orang hotel so dapatla keluar lewat cikit. Sementara Encik Suami tengah settlekan hal kat kaunter aku snap pic Adam jap! Budak kecik ni bukan reti duduk diam, mat saleh tengok Adam kemain suka lagi, tengok ligat si kecik ni berjalan. Tawaf kawasan bagai tak sudah sudah!


Ok kami decide nak ke Marina Bay time tu, ikutkan kata orang hotel tu kalau nak naik cab harga lebih kurang 15SGD tapi kalau naik MRT murah je tak lebih 1.50SGD/head. So kami decide naik MRT je, jimat!Lagipun bila lagi nak try pengalaman naik public transport tempat orang kan. Boleh dikatakan di setiap bangunan diorang tu memang akan ada MRT kat bawah bangunan tu. So tak tak yah risau sangat, kalau sesat tanya je orang, huhu..

Kami naik MRT kat Clark Quay


Ni harga tiket untuk 3 orang. Harga untuk pergi dan balik. Tapi nasib baik ada pak guard yang baik hati bagitau kami budak ketinggian tak sampai 90cm kalau tak silap tak payah beli tiket, dapat naik free. So tiket Adam kami refund balik kat kaunter.



Si kecik memang tak reti nak duduk diam diam. Letih la aku mengejar. Sukati dia je nak lari dalam MRT. Pengsan aku di buatnya!


Selepas turun naik MRT finally kami sampai juga ke destinasi yang ditunggu tunggu!! Memang dah cakap awal awal dengan Encik Suami kalau datang sini memang nak sangat datang kat Marina Bay, alhamdulillah tercapai juga impian nak ke sini (^^,)


Dalam ni confirm korang tau kan ada apa. Pergghhhh kedai yang jual barang barang dalam ni semua branded. Nak masuk pun jadi takut. Aku ni memang kalau takde benda nak beli memang malas nak masuk kedai kedai tu. Buat sakit jiwa je. Cukup la intai dari luar je. Lagipun sedar kemampuan bershopping.. Huhuhu. Aku ajak Encik Suami naik kat atas bangunan tu tapi dia kata takyah! Membazir je, tengok kat bawah dah cukup. Ok..... Kalau nak naik atas tu kena bayar tau, tak pasti pulak berapa harganya. Sebab tak boleh nak naik malas la nak tanya :P





Gaya si kecik



Isi 'minyak' dulu, kat mana mana pun jadi, janji bercover



Lepas bergambar sakan kat Marina Bay tadi kami terus ke Merlion plak. 2 tempat ni berdepan je takla jauh sangat tapi kalau jalan kaki macam kami ni melecet  juga la tapak kaki dibuatnya. Bila letih berhenti sekejap susukan si kecik and tukarkan pampers. Kesian Adam terpaksa ikut mak bapak yang gila nak berjalan walaupun cuaca tengah panas...

Gambar ni kawan dari Malaysia yang tolong amikkan orang dari Sabah, dia amik gambar kami, kami amik gambar dia, fair kan ;), time ni dah dekat sangat nak sampai ke Patung Singa tu.


Akhirnya sampai juga kat patung singa ni.. Perghh memang nak tercabut kaki di buatnya. Time ni penuh segerombolan cewek dari Indon ada gak pelancong dari negara lain, masing masing sibuk nak posing dengan patung tu, termasukla kami. Ngeee.. Nak amik gambar pun kena selit selit antara diorang. Nasibla janji dapat amik gambar. Puas hati aku. Hahaha


Ok pengembaraan kali ni ni dah berakhir. Time ni memang dah tak tahan sangat. Tekak dah betul betul kering. Kalau dapat air sejuk memang best. Air mineral yang kami rembat daro hotel tadi tak cukup melegakan tekak kami so cari la mana kedai yang halal. Nasib ada Coffee Bean yang halal kat situ. Minum ice blended memang nyaman sungguh! Tapi Adam minum air kotak Dutch Lady cukupla ye Adam... Budak kecik tak elok minum air batu ;P


Lepas minum terus gerak balik semula ke hotel asal kami sebab kereta still kat situ lagi. Time ni dah pukul 5 petang. Dekat MRT memang ramai sangat orang maklumla time balik keje. Masa dalam MRT tu ada la sorang perempuan yang baik hati bagi aku seat sebab dia tengok aku ada anak kecik. So far sepanjang kami travel kat sana orang sana banyak membantu, takla sombong macam yang penah aku baca blog orang lain sebelum ni diorang kata orang sana sombong sombong. Tapi kena kat kami ok pulak, rezeki kami jumpa orang yang baik agaknyakan. Tapi MRT dia aku nak bagi 10 markah. Memang terbaik!!! Kalau korang ke Singapore try la naik MRT dia memang best. Kami gerak dari hotel Lebih kurang 7 .30 malam. Lebih kurang pukul 8.30 malam kami sampai di hotel Johor pulak. Nasib masa nak keluar dari Singapore tu tak jam. Haaa nak tau ke mana pulak destinasi kami tunggu entry ketiga plak k..

Bubye

Wednesday, March 20, 2013

Kami Di Kota Singa~Part 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blog aku yang tak seberapa ni. Dah lama tak update akibat ntah kenapa beberapa minggu ni bila aku nak update kat office je mesti tak boleh, diorang block agaknye. Suruh buat keje je jangan sibuk asyik nak update blog je..huhu.. Ok malam ni curi masa sekejap sementara si kecik tengah dibuai mimpi.

Nak kongsi cerita dengan korang kali ni, trip ke Singapura 2 minggu lepas. actually Encik Suami kena pegi jumpa bos dia kat sana, dah alang alang dia ke sana maka haruslah aku amik kesempatan nak mengekor juga!Hikhikhik.. Kami bertolak hari khamis 28 Februari 2013 jam 8.45 pagi. Actually nak gerak petang cikit tapi disebabkan lepas lunch hour Encik Suami dah kena masuk office kat Singapore terpaksa la tukar plan. Drive pagi tu tanpa henti. Berhenti buang air and tuang minyak je itu pun dah dekat sangat dengan TUAS ( highway nak masuk Singapore). Kami masuk ikut Link ke 2. Orang kata ikut sini dekat.Sampai kat Link ke 2 pukul 12.30 t/hari. Biasa la kena lalu Kastam and Imegresen semua bagai. Kat Imegresen Malaysia jumpa dengan sedara belah Encik Suami jap amik White Form (wajib isi) dulu,kebetulan dia keje kat sana so dia bagi bekalkan kami White Form tu, hamik ko dia bagi sebandle!Huhu

Kat sini tak boleh amik gambar sebenarnya, tapi aku amik curi curi.. Hehe.. Lepas dari border confirm Singapore! Kami parking kete jap tepi ni Encik Suami dah terlajak nak beli Auto Pass time tu so aku dan Adam pun keluar nak luruskan pinggang kat luar jap. Adam pun dah tak keruan duduk lama sangat dalam kete.


Orang kata masuk Singapore kena on GPS. Dengan confident Encik Suami on GPS kat henpon dia. Skali tak boleh pakai daaaa... Aku dah mula menggelabah. Dahla ni 1st time datang sana, bawa masuk kete plak tu. Adoiii la.. Tapi Encik Suami boleh control macho lagi. Mula la mulut aku nak membebel, tapi aku tahan kan aje sebab takut benda lain pulak jadi. Dengan confidentnya Encik Suami bawa kete straight aje.. Dia kata dia dah tengok map kat google sebelum ni. Ok fine! Tanya orang sana sini, finally jumpa juga tempat kami nak tuju tu.. Fuhhhh lega. Memang la Singapore tu tak besar mana tapi kalau dah sesat meraban ke mana minyak pulak kalau habis tak ke nyaye! Dah la minyak dia mahal!!Grrrrr~

Ok sampai hotel terus check in. Nasib boleh check in awal. Kami stay kat Swissotel. Sampai dah pukul 2 petang. Lepas hantar kami dua beranak ke bilik terus Encik Suami pegi office. Kat sana ulang alik ke office Encik Suami naik teksi, sebab nak cepat. Tinggal la kami dua beranak sementara Encik Suami ke office. Sampai sampai terus kemas beg cikit bagi si kecik makan dah tu terus ajak Adam tido ;P


Malam tu kami ronda ronda dekat area hotel je. Sebab hotel kami duduk dah memang dekat bandar so senang la kami nak bergerak. Kami jalan kaki je pusing kat situ situ. Keliling hotel tu memang antara kawasan tumpuan pelancong. Lepas solat maghrib terus ke China Town, kat sini ala ala Petaling Street juga la. Aku baca kat internet kalau nak beli souvenir boleh beli kat sini sebab harganya sangat ok.


Ok dah ready nak jalan jalan!!





Kami shopping cikit kat kedai ni.Beli buah tangan cikit buat family and kawan kawan kat office.
Memang murah tapi dah convert duit kita mahal juga la.. Huhu










Gaya Adam memang tak tahan. Dah macam besar sangat nak jalan sendiri.Tak nak orang pimpin pulak tu tangan dia. Grrrr~


Lepas habis round kat China Town kami patah balik ke area hotel kami tinggal tu. Kami lepak kat River Side. Kawasan tu penuh dengan kedai makan, tapi tak halal lah ye.. Kawasan tu memang happening la.. Kami juz pusing pusing and lepak je.






Dah penat pusing pusing kami terus balik ke bilik. Perghh memang nak tercabut gak kaki dibuatnya. Balik terus siap siap nak tido. Dah lewat malam pun time tu tapi si kecik masih bertenaga lagi. Ayah dia buka laptop nak buat keje dia pun sibuk nak buat "keje" juga..


Sesi mengumpan si kecik lari dari laptop..Ntah apa yang di tengokkan ntah 2 beranak ni agaknya


View dari bilik hotel kami, betul betul mengadap kedai kedai yang kami pegi tadi
Ok dah letih sangat tutup lampu terus zzzzzzz..................