Friday, March 22, 2013

Kami Di Kota Singa~Part II

Bangun pagi awal pagi tu sebab nak breakfast skali dengan Encik Suami, sebab pukul 8.30 pagi dia dah kena masuk ofis balik. Kami dua beranak kena isi perut cikit sebab takut kelaparan. kami hanya makan buah dan serial je. Yang lain tu tak berani nak amik. Nak bagi perut beralas je pun jadi la kan...


Lepas Encik Suami tinggalkan kami berdua aku bawa Adam lepak kat pool. Lepak kejap je sebab si kecik ni dah tak boleh tahan tengok kolam, laju je dia nak terjun. Seram aku dibuatnya. Malas nak mandi berdua je, segan lah pulak...


Tengahari tu pukul 2 kami dah check out. Sepatutnya kena kena check out pukul 12 t/hari tapi Encik Suami dah nego dengan orang hotel so dapatla keluar lewat cikit. Sementara Encik Suami tengah settlekan hal kat kaunter aku snap pic Adam jap! Budak kecik ni bukan reti duduk diam, mat saleh tengok Adam kemain suka lagi, tengok ligat si kecik ni berjalan. Tawaf kawasan bagai tak sudah sudah!


Ok kami decide nak ke Marina Bay time tu, ikutkan kata orang hotel tu kalau nak naik cab harga lebih kurang 15SGD tapi kalau naik MRT murah je tak lebih 1.50SGD/head. So kami decide naik MRT je, jimat!Lagipun bila lagi nak try pengalaman naik public transport tempat orang kan. Boleh dikatakan di setiap bangunan diorang tu memang akan ada MRT kat bawah bangunan tu. So tak tak yah risau sangat, kalau sesat tanya je orang, huhu..

Kami naik MRT kat Clark Quay


Ni harga tiket untuk 3 orang. Harga untuk pergi dan balik. Tapi nasib baik ada pak guard yang baik hati bagitau kami budak ketinggian tak sampai 90cm kalau tak silap tak payah beli tiket, dapat naik free. So tiket Adam kami refund balik kat kaunter.



Si kecik memang tak reti nak duduk diam diam. Letih la aku mengejar. Sukati dia je nak lari dalam MRT. Pengsan aku di buatnya!


Selepas turun naik MRT finally kami sampai juga ke destinasi yang ditunggu tunggu!! Memang dah cakap awal awal dengan Encik Suami kalau datang sini memang nak sangat datang kat Marina Bay, alhamdulillah tercapai juga impian nak ke sini (^^,)


Dalam ni confirm korang tau kan ada apa. Pergghhhh kedai yang jual barang barang dalam ni semua branded. Nak masuk pun jadi takut. Aku ni memang kalau takde benda nak beli memang malas nak masuk kedai kedai tu. Buat sakit jiwa je. Cukup la intai dari luar je. Lagipun sedar kemampuan bershopping.. Huhuhu. Aku ajak Encik Suami naik kat atas bangunan tu tapi dia kata takyah! Membazir je, tengok kat bawah dah cukup. Ok..... Kalau nak naik atas tu kena bayar tau, tak pasti pulak berapa harganya. Sebab tak boleh nak naik malas la nak tanya :P





Gaya si kecik



Isi 'minyak' dulu, kat mana mana pun jadi, janji bercover



Lepas bergambar sakan kat Marina Bay tadi kami terus ke Merlion plak. 2 tempat ni berdepan je takla jauh sangat tapi kalau jalan kaki macam kami ni melecet  juga la tapak kaki dibuatnya. Bila letih berhenti sekejap susukan si kecik and tukarkan pampers. Kesian Adam terpaksa ikut mak bapak yang gila nak berjalan walaupun cuaca tengah panas...

Gambar ni kawan dari Malaysia yang tolong amikkan orang dari Sabah, dia amik gambar kami, kami amik gambar dia, fair kan ;), time ni dah dekat sangat nak sampai ke Patung Singa tu.


Akhirnya sampai juga kat patung singa ni.. Perghh memang nak tercabut kaki di buatnya. Time ni penuh segerombolan cewek dari Indon ada gak pelancong dari negara lain, masing masing sibuk nak posing dengan patung tu, termasukla kami. Ngeee.. Nak amik gambar pun kena selit selit antara diorang. Nasibla janji dapat amik gambar. Puas hati aku. Hahaha


Ok pengembaraan kali ni ni dah berakhir. Time ni memang dah tak tahan sangat. Tekak dah betul betul kering. Kalau dapat air sejuk memang best. Air mineral yang kami rembat daro hotel tadi tak cukup melegakan tekak kami so cari la mana kedai yang halal. Nasib ada Coffee Bean yang halal kat situ. Minum ice blended memang nyaman sungguh! Tapi Adam minum air kotak Dutch Lady cukupla ye Adam... Budak kecik tak elok minum air batu ;P


Lepas minum terus gerak balik semula ke hotel asal kami sebab kereta still kat situ lagi. Time ni dah pukul 5 petang. Dekat MRT memang ramai sangat orang maklumla time balik keje. Masa dalam MRT tu ada la sorang perempuan yang baik hati bagi aku seat sebab dia tengok aku ada anak kecik. So far sepanjang kami travel kat sana orang sana banyak membantu, takla sombong macam yang penah aku baca blog orang lain sebelum ni diorang kata orang sana sombong sombong. Tapi kena kat kami ok pulak, rezeki kami jumpa orang yang baik agaknyakan. Tapi MRT dia aku nak bagi 10 markah. Memang terbaik!!! Kalau korang ke Singapore try la naik MRT dia memang best. Kami gerak dari hotel Lebih kurang 7 .30 malam. Lebih kurang pukul 8.30 malam kami sampai di hotel Johor pulak. Nasib masa nak keluar dari Singapore tu tak jam. Haaa nak tau ke mana pulak destinasi kami tunggu entry ketiga plak k..

Bubye

No comments:

Post a Comment