Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blog aku yang tak seberapa ni. Dah lama tak update akibat ntah kenapa beberapa minggu ni bila aku nak update kat office je mesti tak boleh, diorang block agaknye. Suruh buat keje je jangan sibuk asyik nak update blog je..huhu.. Ok malam ni curi masa sekejap sementara si kecik tengah dibuai mimpi.
Nak kongsi cerita dengan korang kali ni, trip ke Singapura 2 minggu lepas. actually Encik Suami kena pegi jumpa bos dia kat sana, dah alang alang dia ke sana maka haruslah aku amik kesempatan nak mengekor juga!Hikhikhik.. Kami bertolak hari khamis 28 Februari 2013 jam 8.45 pagi. Actually nak gerak petang cikit tapi disebabkan lepas lunch hour Encik Suami dah kena masuk office kat Singapore terpaksa la tukar plan. Drive pagi tu tanpa henti. Berhenti buang air and tuang minyak je itu pun dah dekat sangat dengan TUAS ( highway nak masuk Singapore). Kami masuk ikut Link ke 2. Orang kata ikut sini dekat.Sampai kat Link ke 2 pukul 12.30 t/hari. Biasa la kena lalu Kastam and Imegresen semua bagai. Kat Imegresen Malaysia jumpa dengan sedara belah Encik Suami jap amik White Form (wajib isi) dulu,kebetulan dia keje kat sana so dia bagi bekalkan kami White Form tu, hamik ko dia bagi sebandle!Huhu
Kat sini tak boleh amik gambar sebenarnya, tapi aku amik curi curi.. Hehe.. Lepas dari border confirm Singapore! Kami parking kete jap tepi ni Encik Suami dah terlajak nak beli Auto Pass time tu so aku dan Adam pun keluar nak luruskan pinggang kat luar jap. Adam pun dah tak keruan duduk lama sangat dalam kete.
Kat sini tak boleh amik gambar sebenarnya, tapi aku amik curi curi.. Hehe.. Lepas dari border confirm Singapore! Kami parking kete jap tepi ni Encik Suami dah terlajak nak beli Auto Pass time tu so aku dan Adam pun keluar nak luruskan pinggang kat luar jap. Adam pun dah tak keruan duduk lama sangat dalam kete.
Orang kata masuk Singapore kena on GPS. Dengan confident Encik Suami on GPS kat henpon dia. Skali tak boleh pakai daaaa... Aku dah mula menggelabah. Dahla ni 1st time datang sana, bawa masuk kete plak tu. Adoiii la.. Tapi Encik Suami boleh control macho lagi. Mula la mulut aku nak membebel, tapi aku tahan kan aje sebab takut benda lain pulak jadi. Dengan confidentnya Encik Suami bawa kete straight aje.. Dia kata dia dah tengok map kat google sebelum ni. Ok fine! Tanya orang sana sini, finally jumpa juga tempat kami nak tuju tu.. Fuhhhh lega. Memang la Singapore tu tak besar mana tapi kalau dah sesat meraban ke mana minyak pulak kalau habis tak ke nyaye! Dah la minyak dia mahal!!Grrrrr~
Ok sampai hotel terus check in. Nasib boleh check in awal. Kami stay kat Swissotel. Sampai dah pukul 2 petang. Lepas hantar kami dua beranak ke bilik terus Encik Suami pegi office. Kat sana ulang alik ke office Encik Suami naik teksi, sebab nak cepat. Tinggal la kami dua beranak sementara Encik Suami ke office. Sampai sampai terus kemas beg cikit bagi si kecik makan dah tu terus ajak Adam tido ;P
Malam tu kami ronda ronda dekat area hotel je. Sebab hotel kami duduk dah memang dekat bandar so senang la kami nak bergerak. Kami jalan kaki je pusing kat situ situ. Keliling hotel tu memang antara kawasan tumpuan pelancong. Lepas solat maghrib terus ke China Town, kat sini ala ala Petaling Street juga la. Aku baca kat internet kalau nak beli souvenir boleh beli kat sini sebab harganya sangat ok.
Ok dah ready nak jalan jalan!!
Kami shopping cikit kat kedai ni.Beli buah tangan cikit buat family and kawan kawan kat office.
Memang murah tapi dah convert duit kita mahal juga la.. Huhu
Gaya Adam memang tak tahan. Dah macam besar sangat nak jalan sendiri.Tak nak orang pimpin pulak tu tangan dia. Grrrr~
Lepas habis round kat China Town kami patah balik ke area hotel kami tinggal tu. Kami lepak kat River Side. Kawasan tu penuh dengan kedai makan, tapi tak halal lah ye.. Kawasan tu memang happening la.. Kami juz pusing pusing and lepak je.
Dah penat pusing pusing kami terus balik ke bilik. Perghh memang nak tercabut gak kaki dibuatnya. Balik terus siap siap nak tido. Dah lewat malam pun time tu tapi si kecik masih bertenaga lagi. Ayah dia buka laptop nak buat keje dia pun sibuk nak buat "keje" juga..
Sesi mengumpan si kecik lari dari laptop..Ntah apa yang di tengokkan ntah 2 beranak ni agaknya
View dari bilik hotel kami, betul betul mengadap kedai kedai yang kami pegi tadi
Ok dah letih sangat tutup lampu terus zzzzzzz..................
No comments:
Post a Comment