Thursday, April 18, 2013

Cerita Birthday Yang Dah Lepas

Birthday aku dah lepas sebulan yang lepas tapi hari ni baru nak cerita.. Huhu.. Cerita yang berperam memang best!hahaha

Sempena birthday aku tahun ni aku memang dah plan nak buat kek sendiri. Setelah menggoogle sana sini akhirnya aku decide buat Kek Puding Karamel Pelangi. Kalau baca pada resepi rasa macam complicated je tapi bila dah buat taklah rasa susah sangat pun.. Resepinya bila google lebih kurang sama je dengan resepi resepi yang ada dalam blog blog yang ada, so aku decide copy dari resepi sini je.


Corak ni nanti bila dah siap kita tak nampak pun sebab nanti kita akan telangkupkan dia so part yang atas ni akan jadi part yang bawah bila dah siap. Saje je buat corak nak bagi lebih mengancam!Cantik tak?


Hasil setelah siap. Rasa memang mantop. Makan time sejuk sejuk lagi la heaven!!! Pastu hiasla ikut suka hati korang. Kek ni agak manis so better makan dengan buah yang rasa masam masam cikit. Kebetulan ada strawberry dengan kiwi so memang sangat sesuai la dengan waktu ianya ingin digunakan. Huhu...


Ok menu sempena birthday pulak ayam roasted cara aku! Aku main belasah je tapi hasilnya memang tak mengecewakan. Terbaik bak kata Encik Suami. Katanya dah takyah makan kat luar isteri kesayangan dah boleh masak bak hotel katanya**kembang kempis aku dibuatnya ;D**


Menu si kecik pun sama juga. Tapi masak gaya dia la. No salt & sugar added. Adam still bawah umur takleh letak lagi bahan bahan tiruan. Memang banyak dia makan hari tu. Syok tengok Adam suka makan sayur. Brokoli memang feveret dia so far.

Makan gaya 'abg long'

 

 

 Terbaiklah ibu!!!


Hadiah birthday untuk kali ni. Dapat pulak yang new arrival. Ohhh sayang sangatlah kat awak. Janji tak minta kasut lagi tahun ni. Confirm ini akan jadi kasut raya dan kasut keje. Janji. Hehehehe...Ikutkan nak cari kasut biasa je tapi as always nak cari yang biasa mesti jumpa yang luar biasa juga. Ngee~  Benda yang paling susah nak cari untuk aku adalah kasut. Sebab kalau beli yang nampak cantik je confirm tak pakai lama, aku kena cari yang lebih selesa dipakai, kasut memang mainkan peranan penting untuk aku. Nak diikutkan kasut aku ada banyak tapi tak pakai pun, bersepah dalam kereta, tapi semua tu aku tak pakai sangat pun sebab keselesaan tu macam kureng ada. Hehe aku bukan demand nak yang mahal tapi ianya selalu terjadi secara kebetulan. Sorry ye Encik Suami sekali sekala berbelanja besar untuk isteri takpe kan???


Ohh bulan march aku berkongsi juga birthday dengan mak dan mak mertua. So untuk mak berdua Selamat Hari Lahir, semoga sentiasa sihat dan diberkati oleh Nya...


Psssttt umur dah bertambah, hadoiii seramla pulak, amal ibadat macam tak berapa nak mantap je lagi. Hurmmm doakan aku sentiasa sihat supaya aku dapat melakukan kewajipan pada keluarga serta orang sekeliling dan yang lebih penting dapat meningkatkan amal ibadat di setiap perbuatan ku.. Amin.....

Ini bekalan buat kawan kawan kat ofis. Kalau aku buat kek mesti bawa cikit pegi ofis nak makan sebiji kek kami berdua rasa macam mengah pulak kan.. So kongsi la sedikit rezeki yang ada ni dengan yang lain. Jadi la kan.... Diorang kata sedap!!**kembang lagi!hahahaha**


Wednesday, April 17, 2013

Picnic Di Sungai Tekala

Assalamualaikum.. Dah tengah bulan sekarang ni kan. Cepat betul masa berlalu. Nak kongsi story yang dah sebulan berlalu. Biasalah aku memang suka peram cerita. Langsung tak terkini. Huhu... Tak kisahla kan janji tak kacau hidup orang kan...

Kejadian di waktu pagi di pagi sabtu 16 Mac yang lepas. Tengah syok tido kawan baik Encik Suami call ajak join diorang picnic. Dahla time tu dah pukul 9 pagi **hari minggu memang hari tido harap maklum ye memang kami manfaat waktu tido kami sebaik mungkin ;P**  Apa kejadahnyela ajak picnic tetiba ni.. Haihh kalau nak di ikutkan aku dengan Encik Suami nak ke KL nak cari kasut keje baru aku, yang lama punya dah hampir lunyai aku kejekan.. Tapi mengenangkan aku dengan kawan family Encik Suami tu memang rapat aku batalkan niat nak beli kasut baru. Ok destinasi kami berpicnic hari tu adalah di Sungai Tekala. Nak ke sini memang kena lalu depan umah arwah nenek. Sungai ni dekat kampung aku, masa kecik kecik kalau balik kampung memang aku bodek arwah ayah nak pegi sini. Ohhh lamanya dah tak ke sini rindu sangat kenangan dulu dulu ;(


Orang picnic selalu pagi tapi kami picnic pukul 1 tengah hari ;P



Cuaca memang memberi kerjasama kepada kami. Redup je.. Dapat pulak port lepak yang baik, lagi la best. Orang time ni dah tak ramai sangat. Nak mandi pun takde la nak bersesak sesak sangat. Cari tempat yang landai senang anak nak mandi.

Makan dulu dah lunch time perut pun dah berkeroncong
Nasi lemak made by kawan Encik Suami, aku buat sandwich and goreng nugget je


 Qaid & Adam sebaya
Hopefully mereka akan bersahabat baik sepertimana ayah ayah mereka bersahabat


Si comel Irdina
Aku hint Encik Suami mereka dah ada 2 orang anak kita bila lagi??
Jelingan tajam aku dapat dari dia..hambekkkk!!!
Hahahaha

 





 Kesian si kecik keletihan sungguh
Dina pun turun berenang juga


Lebih kurang 5 lebih kami gerak balik Walaupn picnic secara mengejut tetap menarik. Kalau nak ikutkan kata Encik Suami kawan dia ni memang suka buat keje terkejut terkejut. Main hentam je.. Takde nak plan apa apa. Ikut dan je.. Sebelum kawin aku dah kenal Mas & Jambu  diorang ni memang sempoi. Sebab tu aku selesa bila outing dengan diorang. Kami pun rajin datang bertangga kat umah diorang, diorang pun sama macam kami juga. Hahahahaha

Aksi 2 sahabat




Friday, April 5, 2013

Adam Gedik

Breakfast dulu before terjun kolam
Geram tengok muka gedik budak kecik ni!!





 Antara aktiviti wajib kalau kat hotel
Lagi pun dah lama aktiviti 'berendam' tak dibuat bersama
;P


 

 Posing maut dari Adam bambam..hahahaha
Amacam boleh jadi model untuk majalah mangga tak??

 

 
 

 
 
 

 Tadi kemain suka lagi bila ayah bawa tempat dalam terus melalak

 
 Ok dah sampai waktu balik
Adam cepat pakai baju!!!!
Kemain seksi lagi dia kan.....


Opppssss sorry ibu tuala terlondeh la pulak....


Tuesday, April 2, 2013

Final Episode!!

Hokeh!Final story sampai sudah.... Last vacation kami di Singapore adalah 
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Universal Studio Singapore
^(*-*)^



Perjalanan kami ke sini bukan kami bertiga je ada lagi 2 family. Ikutkan plan asal memang kami bertiga je nak kesini tapi kami try ajak sedara mara yang lain and diorang nak follow, lagi meriahla kan. Kalau nak di ikutkan kakak aku pun nak join skali tapi disebabkan faktor tertentu mereka sekeluarga tak dapat la join skali. Kalau kami bertiga je kurang seronok. Nanti nak amik gambar anak beranak pun payah. Huhu..

My kakak sedara(kak cik) dengan 2 anak gadis dan 1 lagi is my anak buah saudara(shasha). Ni sedara sebelah mak. Tiket masuk and hotel Kak Cik yang setttlekan, harga sangat la murah. Korang jangan terkejut ye. untuk aku 3hari 2 malam, Hotel+USS+Transfer hanya rm300 seorang. Tapi KakCik and Shasha 4hari 3malam tiket ke Hotel+Legoland+USS+Transfer hanya rm500 seorang. Murahkan. Kami tinggal kat Le Grandeur Palm Resort Johor tau. Sila jeles!Hahaha.. KakCik memang terel Kalau pergi holiday dengan dia mesti best. Dulu masa baru kawen KakCik bagi kami package honeymoon di Langkawi ;). Next trip masih dalam perbincangan. Huhu.. Perjalanan kami ke USS pada mulanya nak naik kereta MPV tapi disebabkan sorang lagi tak cukup seat terpaksa la kami naik van sebab nanti kalau lalu kastam tak lepas. Kitorang punya percutian ala ala VIP, orang lain package naik bus tapi kami special cikit.. Hikhik. Sila jeles lagi.

 
Nak di ikutkan sebelum preggy memang nak ke sini tapi lepas Adam dah setahun baru tercapai impian nak ke sini. Takpelah walaupun lambat asal dapat pegi juga ok la tu kan... Untung Adam kecik kecik dah jalan oversea.. Cehhh oversea la sangatkan.. Ibu umur 26 tahun baru dapat jalan jauh, tu pun sebab honeymoon dengan ayah ;)

Ok jom jalan kat dalam pulak
 


 





Adam ni kalau dengan perempuan kemain suka lagi dia tau



Ada gaya model tak?


Ayah


Serious seram naik benda alah ni,ada 2 jenis Battlestar Galactica (Biru & Merah) yang aku berani naik yang warna biru punya sebab dia punya ketakutan tak sehebat yang warna merah punya. Tapi tu pun aku dah nak tercabut nyawa dibuatnya. Encik Suami dengan yang lain siap naik merah n biru ni 2 kali tau. Gila betol diorang ni!  Memula Encik Suami dengan yang lain naik tapi second round baru aku join. Itu lepas kena cabar. Hampeh! Alhamdulillah hidup lagi aku sampai hari ni.. Hohohoho.



Kak Cik dengan rela hati nak jadi baby sitter Adam & Humaira sementara mak bapak mereka nak berhibur :P. Yela ni kali ke 2 Kak Cik datang sini bawa anak-anak dia so dia takla heran nak main macam kami yang baru sampai ni.. Huhuhuhu







Kami lunch kat sini. Halal tau. Ada beberapa kedai yang halal. Kat dalam map pun ada bagitau kat mana kedai yang halal. Lama juga kami lepak kat sini sebab time tu hujan, So banyak juga masa dah terbuang. Rugi!!

 
Nah amik sorang 1 punya botol. Harga lebih kurang 15 USD++ bergantung juga pada air yang korang beli. Memula beli bekas ni memang mahal tapi kalau nak refill air juz kena bayar 2USD je. Aku sampai 3 kali refill air. Panas! Haus gila!! Ada banyak jenis botol air ni tapi kami pilih Shrek ;)


 



Time ni beratur nak naik Transfomer. Mak aihhh! Punya la panjang kami beratur. Tapi seyes memang tak rugi naik benda ni. Memang real la! Macam korang tengok dalam cite transformer tukan part robot robot tu terseret  kat dalam bangunan tu macam tu juga la kami rasa.Part jatuh dari bangunan. Perggghhh! Memang tak tergambar dengan kata kata. Superb! Sempat kami repeat sekali lagi naik benda ni. Time tu dah nak tutup masa beratur pun tak lama, apa lagi berlari kami nak naik benda ni. Kalau nak rasa lagi effect 3D tu amik seat depan. Memang terasa gila effect dia. Wajib naik benda ni kalau ke USS tau!


Before keluar shopping jap kat sini dulu




Azim's Family


Sham's Family


Kak Cik's Family

 

Kami
Bubye USS 


Benda yang wajib korang ada



Sekian