Tuesday, April 2, 2013

Final Episode!!

Hokeh!Final story sampai sudah.... Last vacation kami di Singapore adalah 
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Universal Studio Singapore
^(*-*)^



Perjalanan kami ke sini bukan kami bertiga je ada lagi 2 family. Ikutkan plan asal memang kami bertiga je nak kesini tapi kami try ajak sedara mara yang lain and diorang nak follow, lagi meriahla kan. Kalau nak di ikutkan kakak aku pun nak join skali tapi disebabkan faktor tertentu mereka sekeluarga tak dapat la join skali. Kalau kami bertiga je kurang seronok. Nanti nak amik gambar anak beranak pun payah. Huhu..

My kakak sedara(kak cik) dengan 2 anak gadis dan 1 lagi is my anak buah saudara(shasha). Ni sedara sebelah mak. Tiket masuk and hotel Kak Cik yang setttlekan, harga sangat la murah. Korang jangan terkejut ye. untuk aku 3hari 2 malam, Hotel+USS+Transfer hanya rm300 seorang. Tapi KakCik and Shasha 4hari 3malam tiket ke Hotel+Legoland+USS+Transfer hanya rm500 seorang. Murahkan. Kami tinggal kat Le Grandeur Palm Resort Johor tau. Sila jeles!Hahaha.. KakCik memang terel Kalau pergi holiday dengan dia mesti best. Dulu masa baru kawen KakCik bagi kami package honeymoon di Langkawi ;). Next trip masih dalam perbincangan. Huhu.. Perjalanan kami ke USS pada mulanya nak naik kereta MPV tapi disebabkan sorang lagi tak cukup seat terpaksa la kami naik van sebab nanti kalau lalu kastam tak lepas. Kitorang punya percutian ala ala VIP, orang lain package naik bus tapi kami special cikit.. Hikhik. Sila jeles lagi.

 
Nak di ikutkan sebelum preggy memang nak ke sini tapi lepas Adam dah setahun baru tercapai impian nak ke sini. Takpelah walaupun lambat asal dapat pegi juga ok la tu kan... Untung Adam kecik kecik dah jalan oversea.. Cehhh oversea la sangatkan.. Ibu umur 26 tahun baru dapat jalan jauh, tu pun sebab honeymoon dengan ayah ;)

Ok jom jalan kat dalam pulak
 


 





Adam ni kalau dengan perempuan kemain suka lagi dia tau



Ada gaya model tak?


Ayah


Serious seram naik benda alah ni,ada 2 jenis Battlestar Galactica (Biru & Merah) yang aku berani naik yang warna biru punya sebab dia punya ketakutan tak sehebat yang warna merah punya. Tapi tu pun aku dah nak tercabut nyawa dibuatnya. Encik Suami dengan yang lain siap naik merah n biru ni 2 kali tau. Gila betol diorang ni!  Memula Encik Suami dengan yang lain naik tapi second round baru aku join. Itu lepas kena cabar. Hampeh! Alhamdulillah hidup lagi aku sampai hari ni.. Hohohoho.



Kak Cik dengan rela hati nak jadi baby sitter Adam & Humaira sementara mak bapak mereka nak berhibur :P. Yela ni kali ke 2 Kak Cik datang sini bawa anak-anak dia so dia takla heran nak main macam kami yang baru sampai ni.. Huhuhuhu







Kami lunch kat sini. Halal tau. Ada beberapa kedai yang halal. Kat dalam map pun ada bagitau kat mana kedai yang halal. Lama juga kami lepak kat sini sebab time tu hujan, So banyak juga masa dah terbuang. Rugi!!

 
Nah amik sorang 1 punya botol. Harga lebih kurang 15 USD++ bergantung juga pada air yang korang beli. Memula beli bekas ni memang mahal tapi kalau nak refill air juz kena bayar 2USD je. Aku sampai 3 kali refill air. Panas! Haus gila!! Ada banyak jenis botol air ni tapi kami pilih Shrek ;)


 



Time ni beratur nak naik Transfomer. Mak aihhh! Punya la panjang kami beratur. Tapi seyes memang tak rugi naik benda ni. Memang real la! Macam korang tengok dalam cite transformer tukan part robot robot tu terseret  kat dalam bangunan tu macam tu juga la kami rasa.Part jatuh dari bangunan. Perggghhh! Memang tak tergambar dengan kata kata. Superb! Sempat kami repeat sekali lagi naik benda ni. Time tu dah nak tutup masa beratur pun tak lama, apa lagi berlari kami nak naik benda ni. Kalau nak rasa lagi effect 3D tu amik seat depan. Memang terasa gila effect dia. Wajib naik benda ni kalau ke USS tau!


Before keluar shopping jap kat sini dulu




Azim's Family


Sham's Family


Kak Cik's Family

 

Kami
Bubye USS 


Benda yang wajib korang ada



Sekian

No comments:

Post a Comment