Friday, August 30, 2013

Progress~


Alhamdulillah dapat juga kami merasa nak duduk rumah sendiri
InsyaAllah tahun depan bolehla pindah masuk rumah baru
Rumah kecik ni je yang mampu kami beli 
(",)
So far progress nye sangat memberangsangkan



Thursday, August 29, 2013

Diet Tanpa Berlapar

Assalamualaikum dan Salam sejahtera! Apa khabar? Camne raya korang, seronok? Banyak makan? Amboi banyak soalan pulak aku tanya kan.. Bukan apa dalam bulan bulan raya ni kompem open house, open office dan segala bagai open tentu banyak kan. Jadinya kompemla kita makan banyak juga. Almaklumla dah sebulan puasa.. Time raya ni makan pun bagai tak hengat! Hehe.. Aku lettew~

Untungkan kita rakyat Malaysia ni. Makan minum semua cukup, bukan sahaja cukup tapi terlebih lebih cukupnya. Sampai makanan tu dibuang buang gitu je bila tak habis. Kalau nak di bandingkan kita dengan rakyat negara yang tak cukup makan tu kita ni memang bertuah sangat. Itu pun masih ada lagi golongan yang tak reti nak bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang ni. Sedih tengok sesetengah manusia yang suka buat kacau bilau kat negara kita ni. Kesimpulannya bersyukurla kita dengan keamanan dan ketenangan yang ada dibumi Malaysia ni. Ok cerita sudah ke laut. Sila abaikan. Ngeee~

Sebenarnya aku nak kongsi cerita dengan korang ni. Bukan nak riak bukan nak menunjuk nunjuk, cuma sekadar nak berkongsi berita gumbira daku yang tak seberapa ni je.. Ehemehem.. Officially after 2 month i lost 4 kg without extreme diet!wooha terus cakap omputih kau :D. Haa camne boleh turunkan berat badan tanpa berdiet gila gila tu erk? Serious aku pun tak pasti camne aku boleh kurangkan berat badan. Hampir 2 tahun aku menanti saat saat manis ni, akhirnya kau datang jua.. Ohhhh syiokkknye...Psttt baju raya 3 tahun lepas aku dah boleh pakai tau, baju kebaya zaman anak dara pun dah muat. Happy sangat sampai rasa nak guling guling je.

Seingat aku masa bulan puasa time sahur aku hanya makan oat, cereal atau roti. Memang jarang sangat makan nasi kalau makan pun sebab kat umah mak n umah mak mertua sahaja. Pastu time buka hanya makan sepinggan nasi, tapi nak kata nasi cikit sangat tak juga, boleh tahan banyak tapi memang tak tambah dah lepas habis tu. Makan juga kuih, mee, meehun, dessert etc tapi dalam kuantiti yang sederhana. Pengambilan air berais pun agak kurang untuk tahun ni, banyak minum air suam je. Tahun ni hanya 2 kali je kot buka kat luar, memang hari hari aku akan masak kat umah. Maybe ini antara faktor berat badan aku turun.

Before raya memang boleh turunkan berat badan, time raya serious aku seram nak timbang. Risau naik, tapi alhamdulillah berat aku turun lagi. Nak kata tak makan banyak, aku rasa banyak juga aku makan, mungkin aku makan tak sebanyak dulu. Sekarang bila makan tu lebih pada berhenti makan sebelum kenyang, kalau dulu konsepnya makan sampai dah tak larat nak bangun baru berhenti. Gila buruk perangai aku suatu ketika dahulu. Hahahaha... 

Exercise? Semenjak bulan puasa dah takde main futsal lagi sampai la ke hari ni. So memang takdela exercise untuk aku, melainkan exercise kat umah. Kat umah tu cara aku ber-exercise ialah dengan  ke depan dan kebelakang mengemas umah, pastu masak tak habis habis untuk si Adam kat dapur. Itu jelah yang aku buat. Serious tak tipu!Oh mungkin juga sehingga hari ni Adam still breastfeeding aku lagi, faktor aku boleh kurus juga.

Aku memang jenis tak berani nak makan pil kurus atau segala bagi pil atau makanan untuk kurus. Aku takut effect di kemudian hari, better aku buat cara semulajadi walaupun tak kurus dalam sebulan sampai 10 kg aku tak kisah. Biar turun cikit cikit asal selamat. So target lepas ni dapat turunkan 2-3 kg lagi pun dah kira ok sangat sangat dah. Kalau la boleh turunkan lagi, bolehla dapat berat badan masa anak dara dulu.

So pada korang yang bercadang nak kurus, nasihat aku diet la secara berhemah. Janganla terlampau nak cepat kurus korang amik segala supplement, melainkan ianya betul betul selamat dimakan... Ok tu je tips diet dari aku. Bye~

Tuesday, August 20, 2013

Sape Nak Nama Ada dalam Buku Malaysia Book Of Record??

Tadi blog walking jap
Bila terbaca benda ni kat blog Dr Halina
Aku post balik la 
Pada ibu ibu yang masih menyusu baby @ anak anda bolehla join
Menarik ni
Nak lebih detail baca SINI

Belanja Si Dia Makan Malam Je~

Sambutan hari lahir Encik Suami baru baru ni.. Sebenarnya hari lahirnye dalam hujung bulan puasa yang lepas. Masa tu dah hujung puasa sangat. Nak masak masak pun macam dah tak larat. Nak buat kek oven kakak pinjam. Lagipun mood raya je dah ada time tu. Benda yang lain dah tak larat nak fikir. Jadinya terpaksa la postponed majlisnya.

Sambutan kami kecik kecik je. Sekadar kami 3 beranak. Ikutkan Encik Suami nak makan sate tapi aku pujuk makan kat Manhattan Fish Market. Ini 1st time sebenarnya makan kat sini. Dulu selalu jeling jeling je, selalu fikir kedai macam ni mesti mahal. Tapi bila dah try takla mahal sangat. Masih mampu bayar lagi rupa rupanya.. Nak belikan hadiah pun dia tak mahu katanya membazir, jadi belanja makan pun jadilah kata Encik Suami.. Lega juga bila dengar kata gitu, jimat gak duit aku, hahahaha..
 

 




Nak buat kek tak dapat jadi belikan kek untuk dia jelah


 Happy Birthday ayah dari ibu & Adam
Sayang ayah ketat ketat ;)


Overall makanan nye ok. Not bad. Sangat sesuai bagi penggemar seafood. Sedap tapi bila makan banyak macam muak pun ada maybe banyak rasa cheese dia kot. Aku order set untuk 2 orang. Tapi seyes portion tu boleh makan 3,4 orang kot.. Kenyang gila! Untuk set yang kami order tu semua total lebih kurang rm70.(oohhh yang kek tu asing ye dari set nye, kek tu harga lebig kurang rm9++). Not bad kan harga dia ;)


Selamat Hari Raya


Tahun ni turn berhari raya di kampung halaman Encik Suami
Seminggu kami berkampung kat sana
Kemain lama kat sana kan.....
Takpelah bukan selalu balik kampung Encik Suami pun
Kalau setakat balik kejap kejap memang aku tak gemar


Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin 
dari kami sekeluarga