Assalamualaikum dan Salam sejahtera! Apa khabar? Camne raya korang, seronok? Banyak makan? Amboi banyak soalan pulak aku tanya kan.. Bukan apa dalam bulan bulan raya ni kompem open house, open office dan segala bagai open tentu banyak kan. Jadinya kompemla kita makan banyak juga. Almaklumla dah sebulan puasa.. Time raya ni makan pun bagai tak hengat! Hehe.. Aku lettew~
Untungkan kita rakyat Malaysia ni. Makan minum semua cukup, bukan sahaja cukup tapi terlebih lebih cukupnya. Sampai makanan tu dibuang buang gitu je bila tak habis. Kalau nak di bandingkan kita dengan rakyat negara yang tak cukup makan tu kita ni memang bertuah sangat. Itu pun masih ada lagi golongan yang tak reti nak bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang ni. Sedih tengok sesetengah manusia yang suka buat kacau bilau kat negara kita ni. Kesimpulannya bersyukurla kita dengan keamanan dan ketenangan yang ada dibumi Malaysia ni. Ok cerita sudah ke laut. Sila abaikan. Ngeee~
Sebenarnya aku nak kongsi cerita dengan korang ni. Bukan nak riak bukan nak menunjuk nunjuk, cuma sekadar nak berkongsi berita gumbira daku yang tak seberapa ni je.. Ehemehem.. Officially after 2 month i lost 4 kg without extreme diet!wooha terus cakap omputih kau :D. Haa camne boleh turunkan berat badan tanpa berdiet gila gila tu erk? Serious aku pun tak pasti camne aku boleh kurangkan berat badan. Hampir 2 tahun aku menanti saat saat manis ni, akhirnya kau datang jua.. Ohhhh syiokkknye...Psttt baju raya 3 tahun lepas aku dah boleh pakai tau, baju kebaya zaman anak dara pun dah muat. Happy sangat sampai rasa nak guling guling je.
Seingat aku masa bulan puasa time sahur aku hanya makan oat, cereal atau roti. Memang jarang sangat makan nasi kalau makan pun sebab kat umah mak n umah mak mertua sahaja. Pastu time buka hanya makan sepinggan nasi, tapi nak kata nasi cikit sangat tak juga, boleh tahan banyak tapi memang tak tambah dah lepas habis tu. Makan juga kuih, mee, meehun, dessert etc tapi dalam kuantiti yang sederhana. Pengambilan air berais pun agak kurang untuk tahun ni, banyak minum air suam je. Tahun ni hanya 2 kali je kot buka kat luar, memang hari hari aku akan masak kat umah. Maybe ini antara faktor berat badan aku turun.
Before raya memang boleh turunkan berat badan, time raya serious aku seram nak timbang. Risau naik, tapi alhamdulillah berat aku turun lagi. Nak kata tak makan banyak, aku rasa banyak juga aku makan, mungkin aku makan tak sebanyak dulu. Sekarang bila makan tu lebih pada berhenti makan sebelum kenyang, kalau dulu konsepnya makan sampai dah tak larat nak bangun baru berhenti. Gila buruk perangai aku suatu ketika dahulu. Hahahaha...
Exercise? Semenjak bulan puasa dah takde main futsal lagi sampai la ke hari ni. So memang takdela exercise untuk aku, melainkan exercise kat umah. Kat umah tu cara aku ber-exercise ialah dengan ke depan dan kebelakang mengemas umah, pastu masak tak habis habis untuk si Adam kat dapur. Itu jelah yang aku buat. Serious tak tipu!Oh mungkin juga sehingga hari ni Adam still breastfeeding aku lagi, faktor aku boleh kurus juga.
Aku memang jenis tak berani nak makan pil kurus atau segala bagi pil atau makanan untuk kurus. Aku takut effect di kemudian hari, better aku buat cara semulajadi walaupun tak kurus dalam sebulan sampai 10 kg aku tak kisah. Biar turun cikit cikit asal selamat. So target lepas ni dapat turunkan 2-3 kg lagi pun dah kira ok sangat sangat dah. Kalau la boleh turunkan lagi, bolehla dapat berat badan masa anak dara dulu.
So pada korang yang bercadang nak kurus, nasihat aku diet la secara berhemah. Janganla terlampau nak cepat kurus korang amik segala supplement, melainkan ianya betul betul selamat dimakan... Ok tu je tips diet dari aku. Bye~
No comments:
Post a Comment