Tuesday, August 20, 2013

Belanja Si Dia Makan Malam Je~

Sambutan hari lahir Encik Suami baru baru ni.. Sebenarnya hari lahirnye dalam hujung bulan puasa yang lepas. Masa tu dah hujung puasa sangat. Nak masak masak pun macam dah tak larat. Nak buat kek oven kakak pinjam. Lagipun mood raya je dah ada time tu. Benda yang lain dah tak larat nak fikir. Jadinya terpaksa la postponed majlisnya.

Sambutan kami kecik kecik je. Sekadar kami 3 beranak. Ikutkan Encik Suami nak makan sate tapi aku pujuk makan kat Manhattan Fish Market. Ini 1st time sebenarnya makan kat sini. Dulu selalu jeling jeling je, selalu fikir kedai macam ni mesti mahal. Tapi bila dah try takla mahal sangat. Masih mampu bayar lagi rupa rupanya.. Nak belikan hadiah pun dia tak mahu katanya membazir, jadi belanja makan pun jadilah kata Encik Suami.. Lega juga bila dengar kata gitu, jimat gak duit aku, hahahaha..
 

 




Nak buat kek tak dapat jadi belikan kek untuk dia jelah


 Happy Birthday ayah dari ibu & Adam
Sayang ayah ketat ketat ;)


Overall makanan nye ok. Not bad. Sangat sesuai bagi penggemar seafood. Sedap tapi bila makan banyak macam muak pun ada maybe banyak rasa cheese dia kot. Aku order set untuk 2 orang. Tapi seyes portion tu boleh makan 3,4 orang kot.. Kenyang gila! Untuk set yang kami order tu semua total lebih kurang rm70.(oohhh yang kek tu asing ye dari set nye, kek tu harga lebig kurang rm9++). Not bad kan harga dia ;)


No comments:

Post a Comment