Kami berkampung di sini selama 3 hari 2 malam. 1 keluarga perkampung kat sini. Memang best. Selama 3 hari 2 malam ni la keje budak budak kecik ni berendam. Pantang celik mata terus terjun kolam. Yang peliknya kolam kat luar punyala besar tetap juga nak berendam dalam kolam dalam bilik. Langsung tak nak main yang kolam kat luar tu.
Kami beli pakej bilik ni masa Matta Fair, tapi disebabkan ada kawan yang keje dengan hotel so bolehla minta tolong dia belikan. Aku cuma bagi duit je. Pakej yang kami beli ni agak murah. Untuk 3 hari 2 malam cuma dalam rm1400++ je. kalau ikiut normal rate untuk semalam pun agak mahal juga. Overall puas hati dengan keadaan bilik.
Adam punya excited jangan cerita. Haa tapi jangan tak tau 3 kali dia hampir lemas. Nasib la aku ada kat sebelah dia masa dia "terlemas" tu. Nasib takde kejadian buruk yang berlaku. Tak guna cite banyak jom layan gambar!
Kejadian Hari Pertama
Sampai sampai je terus berendam. Bukan sekadar budak budak je yang berendam bapak budak pun join sekali ;)
Bawa si kecik ronda ronda kawasan di petang hari
Kat sini ada disediakan tempat memanah dan padang bola kecik.Kalau nak main bayar je. Untuk memanah rm10 sahaja. Untuk padang bola tu tak pasti pulak
Solat maghrib berjemaah ;)
Dinner kami malam tu steamboat homemade. Paste pun homademade. Aku yang buat hasil belajar masa di kelas masakan ala thai dulu. Makanan memang kami dah plan dari awal nak bawa dari rumah je. Kalau nak makan luar sepanjang masa dengan umat yang ramai macam ni memang 'sakit' la juga kan. So untuk menjimatkan kos perbelanjaan kami bawa je bekal dari rumah. Siap bawa periuk nasi tau. Hehe
Lepas dinner celebrate birthday Adam. Kali ni buat awal cikit. Saje suka suka. Black & White Russian Kek ni memang maveles! Sebabnye tak manis sangat. Tempah dari Garam dan Gula. Memang terbaik!!
Kemain happy lagi masing-masing
Kejadian Hari Kedua
Takkan nak berendam je kan. So hari ni kami plan nak Muzium Tentera Darat
Adam ni kesayangan ramai. Semua nak berekit dengan dia, tapi yang jadi feveret dia Abang Arummi. So si Dani kat sebelah tu jeles la pulak. Sampai nak nangis nangis bila tak dapat nak peluk Adam sambil bergambar
Pemandangan dalam terowong
Lepas ronda ronda kat muzium kami singgah pekena ABC dengan goreng pisang dulu. Sebelum sampai sini sebenarnya nak pegi kat Ostrich Farm tapi memandangkan bayaran agak mahal, maklumla kami kan ramai, dan tempat tu pun nampak macam tak berapa nak menarik terus cancel nak ke sana.
Kejadian Hari Ketiga
Nampak tak muka baru bangun tido tu? Haa celik je mata sibuk nak terjum kolam
Yang lain masih dibuai mimpi tapi Adam ni mata tak tau la jenis apa, dia tido paling lambat tapi dia la bangun paling awal. Katil ada 2 je.. So mana yang tak buat tu terpaksa tido kat bawah
Tengokla aktiviti anak anak zaman sekarang. Masing masing sibuk dengan gadget
Betapa manja la dia dengan Abang Arummi dia kan.. Untung ada Arummi boleh dia tolong tengokkan Adam kalau aku dah tak larat nak keja dia.. hehe
It's time to go home!
No comments:
Post a Comment