Friday, December 20, 2013

Happy Birthday Adam!!!

Syukur alhamdulillah 18 Disember 2013 genap usia Muhammad Adam Hariz 2 tahun. Selamat Hari Lahir buat anak ibu yang tersayang, semoga menjadi anak yang soleh dan bijak. Ibu doakan Adam sentiasa menjadi orang yang berguna dan beriman di masa hadapan..

Birthday kali ni tak buat majlis pun untuk Adam, kami sambut kecil-kecilan je. Kat PD haritu pun dah sambut juga, nanti cite dalam entry lain ye.So bila dah 2 tahun ni Adam dah bebas untuk makan makanan luar. Sebenarnya nak bawa Adam makan kek kat Secret Recipe, tapi memandangkan kedai tutup sebab diorang buat annual dinner maka ibu dan ayah bawa jela makan kat Wadihana, Bangi. Ibu & Ayah belanja Adam makan spagetti, makanan ni memang feveret Adam. Habis separuh mangkuk dia bedal!



 


 Tengok betapa teruja nye dia makan sampai comot-comot makan tu


Otw balik rumah singgah kedai kek belikan slice kek je untuk Adam. Jadila... Saja suka-suka nak nyanyi kat dia. Kemain suka lagi dia bila tiup lilin tu. Bila dah padam siap suruh pasang balik lilin nak tiup sekali lagi. Haishhh bila dah banyak kali minta pasang balik lilin aku pun sorokkan la lilin tu. Hehehe...


Kemain suka lagi bila dapat makan kek.. Dari bangun tido sampai la ke malam aku asyik la nyanyi kan lagu Happy Birthday kat Adam, oohh dia punya seronok tak dapat digambarkan. Setiap kali aku nyanyi mesti dia tepuk tangan sekali. Macam faham je kan.. Seronok je tengok dia.. So bila dah 2 tahun ni aku pun akan stopkan breastfeed Adam, memandangkan adik dalam perut pun semakin membesar. Tapi jenuh juga nak ajar dia minum susu tepung ni. Hopefully lepas ni dia boleh terima la..



 HAPPY BIRTHDAY SAYANG!!!!!


No comments:

Post a Comment