Thursday, September 10, 2015

SUGARSCARF & EDZ TEA PARTY

Sabtu lepas warehouse sale tudung SUGARSCARF kat Bukit Jelutong. Gigih mak bangun pagi semata-mata nak jadi orang terawal.huhuhu.. Ikutkan aku takla nak beli banyak pun tapi saja nak teman si Ika (personal shopper) sambil teman boleh la tolong dia apa yang patut. Terjebak dengan tudung SS ni before puasa baru ni. Bahaya betol la kalau dah terjebak dengan benda benda macamni. huhu

Overall orang takla ramai sangat sampai keadaan tak terkawal cuma cara dioarang susun barang tu tak organize sangat tu punca jadi kelam kabut. Pengeluaran tudung pun tak berapa nak ok sebab mana yang datang hari kedua tu dapat tudung yang lagi cantik cantik. Diorang tak keluarkan semua tudung tudung yang ada. DAh jadi orang terawal so pukul 12 tengah hari semua setel! 


Me, Kak Lin & Ika


Pukul 3 ada appointment lain pulak. Dapat jemputan Tea Party dari EDZ! Hoyehhhh! Gigih nak pegi juga psssttt ni 1st time diorang invite customer untuk dapatkan feedback dan idea pasal barang diorang. Memang bagus sangat sangat kalau buat macamni ni sesekali. Baru tau customer suka ke tak, siap dapat  Adwa V- Cuff Blouse yang baru nak launch ok!!! Best gila...


Owner EDZ. Kak Su dan suami nya Naim. Kak Su memang baik dan sempoi.




Siap ada photoshoot lagi u all.. Rasa macam retis sangat, Mak suka!!! hahahahaha



Dhania, antara staff yang lama dan masih setia bersama since penubuhan EDZ


Antara jemputan untuk Tea Party EDZ.. Seronok dapat kenal kawan baru ;)


Big clap to EDZ Team yang terlibat dan terima kasih tak terhingga pada owner EDZ sendiri Kak Su sudi jemput kami ke Tea Party korang yang pertama ni dan juga hadiah yang sangat sangat menarik (Blouse Adwa keluaran terbaru). Doa kami, hopefully perniagaan anda akan terus success dan akan terus berkembang maju.  Buat korang yang kat luar sana jom shopping kat EDZ serious design dan kualiti dari EDZ memang tak mengecewakan. Psstt owner a.k.a Kak Su sangat peramah dan baik ok...

LET'S COVER UP IN STYLE!!


Tragedi Cherating Part 3

Lepas check out dari Legend Resort, Cherating Kuantan niat di hati nak la singgah ke Kemaman, Terengganu sekejap sebab aku memang teringin sangat nak ke kedai kopi Hai Peng tu. Dah lama sangat tak ke sana since dah dekat ingat nak menyinggah sekejap la, ingatkan semalam nye lepas balik dari Pasar Payang nak singgah ke Hai Peng terus, tapi disebabkan kami nak bawa anak anak mandi pantai terus la balik ke hotel lagipun perut still kenyang sebab sebelum balik dari Kuala Terengganu kami singgah makan kerepok lekor di area Losong dan makan Ikan Celup Tepung dekat area yang memang femes tapi apa la nama tempat tu dah lupa la pulak.. Tapi kedai yang femes tu belom buka lagi so terpaksa la pegi makan ICT kat kedai sebelah.. Sedih...........



Nak di jadikan cerita elok je keluar simpang hotel tak sampai 5 minit perjalanan nak menuju ke Kemaman kereta kami dilanggar dari belakang! Memang tergamam di buatnya. Semua ni berpunca dari kerete yang tiba tiba nak masuk simpang yang tak boleh nak masuk. Eh paham x?hihi.. 

Macam ni  jalan tu sebenarnya kena straight je tapi kereta depan ni nak juga masuk simpang sudahnya kami yang belakang ni break mengejut. Depan kereta kami ada sebiji kereta dan depan kereta ni ada bas. So kami kenderaan ketiga dari belakang dan kami semua sempat break emergency! Ntah macamana lebih kurang seminit lepas tu bila semua dah berjaya berhentikan kereta datang lori dari belakang tetiba je hentam kereta aku dan aku pun hentam kereta depan. Nasib baik time tu aku pegang si kecik dan Adam duduk belakang juga dengan aku. Memang terkejut sangat sebab memang berlaku dengan tiba tiba. Jarak aku dengan kereta depan actually agak jauh dan Encik Suami sempat pusingkan stereng ke kiri. So belakang kanan kena hentam dengan lori dan kereta aku depan belah kanan hentam bumper kiri kereta depan!! Kalau la Encik Suami tak pusingkan stereng ke kiri confirm jadi sardin la kami time tu dan kebarangkalian untuk cedera pada Encik Suami amatlah tinggi. Rasa nak runtuh jantung di buatnya. Adam cedera kat pipi kiri sebab time tu dia tercampak cikit ke depan dan tergesel dengan seat aku rasa. Memang tak tau macamana dia boleh dapat luka tu. Alhamdulillah aku, Encik Suami dan si kecik takde cedera apa apa.


Tempat kejadian. Lebih kurang 12.20 tengah hari


Kereta depan kami. Couple yang kami langgar ni baru je balik honeymoon. Kesian diorang. Orang Terengganu je, kereta pun tak teruk sangat, so diorang decide nak bawa ke bengkel area dia je.


Bonet tak boleh buka! grrrr


Lori yang langgar kami. Driver takde lesen! angkut barang dari Klang, Selangor dan hampir sampai ke destinasi takde lesen. Tak macam haram??!


Driver yang pakai baju kuning tu. Bila polis tanya dia boleh pulak dia main henpon. Eh budak ni mau aku tampar muka dia laju. Jawab pun macam orang lalok. Mengenangkan aku kat balai polis dan jauh dari tempat sendiri aku boleh cool lagi kalau ikut amarah aku mau aku tempeleng budak ni. Dah langgar pastu buat bodoh langsung tak cakap sorry dekat aku dengan anak anak. Ko ni hati binatang ke apa? Tak nampak anak aku kecik kecik lagi menangis ketakutan. Takde otak nak fikir?! 

Masa accident tu owner lori and anak owner ada datang. Pastu anak owner tu pulak yang buat report on behalf driver dia yang takde lesen. Padahal masa accident tu si owner ni takde pun dalam lori tu, juz driver yang tak berlesen je ada dalam lori. Macam haram nak menipu! Nasib aku tanya polis tu kenapa pulak dia yang takde kena mengena nak buat report pulak.. Pandai ko nak kencing erk.. Lama juga tunggu dekat balai nak kasi setel report semua. Nak tunggu Inspektor yang dari Kuantan datang lagi. Dari pukul 12.30 tengah hari sampai pukul 5 petang duduk kat balai. Makan tegah hari pun tak. Yang jadi lama tu sebab kami nak jumpa owner lori nama apa ntah Pak Cik tu puas aku call minta dia datang atleast say sorry atau tanya apa yang patut tapi haram!!!! Ko tak fikir ke kami ni datang dari jauh dengan anak kecik lagi, tanya la apa yang patut boleh di tolong ke, kereta dah la tak boleh nak jalan jauh dah time tu sebab ada leaking. Ko fikir tak mana kami nak tinggal ke apa ke.. Takde! Anak owner tu pun macam haram langsung tak cakap sorry atau apa pun, padahal aku tenung dia lama time tu, langsung tak cakap apa apa. Harap pakai kopiah tapi perasaan kemanusiaan langsung takde! Takde langsung nak offer nak hantar anak aku pegi klinik check apa yang patut. Ko memang hati binatang kan!!! Bapak ko aku call suruh datang jumpa kami anak beranak kat balai pun bapak ko tak datang kan. Korang ni memang KEJAM!! ingat ye aku doakan korang akan terima nasib yang sama macam aku satu hari nanti!! 


Disebabkan dah lama sangat kami kat balai dan tak larat nak tunggu sebab anak aku pun dah tak selesa time tu kami decide je nak gerak ke Kuantan terus tanpa jumpa owner lori tu, aku siap pesan kat polis dalam balai if pakcik tu datang la kalau la dia datang petang cakap aku memang tak maafkan diorang! Memang kita tak minta accident ni jadi tapi ko sepatutnya datang jumpa kami, masa mula mula accident cepat je ko sampai kat tempat kejadian kan. Itu yang buat aku geram sangat.

Time accident jangan cakap la, ramai gila orang bengkel nak tolong, tapi aku memang tak berani nak buat kat bengkel diorang sebab kami nak claim insurance lori tu dah memang ko yang salah kan! Ada yang paksa paksa, eiii memang rimas di buatnya. Bila call panel kereta dan diorang cakap kat Kuantan je ada panel so terus minta bengkel sana yang setel. So merasa la naik kereta yang ditarik..huhu.. Jarak dari Cherating dengan Kuantan takla jauh sangat lebih kurang setengah jam.

Dalam keadaan ni puas la fikir siapa la nak kami minta tolong. Mula mula call sepupu Encik Suami yang keje kat Petronas tu tapi dia nak datang pun agak jauh dan kereta kami pun nak kena hantar ke Kuantan, so teringat kawan office lama ada kat Kuantan, kami decide nak minta tolong dia je. Nasibla dia baru balik dari outstaion. 2 malam kami terpaksa tumpang tido kat rumah kawan Encik Suami. Hari accident tu hari ahad so bengkel tutup terpaksa la tunggu hari isnin untuk setelkan kereta. Memang pening kalau takde tempat nak bermalam, boleh tido hotel tapi kos agak tinggi la time tu dan nak bergerak untuk uruskan kereta pun susah, macam office lama Encik Suami waktu kerja agak flexible and boleh buat keje kat mana mana je sebab diorang company international kat office tak ramai orang, nak datang boleh tak datang pun boleh. So kalau tak datang office boleh je buat keje dari rumah janji ada ineternet. Best kan...

Kereta kami hantar kat bengkel Hoi Keen, Kuantan. Ni antara bengkel yang besar dan OK juga di Kuantan katanya.


So since dah ada kat Kuantan, Man (kawan Encik Suami) bawa la kami jalan and makan kat tempat yang menarik. Dapatla jalan ke Teluk Cempedak 



Lupa pulak apa nama akak ni (isteri Man) memang baik sangat sangat akak ni. Thanks kak sudi layan dan tumpangkan kami kat rumah akak 


Nampak tak kesan lebam tepi pipi Adam tu. Itulah bekas masa accident. Adam agak trauma juga lepas accident tu. Tido pun mengigau, menjerit macam ketakutan. Kesian sangat tengok dia. Aku yang dah tua ni pun rasa takut apa ntah lagi budak kecik..


Dinner kat kedai ni memang terbaik! Sedap gila. Kedai makan ni antara yang femes kat kuantan. Tapi lupa pulak nama kedai tu. 


Dari Kuantan kami balik naik bus. Nasib anak anak tak buat perangai. Adam pun suka sangat sampai la hari ni dia cakap nak naik bus lagi 


Kemain suka si Adam maybe sebab space luas dan tingkap bus besar so nak tengok pemandangan tu puas kot.. hahahaha


Kesimpulan

Kalau berlaku kejadian seperti kami ni (accident) jangan panik sangat. Relax kejap dan fikir siapa orang paling terdekat untuk minta bantuan. Jangan terus hantar kereta korang kat bengkel yang bukan panel (if korang nak claim insurance). Ingat berfikir secara waras sebelum buat sebarang keputusan.

HABIS!

Tuesday, September 8, 2015

Tragedi Cherating Part 2

Cerita pasal Cherating tak habis lagi tapi kali ni biar layan gambar dulu


Sampai terus main pasir. Ni kira 1st time Arash pijak pasir pantai



 




Lepas breakfast terus terjun kolam.. Ottomen ni beli kat Pasar Payang, Terengganu. Kemain masam lagi muka si abang selagi tak dapat selagi tu la dia heret tangan kita kat tempat mainan tu..



Punya lah sedih bila ibu dengan ayah letak dia kat pasir. Geli agaknya bila pijak pasir tu kan
Yang abang punyalah happy main air. kemain lagi dia melompat lompat 


 


 



 









Over all percutian 3 hari 2 malam ke Legend Resort Cherating, Pahang memang best...  Misi bergumbira telah selesai..



Next Entry to be continue .................