Tuesday, September 8, 2015

Abg Long warded @ HPJ

Seminggu lepas kami buat open house yang lepas abg long demam dan cirit birit berterusan. Lebih kurang seminggu sebelum tu demam tak berapa nak ok last bila dah nampak tak ok sangat bawa pegi klinik. Mood raya time tu masih ada. Kami pun sibuk ke sana sini raya la katakan... Isnin pagi tu bila rasa panas sangat memang dah tak boleh nak tunggu lagi terus bawa ke emergency kat Hospital Putrajaya. Malam sebelum tu dah datang tapi ramai sangat orang so kami balik dulu.Dalam pukul 3.30 pagi bila terasa badan abg long panas sangat terus ke hospital. Dalam pukul 4.30 pagi masuk air. Duduk sementara di ward emergency. Dalam tu penuh budak budak yang demam, memang musim demam la ni. 


Lebih kurang pukul 2 petang baru dapat masuk ward dalam hospital, so siang turn ibu yang jaga malam turn ayah. Malam tak boleh tunggu sebab susah pulak si kecik tu kalau tinggal dengan ayah dia. Selera nak makan memang tak puas la aku pujuk bila abg long cakap nak makan fries terus ibu beli. Itu pun dia makan cikit. Nampak sangat adam kurus time ni mana taknye asyik berak je.

Hari pertama di hospital suhu badan still tak ok. Demam on off. Nampak sanagt dia punya tak larat tu.








Hari kedua nampak macam nak ok, tapi demam still on off. Doktor tak bagi keluar selagi demam tak betul betul ok. Dah la time ni aku nak amik exam memang mencabar juga la, nasibla Encik Suami ada boleh tolong jaga kan abg long. Kalau nak diikutkan memang Encik Suami tak boleh nak cuti sebab next week dia nak outstaion banyak keje nak kena setttle sebelum pegi. Tapi apa boleh buat.. Cuti juga la dia...







Hari ketiga nampak perubahan yang positif. Adam dah boleh main macam biasa. Demam pun dah takde. Dapat pulak kawan yang rajin melayan dia lagi la seronok dia berlari. Kawan baru dia nama Haziq.


 Duduk hospital ni makan sedap sedap betol la! Lauk dia memang terasa. Bukan pesakit je dapat makan penjaga pun dapat makan sekali. Memang terbaik! Hari ni paling sedap dapat makan fish n chip ok... Berselera adam makan.


Bawa si kecik jumpa abg long dia. Kesian juga kat Arash dah 2 malam x jumpa abg long. Tengok condition adam time tu dah ok, tapi doktor tak round pulak kat katil adam petang tu, kotla boleh discharge hari tu juga.. So kami pun plan la macam biasa Encik Suami akan jaga adam time malam. Elok lepas sejam aku sampai rumah Encik Suami call minta amik balik sebab doktor baru round malam tu and cakap dah boleh discharge. Lega rasanya bila dah boleh keluar hospital takdela kelam kabut nak ulang alik ke hospital, lagi dengan anak kecik yang sorang lagi. Nasibla Arash tinggal dengan pengasuh bolehla minta ambik lambat cikit. Tapi kesian juga la kan tinggal kan anak lama kat rumah orang dia pun bila dah petang nampak sangat gelisah bila tengok orang lain balik dulu dari dia, sebab selalunya memang dia akan jd antara orang terawal yang akan balik. Ni bila lambat tak tentu arah dia pandang pintu.hihi


So 3 hari 2 malam di HPJ. Next week nye Encik Suami nak outstation 2 minggu lebih. Risau sangat kalau Adam tak sihat lagi. Tapi alhamdulillah sepanjang dia takde kat rumah anak-anak sihat..

No comments:

Post a Comment