Lepas check out dari Legend Resort, Cherating Kuantan niat di hati nak la singgah ke Kemaman, Terengganu sekejap sebab aku memang teringin sangat nak ke kedai kopi Hai Peng tu. Dah lama sangat tak ke sana since dah dekat ingat nak menyinggah sekejap la, ingatkan semalam nye lepas balik dari Pasar Payang nak singgah ke Hai Peng terus, tapi disebabkan kami nak bawa anak anak mandi pantai terus la balik ke hotel lagipun perut still kenyang sebab sebelum balik dari Kuala Terengganu kami singgah makan kerepok lekor di area Losong dan makan Ikan Celup Tepung dekat area yang memang femes tapi apa la nama tempat tu dah lupa la pulak.. Tapi kedai yang femes tu belom buka lagi so terpaksa la pegi makan ICT kat kedai sebelah.. Sedih...........
Nak di jadikan cerita elok je keluar simpang hotel tak sampai 5 minit perjalanan nak menuju ke Kemaman kereta kami dilanggar dari belakang! Memang tergamam di buatnya. Semua ni berpunca dari kerete yang tiba tiba nak masuk simpang yang tak boleh nak masuk. Eh paham x?hihi..
Macam ni jalan tu sebenarnya kena straight je tapi kereta depan ni nak juga masuk simpang sudahnya kami yang belakang ni break mengejut. Depan kereta kami ada sebiji kereta dan depan kereta ni ada bas. So kami kenderaan ketiga dari belakang dan kami semua sempat break emergency! Ntah macamana lebih kurang seminit lepas tu bila semua dah berjaya berhentikan kereta datang lori dari belakang tetiba je hentam kereta aku dan aku pun hentam kereta depan. Nasib baik time tu aku pegang si kecik dan Adam duduk belakang juga dengan aku. Memang terkejut sangat sebab memang berlaku dengan tiba tiba. Jarak aku dengan kereta depan actually agak jauh dan Encik Suami sempat pusingkan stereng ke kiri. So belakang kanan kena hentam dengan lori dan kereta aku depan belah kanan hentam bumper kiri kereta depan!! Kalau la Encik Suami tak pusingkan stereng ke kiri confirm jadi sardin la kami time tu dan kebarangkalian untuk cedera pada Encik Suami amatlah tinggi. Rasa nak runtuh jantung di buatnya. Adam cedera kat pipi kiri sebab time tu dia tercampak cikit ke depan dan tergesel dengan seat aku rasa. Memang tak tau macamana dia boleh dapat luka tu. Alhamdulillah aku, Encik Suami dan si kecik takde cedera apa apa.
Tempat kejadian. Lebih kurang 12.20 tengah hari
Kereta depan kami. Couple yang kami langgar ni baru je balik honeymoon. Kesian diorang. Orang Terengganu je, kereta pun tak teruk sangat, so diorang decide nak bawa ke bengkel area dia je.
Bonet tak boleh buka! grrrr
Lori yang langgar kami. Driver takde lesen! angkut barang dari Klang, Selangor dan hampir sampai ke destinasi takde lesen. Tak macam haram??!
Driver yang pakai baju kuning tu. Bila polis tanya dia boleh pulak dia main henpon. Eh budak ni mau aku tampar muka dia laju. Jawab pun macam orang lalok. Mengenangkan aku kat balai polis dan jauh dari tempat sendiri aku boleh cool lagi kalau ikut amarah aku mau aku tempeleng budak ni. Dah langgar pastu buat bodoh langsung tak cakap sorry dekat aku dengan anak anak. Ko ni hati binatang ke apa? Tak nampak anak aku kecik kecik lagi menangis ketakutan. Takde otak nak fikir?!
Masa accident tu owner lori and anak owner ada datang. Pastu anak owner tu pulak yang buat report on behalf driver dia yang takde lesen. Padahal masa accident tu si owner ni takde pun dalam lori tu, juz driver yang tak berlesen je ada dalam lori. Macam haram nak menipu! Nasib aku tanya polis tu kenapa pulak dia yang takde kena mengena nak buat report pulak.. Pandai ko nak kencing erk.. Lama juga tunggu dekat balai nak kasi setel report semua. Nak tunggu Inspektor yang dari Kuantan datang lagi. Dari pukul 12.30 tengah hari sampai pukul 5 petang duduk kat balai. Makan tegah hari pun tak. Yang jadi lama tu sebab kami nak jumpa owner lori nama apa ntah Pak Cik tu puas aku call minta dia datang atleast say sorry atau tanya apa yang patut tapi haram!!!! Ko tak fikir ke kami ni datang dari jauh dengan anak kecik lagi, tanya la apa yang patut boleh di tolong ke, kereta dah la tak boleh nak jalan jauh dah time tu sebab ada leaking. Ko fikir tak mana kami nak tinggal ke apa ke.. Takde! Anak owner tu pun macam haram langsung tak cakap sorry atau apa pun, padahal aku tenung dia lama time tu, langsung tak cakap apa apa. Harap pakai kopiah tapi perasaan kemanusiaan langsung takde! Takde langsung nak offer nak hantar anak aku pegi klinik check apa yang patut. Ko memang hati binatang kan!!! Bapak ko aku call suruh datang jumpa kami anak beranak kat balai pun bapak ko tak datang kan. Korang ni memang KEJAM!! ingat ye aku doakan korang akan terima nasib yang sama macam aku satu hari nanti!!
Disebabkan dah lama sangat kami kat balai dan tak larat nak tunggu sebab anak aku pun dah tak selesa time tu kami decide je nak gerak ke Kuantan terus tanpa jumpa owner lori tu, aku siap pesan kat polis dalam balai if pakcik tu datang la kalau la dia datang petang cakap aku memang tak maafkan diorang! Memang kita tak minta accident ni jadi tapi ko sepatutnya datang jumpa kami, masa mula mula accident cepat je ko sampai kat tempat kejadian kan. Itu yang buat aku geram sangat.
Time accident jangan cakap la, ramai gila orang bengkel nak tolong, tapi aku memang tak berani nak buat kat bengkel diorang sebab kami nak claim insurance lori tu dah memang ko yang salah kan! Ada yang paksa paksa, eiii memang rimas di buatnya. Bila call panel kereta dan diorang cakap kat Kuantan je ada panel so terus minta bengkel sana yang setel. So merasa la naik kereta yang ditarik..huhu.. Jarak dari Cherating dengan Kuantan takla jauh sangat lebih kurang setengah jam.
Dalam keadaan ni puas la fikir siapa la nak kami minta tolong. Mula mula call sepupu Encik Suami yang keje kat Petronas tu tapi dia nak datang pun agak jauh dan kereta kami pun nak kena hantar ke Kuantan, so teringat kawan office lama ada kat Kuantan, kami decide nak minta tolong dia je. Nasibla dia baru balik dari outstaion. 2 malam kami terpaksa tumpang tido kat rumah kawan Encik Suami. Hari accident tu hari ahad so bengkel tutup terpaksa la tunggu hari isnin untuk setelkan kereta. Memang pening kalau takde tempat nak bermalam, boleh tido hotel tapi kos agak tinggi la time tu dan nak bergerak untuk uruskan kereta pun susah, macam office lama Encik Suami waktu kerja agak flexible and boleh buat keje kat mana mana je sebab diorang company international kat office tak ramai orang, nak datang boleh tak datang pun boleh. So kalau tak datang office boleh je buat keje dari rumah janji ada ineternet. Best kan...
Kereta kami hantar kat bengkel Hoi Keen, Kuantan. Ni antara bengkel yang besar dan OK juga di Kuantan katanya.
So since dah ada kat Kuantan, Man (kawan Encik Suami) bawa la kami jalan and makan kat tempat yang menarik. Dapatla jalan ke Teluk Cempedak
Lupa pulak apa nama akak ni (isteri Man) memang baik sangat sangat akak ni. Thanks kak sudi layan dan tumpangkan kami kat rumah akak
Nampak tak kesan lebam tepi pipi Adam tu. Itulah bekas masa accident. Adam agak trauma juga lepas accident tu. Tido pun mengigau, menjerit macam ketakutan. Kesian sangat tengok dia. Aku yang dah tua ni pun rasa takut apa ntah lagi budak kecik..
Dinner kat kedai ni memang terbaik! Sedap gila. Kedai makan ni antara yang femes kat kuantan. Tapi lupa pulak nama kedai tu.
Dari Kuantan kami balik naik bus. Nasib anak anak tak buat perangai. Adam pun suka sangat sampai la hari ni dia cakap nak naik bus lagi
Kemain suka si Adam maybe sebab space luas dan tingkap bus besar so nak tengok pemandangan tu puas kot.. hahahaha
Kesimpulan
Kalau berlaku kejadian seperti kami ni (accident) jangan panik sangat. Relax kejap dan fikir siapa orang paling terdekat untuk minta bantuan. Jangan terus hantar kereta korang kat bengkel yang bukan panel (if korang nak claim insurance). Ingat berfikir secara waras sebelum buat sebarang keputusan.
HABIS!
alahai kesiannya adam sampai trauma... kdg kita berhati2 orang lain pulak yang tak berhati-hati lagi sakit hati kalau tak berhati perut mmg kejam pakcik tu...
ReplyDeleteapa pun Alhamdulillah semua selamatkan...
alhamdulillah xde yg cedera teruk.itu je yg paling penting.alhamdulillah juga ada org yg kami bergantung harap time tu..syukur sgt2..mmg kita x minta benda ni jadi tapi sebagai manusia pakcik tu datang la jenguk tanya khabar kejap..bila dia bt donno tu yg geram jadinya kak.. sedih sikap manusia skrg ni...bukan minta wang ringgit pun..haishhhhh
Delete