Thursday, April 28, 2011

Calculation Make Me Crazy!!

Sekarang kehidupan aku dan Encik Suami sedikit berubah.Soon akan berubah banyak lagi.Huhu..Mana taknye sekarang aku dah berbadan dua, dah tak boleh nak round round da world.Cheeewah!Hehe..Nampak gayanye impian nak ke Sabah tertangguh lagi..Baby dalam perut ni tak boleh nak lasak lasak lagi..So pergerakan aku dan Encik Suami agak terbatas..Takpela..Next time baby dah besar bawa baby jenjalan jauh lagi ye..

Sekarang dah kena minum susu.Uwekkkk!~Huuuu..Kalau minum susu HL tu ok lagi...Ni kena minum susu Anmum Materna plak sekarang ni..2 gelas sehari.Payah gak nak telan.Tapi demi baby dalam perut ni aku gagahkan jugakla..

Dan yang paling seksa Encik Suami suruh aku buat homework.Arggghhh..Takmo!!!~Encik Suami suruh aku buat kira kira yang mana sememangnye aku seorang yang sangat lemah dalam kira kira.Demmit!Tapi demi mu anak, ibu akan buat juga walaupun agak slow lagi tersengguk sengguk.Yela dah bape tahun plak aku tinggalkan sekolah.Ni nak kena buat latih tubi mate plak.Adoiii pengsan!!~Tapi takpe, demi perkembangan otak baby benda ni sangat la bagus sebenarnya.Lets kira kira ya!!**sekarang baru buat mate UPSR,hehe,masak la nak buat yg SPM punye..**

Ok tu je sempat update.Mood nak mengupdate agak kureng sekarang.Ayat pun dah macam apa..Next entry la aku cite detail lagi apa yang patut ibu mengandung amalkan ye..Bubye ;)

Thursday, April 21, 2011

Khamis Malam Jumaatla!!

Tajuk kat atas tu tak boleh blah..Wah tajuk katanye..Ayat tak matang langsung..Huhu~

Hari ini adalah hari yang paling aku tunggu..Kenapa?Takde apa,saja.Cuma bila berakhir hari ini selepas jam 5 petang jiwa raga aku boleh tenteram.Otak pun tak payah nak fikir banyak benda lagi.Harap haraplah.Janganlah tetiba lepas ni ada lagi ye..Huhu..


Hari ni semangat bangun pagi walaupun mata ni nak pejam lagi.Seminar hari ni aku 1 of the organizer.Ke hulu ke hilir aku hari ni.Konon konon bawa la camera canggih nak amik gambar tapi ntah camne nafsu nak amik gambar hambar pulak..Adala cikit gambar yang aku amik..Jadilah,daripada takde kan..

Tapi frust bila muka aku tak masuk dalam gambar dengan YDP.Cehh!Aku sibuk buat keje diorang dah amik gambar.Tak aci tau..Setel sana sini,mana yang patut kena buat,kejar orang tu orang ni,kejap kat dalam dewan kejap kat luar dewan,kejap naik tanggan turun tangga,tepon orang tu orang ni bla bla bla..Fuh agak agak hari ni mau 10ribu langkah aku hari ni.Gaya hidup sihat sungguh aku ni.Tak padan tengah berbadan dua.Nasib si kecil dalam perut ni tak banyak ragam.Senang aku nak bekerja.Syukur alhamdulillah..

Part paling best bila dapat check breast cancer secara percuma dengan menggunakan teknologi yang canggih/tak menyakitkan langsung.Apasal free?Aku AJK tertinggi ma..Free lorr ;D..TQ Datuk Dr Sidiq..Tapi yang check tu bukan dia la.Nak mam***..Malu la orang yang buat check up tu.Tapi seyes ah.Tebal gak muka.Mana taknye Dr tu singkap je baju sampai atas.Memang trang tang tang dia tengok ko punya atas tu.Siap sapu sapu lagi.Adehhh nasib tak stim.Hahaha.Bongoks la!!Gugurl kowt Dr tu nak stim apanye..Bagus ah Dr tu.Layan orang baik punye.She from Chennai,India.Dah 10 tahun hidup kat Malaysia.Eceh..Sempat aku interview dia..Tapi nama je aku lupa tanya.Ngeee~

Bila jam dah tunjuk ke angka 5.YES!Seminar dah habis.Berakhirla sudah tugas aku kali ini.Before balik Dato' ajak buat post mortem dulu.Feedback semua ok dari peserta dan peniaga yang buka booth hari ni.Walaupun hujung bulan sakan juga mak mak ni membeli.Okla tu,beli untuk anak anak juga kan..Aku tak sempat nak round kat booth booth tu..Jeling jeling manja je.Nak beli tak berkesempatan pun,mana taknye ke hulu ke hilir aku ni.Apa nak buat..Tapi sep juga duit aku.Cuma yang aku sempat beli karipap frozen dengan popia satar frozen.Sedap!Baru je lepas makan tadi..Hehe..

Pukul 6.15 petang terus cabut balik.Semua dah setel.Salam salam,cium pipi kanan kiri mak mak datin,dato',pn sri,puan puan,kakak kakak bagai terus aku cabut.Tak mau tunggu lama lagi.Nanti ada je nak kena buat.Mak datin aku dah balik aku pun balik la..Huhu..Nway sangat happy dapat bekerjasama dengan ramai orang,dengan orang orang yang berpangkat ni,walaupun diorang ni berpangkat dato' datin bagai tapi diorang ni sangat baik tau.Very sporting u know..So takdela rasa stress bekerja dengan diorang ni..Enjoy je beb.Seronok dapat bergaul dengan ramai orang ni banyak knowledge yang kita boleh dapat.Kan bagus kalau macam tu..Tak gitu??Cehh bak kata member member "waaa hebat sekarang,kawan dengan datin datin je sekarang ni"..Hehe..Ada juga yang cakap "eh ko ni dah macam makcik makcik aku tengok,sibuk benor berpesatuan"..Nak buat camne.Dah minat..Huhu..

p/s : gambar nanti la aku letakkan..sekarang malas nak tranfer gambar lagi la.Bye.

Tuesday, April 19, 2011

OK Dah Sampai

Ahh lega akhirnya dapat sampai kat umah sendiri.Rasa letih still tak hilang lagi.Ingat esok nak sambung cuti.Memandangkan ada seminar yang nak kena handle terpaksa la aku batalkan niat nak bersenang lenang kat umah ni.Dah 4 hari tak duduk kat umah sendiri.Rasa lain macam je..Dahla balik kampung kali ni aku dapat penyakit yang tak diundang plak tu!Habis satu badan aku gatal gatal.Merah sana sini.Dr kata aku salah makan.Arrrgggghhh!!~Damn it!!Cuaca kat kedah kali ni makkk aihhh..Bak kata orang sana 'panas litlit'.Mandi pun tak rasa basah.Mandi malam pun tak rasa sejuk..OMG.Panasnye,bahang kat sini lain macam la**Panas dunia baru cikit dah komplen,belum panas kat sana lagi**

Balik kampung kali ni sempat la kami masuk Danok,Thailand**asyik masuk Thailand je,bila nak masuk Paris plak ni..huhu**Saja jalan nak round round pekan Danok tu.Nak tengokla apa yang ada.Kali ni tak rasa teruja pun nak amik gambar.Almaklumla pegi pun dah petang,konon nak klua awal cikit tapi disebabkan ada banyak bebenor halangan terpaksa la pegi lewat.Geram ok!!~Kami masuk around 3.45petang.Nasib tak susah sangat nak masuk.Tapi masa cop tu kena bayar rm2.Perlu ke??Ke diorang memandai buat arahan sendiri.Bukan ke keje diorang tu memang cop passport.Hurmm lantaklah.Janji boleh masuk.Huhu..Hari Isnin kalau masuk tak la ramai sangat,bolehla nak ke sana ke mari senang hati.

Pekan Danok tu takla besar sangat.Actually masuk tu Encik Suami nak cari jersey.Tapi sayang seribu kali sayang.Jersey idaman takde saiz.Last last aku yang dapat jersey tu.Hehehe..Puas cari kat pekan tu semua dah habis saiz.Apa boleh buat,kempunan la jawabnya.Dah takde rezeki la tu.Takpe balik ni kita cari kat boutique jela ye..Hahahaha**Encik Suami tension bila aku cakap macam tu kat dia..Muka terus ketat ;D**Beli tilam yang mak dengan kakak aku pesan,beli makanan cikit,beras pulut,bunga api **saja beli nak bangi anak anak buah aku main** bla bla la..Ok dah letih.Terus klua.Ada la 3 jam round round kat pekan Danok tu..Tak banyak sangat pun yang kami beli.Ala kadar je..Otw balik pekena dulu Jo Cendol Pulut.Perghh...Mantap!Hilang haus..

Kali ni pepagi lagi dah gerak balik pangkal jalan @ umah aku la..Huhu..Before tu singgah dulu umak tok ngan wan.Lepak sejam dua baru gerak dengan senang hati.Macam biasa kalau aku balik abang aku siang siang dah pesan suruh beli buah barli.Ikan pekasam tak lupa juga.Kena beli mak nak juga..Kalau balik bonet kete tak penah kosong.Ada saja pesanan penaja.Nasib bonet kete Encik Suami besar.Pukul 11 am gerak pukul 4 sampai!!Syukur alhamdulillah..Selamat sampai juga akhirnya walaupun lenguh lenguh punggung aku dibuatnya ;).

Friday, April 15, 2011

+VE

Syukur alhamdulillah
Hari jumaat yang mulia ni dapat berita gembira
Rasa seronok sangat
Encik Suami tak habis habis tersengeh sengeh
Macam kerang busuk pulak aku tengok ;D
Seronok sangat la tu
Dah lama dia tunggu nak dapat orang baru ;)
Akhirnya tercapai juga impian kami nak jadi IBU & AYAH
InsyaAllah hujung tahun ni bertambah meriah la kami
TQ ALLAH...

Wednesday, April 13, 2011

Eh Ada ACCIDENT lah!!~

borak borak manja minta simpati En Suami sebelum masuk tido ;)

isteri: po mata b ni dah tak larat nak tunggu la..nantuk sangat...po tolong sidaikan baju yekk..
suami: ok..pegila tido biar po setelkan...
isteri: fuh lega..hehe..tq po..jgn tido lambat sangat k..

Setting bantal,selimut kasi balut satu badan ok..Malam ni macam sejuk so tak nak buka kipas dulu..Ok dah ready!!Bismillah..Baru je mood tido nak datang tetiba ada bunyi kuat plak kat luar umah.Otomatik kelam kabut aku bangun balik.Terus kelam kabut lari kat tingkap nak tengok apa yang jadi..Encik Suami pun kelam kabut sama nak tengok apa yang jadi kat luar..

Sekali bila intai rupanya ada accident depan umahla..Wah!gila punya kuat bunyi yang berdentum tadi.Dari atas umah aku tengok ramai yang dah berkerumun kat tempat accident tu.Terus aku yang jadi lagi kelam kabut,walaupun bukan aku yang terlibat sama dalam accident tu tapi badan aku yang rasa menggigil lebih.Jadi seram sejuk dibuatnya.Terus minta Encik Suami telepon 999..Padahal tak tau pun kedaan orang tu camne..Huhu..Gila busy body kan..Eh ni bukan busy body la tapi PRIHATIN ok!!~Tak kisahla orang tu berdarah ke tak,janji kita dah tunaikan kewajipan sebagai manusia yang prihatin kan...

Nasib la yang accident tu tak melibatkan orang lain.Dalam erti kata dia accident dengan diri sendiri je..Habis naik atas divider jalan.Pokok pokok yang ada kat atas divider tu pun habis semua dia sapu..Habis bersepah pokok pokok atas jalan.Dan bertambah lagi nasib baik dia,sebab dia bawa 4 wheel drive.Kalau bawa kete rendah confirm confirm la dah terbalik sebelum sempat nak naik atas divider jalan tu.

Hishhh ni mesti ngantuk atau mabuk.Tapi aku rasa dia ni ngantuk ni..Yelah time tu dah pukul 12.10 pagi.Time time tido kan..Nasib la dia still boleh control kete dia kalau tak mesti dah masuk jalan sebelah and yang paling teruk dia boleh terlajak sampai ke dalam pagar kawasan umah aku.Kalau dah termasuk dalam kawasan umah aku,confirm la kete kete orang yang tak bersalah terlibat sama.Elok je dia stuck kat divider.Punya la dia berusaha nak keluarkan kete tu,ke depan ke belakang nak kasi keluar dari atas divider,fuhh dalam masa tu,bawah kete tu toksah cakapla.Bunyi dia bergesel punya la kuat,ngilu aku dibuatnya.Dalam masa kurang 10 minit dengan bantuan orang yang ada kat situ berjaya juga kete tu keluar!Steady la..Walaupun aku tengok 4 wheel drive tu macam tin biskut yang dah remok boleh lagi dia jalan..Hehe..Cayalah!!~Confirm lepas ni mata dia segar bugar plus menggigil satu badan sebab ketakutan..

Aiseh lepas tengok accident tu terus mata ni segar plak.Baju pun dah habis spin sama sama la laki bini ni sidai baju..Lepas tu terus ajak Encik Suami tido..Dah lewat sangat ni aku kata..Kang mata tak boleh nak buka pulak esok pagi..Ohh demm!Esok kena pegi keje lagi..

p/s: Hari jumaat lepas keje dah la nak balik kampung Encik Suami yang jauh kat utara nun.Terus aku bagi tazkirah pepagi buta kat Encik Suami,esok kalau awak ngantuk ke letih ke tolongla berhenti kat rnr..Jangan kalut sangat nak cepat sampai..Tengok bila dah accident macam macam hal nanti jadinya..Bla bla bla....Bila dah penat terus aku diam sendiri..Huhu..

"Moral of the story untuk korang dan aku sendiri jangan la drive bila diri kita tak stabil and lebih lebih lagi bila kita dalam keadaan mengantuk ye!!"

Dulu aku penah juga hampir hampir accident sebab terlelap..Cikit lagi nak masuk parit or langgar budak yang naik motor time tu.OMG..Nasib tak jadi apa apa..Syukur sangat..Dah la time tu lagi sehari dua nak raya..Kalau la aku accident confirm aku raya dalam sepital!!~

Monday, April 11, 2011

Sokonglah Produk Tempatan

Moh kite buka akaun baru
Jangan lupa kaborkan pada mengkeme-mengkeme yang lain ye
Hahahahaha

Nak kenal pengasas nye

Wednesday, April 6, 2011

Main Bowling Jom!!

Pertandingan bowling antara staff Proton dari Department GTP diadakan pada

Date : 2 April 2011
Venue : Summit Subang
Time : 9.00 pagi

Hurmm baru je ingat nak bangun lewat bila hujung hujung minggu camni
Tapi disebabkan aku isteri yang mithali kena la teman suami tercinta
Nak bagi support kononnye..huhu

Wahh abang encem menung jauh nampak
Tengah cari mood kah??

Team AKU LUPA
**dah takde nama lain ke korang nak pilih??ni pengaruh nazmi raja lawak la ni..lepas ni jangan lupa diri korang plak dah le..huhu**

Perghh sunguh sungguh nampaknya
Apala si ayie tu nak cakapkan ye..

Bapak aku ke tu??
Apahal cenggitu gayanye
Confius aku dibuatnye :D

Menang jam je ke bang??
Huhu..Jadilah...

Isteri isteri yang sentiasa di sisi suami
Tapi yang tengah tu belum lagi ye..
Bulan 6 ni baru sah!!~Hep hep..sekarang dok jauh jauh dulu

Ok lunch time
Seyes lapar gile
Pagi tak breakfast ok!!~

Menu wajib at Thai Village
Som Tam & Mee Hun Tom Yam
Super duper yummy ^^,

Friday, April 1, 2011

Mutiara Kata

"Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhirat"


"Sesungguhnya hati orang yang bodoh itu ada di mulutnya tetapi hati orang yang bijaksana ada di hatinya"


"Paip yang kosong menghembuskan angin tetapi jika kepala yang kosong akan menghasilkan kegelapan"


"Semakin jauh kita cuba lari dari menyelesaikan masalah, semakin dekat ianya datang menghampiri kita…"


"Jangan berbangga denga pujian teman kerana sebalik pujian terdapat satu kejian"


"Kemuncak segala dosa ialah bohong. Dua perkara yang sentiasa mengiringi bohong ialah banyak berjanji dan banyak memberi alasan"


"Tiada bantal yang lebih lembut melainkan ribaan ibu sendiri"


"1000 mancis tidak menerangi kau di dalam kegelapan buat selama lamanya tetapi cahaya keimanan dapat membawa kau ke jalan kesenangan"


"Adalah lebih baik memiliki wajah yang hodoh dari lidah yang hodoh kerana wajah yang hodoh tidak mungkin boleh menyakiti hati orang lain tetapi lidah yang hodoh boleh mengeluarkan kata kata yang melukakan"


"Belajarlah bersyukur ketika mendapat keuntungan dan belajarlah tersenyum ketika menghadapi kerugian"


"Cintaku kepada Tuhan kerana aku adalah ciptaan-Nya. Cintaku terhadap seseorang itu adalah kerana perasaan yang dicipta-Nya"


"Hindarilah diri dari menjadi manusia yang suka berpuak puak dan berpecah pecah. Contohilah resam semut bila bertemu seakan bersalam dan suka bekerja sama di antara satu sama lain"


"Bercintalah dnegan pelajaran, bertunanglah dengan mengulangkaji, berkahwinlah dengan peperiksaan dan berbulan madulah dengan kejayaan"


"Tiada gunanya 1000 janji janji manis yang dilafazkan sekiranya kau selitkan sekali kata-kata dusta yang kau akhiri dengan kemaafan"


"Seandainya hidup ini punca perpisahan… biarlah kematian menyambungnya semula, tapi seandainya kematian punca perpisahan… biarlah hidup memberi erti yang nyata"


"Teman yang banyak boleh diibaratkan seperti pasir pasir di pantai tetapi teman yang satu adalah mutiara di antara pasir pasir itu"


"Keikhlasan seumpama seekor semut hitam dia atas batu hitam di malam yang amat kelam, ianya wujud tapi amat sukar dilihat. Jangan tertipu dengan terangnya bulan kerana di sebalik terang itu banyak kegelapannya"


"Biarlah bodoh bila diajar tapi jangan bodoh tanpa pelajaran"


"Apalah gunanya ilmu jika tidak di amalkan dan apalah gunanya hidup jika tidak berlandaskan sunnah dan Al Quran"


"Menilai diri sendiri adalah lebih susah dari menilai 1000 orang lain"