borak borak manja minta simpati En Suami sebelum masuk tido ;)
isteri: po mata b ni dah tak larat nak tunggu la..nantuk sangat...po tolong sidaikan baju yekk..
isteri: po mata b ni dah tak larat nak tunggu la..nantuk sangat...po tolong sidaikan baju yekk..
suami: ok..pegila tido biar po setelkan...
isteri: fuh lega..hehe..tq po..jgn tido lambat sangat k..
isteri: fuh lega..hehe..tq po..jgn tido lambat sangat k..
Setting bantal,selimut kasi balut satu badan ok..Malam ni macam sejuk so tak nak buka kipas dulu..Ok dah ready!!Bismillah..Baru je mood tido nak datang tetiba ada bunyi kuat plak kat luar umah.Otomatik kelam kabut aku bangun balik.Terus kelam kabut lari kat tingkap nak tengok apa yang jadi..Encik Suami pun kelam kabut sama nak tengok apa yang jadi kat luar..
Sekali bila intai rupanya ada accident depan umahla..Wah!gila punya kuat bunyi yang berdentum tadi.Dari atas umah aku tengok ramai yang dah berkerumun kat tempat accident tu.Terus aku yang jadi lagi kelam kabut,walaupun bukan aku yang terlibat sama dalam accident tu tapi badan aku yang rasa menggigil lebih.Jadi seram sejuk dibuatnya.Terus minta Encik Suami telepon 999..Padahal tak tau pun kedaan orang tu camne..Huhu..Gila busy body kan..Eh ni bukan busy body la tapi PRIHATIN ok!!~Tak kisahla orang tu berdarah ke tak,janji kita dah tunaikan kewajipan sebagai manusia yang prihatin kan...
Nasib la yang accident tu tak melibatkan orang lain.Dalam erti kata dia accident dengan diri sendiri je..Habis naik atas divider jalan.Pokok pokok yang ada kat atas divider tu pun habis semua dia sapu..Habis bersepah pokok pokok atas jalan.Dan bertambah lagi nasib baik dia,sebab dia bawa 4 wheel drive.Kalau bawa kete rendah confirm confirm la dah terbalik sebelum sempat nak naik atas divider jalan tu.
Hishhh ni mesti ngantuk atau mabuk.Tapi aku rasa dia ni ngantuk ni..Yelah time tu dah pukul 12.10 pagi.Time time tido kan..Nasib la dia still boleh control kete dia kalau tak mesti dah masuk jalan sebelah and yang paling teruk dia boleh terlajak sampai ke dalam pagar kawasan umah aku.Kalau dah termasuk dalam kawasan umah aku,confirm la kete kete orang yang tak bersalah terlibat sama.Elok je dia stuck kat divider.Punya la dia berusaha nak keluarkan kete tu,ke depan ke belakang nak kasi keluar dari atas divider,fuhh dalam masa tu,bawah kete tu toksah cakapla.Bunyi dia bergesel punya la kuat,ngilu aku dibuatnya.Dalam masa kurang 10 minit dengan bantuan orang yang ada kat situ berjaya juga kete tu keluar!Steady la..Walaupun aku tengok 4 wheel drive tu macam tin biskut yang dah remok boleh lagi dia jalan..Hehe..Cayalah!!~Confirm lepas ni mata dia segar bugar plus menggigil satu badan sebab ketakutan..
Aiseh lepas tengok accident tu terus mata ni segar plak.Baju pun dah habis spin sama sama la laki bini ni sidai baju..Lepas tu terus ajak Encik Suami tido..Dah lewat sangat ni aku kata..Kang mata tak boleh nak buka pulak esok pagi..Ohh demm!Esok kena pegi keje lagi..
p/s: Hari jumaat lepas keje dah la nak balik kampung Encik Suami yang jauh kat utara nun.Terus aku bagi tazkirah pepagi buta kat Encik Suami,esok kalau awak ngantuk ke letih ke tolongla berhenti kat rnr..Jangan kalut sangat nak cepat sampai..Tengok bila dah accident macam macam hal nanti jadinya..Bla bla bla....Bila dah penat terus aku diam sendiri..Huhu..
"Moral of the story untuk korang dan aku sendiri jangan la drive bila diri kita tak stabil and lebih lebih lagi bila kita dalam keadaan mengantuk ye!!"
Dulu aku penah juga hampir hampir accident sebab terlelap..Cikit lagi nak masuk parit or langgar budak yang naik motor time tu.OMG..Nasib tak jadi apa apa..Syukur sangat..Dah la time tu lagi sehari dua nak raya..Kalau la aku accident confirm aku raya dalam sepital!!~
No comments:
Post a Comment