Sabtu yang lepas aku dan Encik Suami ke Melaka Bersejarah. Actually keinginan nak berjalan-jalan kat Bandaraya Melaka ni dah lama kami plan, tapi atas beberapa faktor yang tak dapat nak dielakkan baru-baru ni baru la kami berkesempatan nak meronda-ronda kota Melaka. Yeeha!!~ Since cuti sekolah ni banyak la undangan perkahwinan. Tujuan ke Melaka ni pun atas undangan perkahwinan schoolmate aku dulu kat Alor Gajah n undangan anak KSU kat MITC**ceewah macam besar pangkat nak g kenduri orang-orang besar ni..hihi..Actually aku sangat la baik dengan isteri dia, so takkan tak pegi kan.Dia bagi kad by hand. Aku orang kuat dia dalam persatuan tu ynang kena datang juga..Kebetulan ada 2 jemputan kat Melaka n ahad tu takde undangan kat area Putrajaya/Selangor so boleh la pegi + boleh jenjalan sekali ;)** Sampai kat umah schoolmate aku pun dah pukul 4 singgah kejap jela, bagi hadiah terus menuju ke destinasi yang seterusnya.. Before datang sini aku dan Encik Suami ke kenduri kawan officemate Encik Suami kat Cheras, tu yang lambat sampai Melaka.
Check Inn at Yellow Mansion Hotel
Hotel kat Melaka sangat la penuh. Ni je yang aku jumpa, ni pun nasib baik je..Booking online siap siap. Kalau tak booking confirm tido dalam kete / kat masjid.Huhu.. Nak cari hotel ni punya la payah. Berpuluh-puluh kali pusing kat town tapi bayang tak nampak-nampak juga. Geram gila. Jam sana sini. Aaarrggghhhh!!~ Banyak gile kereta kat Melaka ni. Time cuti sekolah ni ramai benor nak datang Melaka. Lebih kurang 1jam++ baru jumpa. Lega..Ni hotel budget, n my room juz cost rm50 only!!Murahkan. Tetapi bilik air kat luar ye.. Dah sampai baru tau. What??? Gulp~ Nak buat camne dalam tenet tak gitau pun bilik air kat luar.. Sesuaila dengan harga dia kan..Takpe tido semalam je.. Masuk bilik aku dan Encik Suami terus tergelak-gelak. Mana taknye 1st time tido hotel bilik air kat luar.Dah macam asrama plak aku rasa. Tapi hotel ni dia ada beberapa jenis bilik, juz aku teramik bilik yang sangat biasa dalam erti kata lain bilik murah so kena la berkongsi toilet dengan yang lain and if bilik mahal cikit attach skali dengan toilet..Condition bilik ok, bersih ada aircond n kipas! Ok la kan.
Lepas mandi and solat terus keluar g cari makan. Lapar gile ok!!~Baby dalam perut dh tendang tendang nak makan**Haha..tipu je baby kecil lagi, baru 3 bulan, mana boleh tendang tendang lagi kan** Niat di hati nak pegi umbai yang heboh diperkatakan orang tu tapi bila tanya brother kat hotel tu orang dah start datang kat Muara Ikan Bakar ni.. Layan jela, perut pun dah nyanyi lagu rock ni!!
Banyak kedai kat sana but we choose this place coz kat kedai ni je ada seat.Huhu..Nasib! Kedai makan pun pack gile.Adehh.. Mesti ramai orang luar datang makan kat sini. Dah la hujan lite lite malam tu.. So malas nak ronda-ronda kedai lain lagi.
Sotong celup Tepung
Ikan Siakap 3 Rasa
Butter Prawn
Ketam Masak Cili
Ikan Siakap 3 Rasa
Butter Prawn
Ketam Masak Cili
Kat sini style makan dia kena makan nasi lemak yang macam gambar kat atas tu Tapi kitorang tak tau. Minta la nasi putih 2 pinggan. Ada brother tepi meja tegur "makan kat sini kena makan dengan nasi lemak" Tapi disebabkan dah minta nasi putih kami takla makan dengan nasi lemak tu..
Rasa masakan dia bagi aku ok-ok la.. Bagi 3 * dari 5 *
Baru rm85++.. Orang kata kat Umbai mahal cikit
Ahad punya aktiviti lepas pegi kenduri Datuk n Datin KSU kitorang meronda-ronda kat Bandar Hilir. Lama sangat tak datang sini. Rindu!!~ Cuaca redup memang sesuai nak berjalan. Memula ingat nak naik beca tapi memandangkan cuaca redup so jalan kaki jela ;).. Exercise la cikit kan..
Ni yang prob bila jalan berdua, terpaksa minta orang lain amik kan gambar..
Last station
Last station
Singgah makan nasi lemak n coconut shake dia. Terbaikkkk! Dulu tengok Qi JJCM datang makan kat sini. Tu yang nak rasa gak makan kat kedai ni. Nasi lemak n coconut shake dia memang mantop! Rugi korang yang singgah Melaka tak datang singgah kedai ni. Kedai tepi jalan je bebetul sebelah petrol pam. Area pantai Klebang. Memang penuh. Yang nak bungkus pun ramai. Tapi tak sia-sia korang tunggu lama nak rasa coconut shake dia.
Lebih kurang pukul 6 pm baru gerak balik. Semua yang nak makan kat melaka ni dah makan, tapi ada satu je lagi tak sempat nak cari. Asam pedas Power. Takpelah next time kita cari. Masa nak balik tu memang bercinta. Dekat 1 jam baru dapat keluar dari tol Simpang Ampat. Banyak betul kete. Kat highway toksah la cite. Lagi la banyak. Gigil kaki duduk dalam kete lama-lama. Dari Melaka nak masuk ke putrajaya jam! Perghhh.... Lahabau betul. Pasal la nak balik same time dengan aku kan..Huhu. Esok dah la keje.. Ngam ngam pukul 10 pm baru sampai umah. Akhirnya sampai juga.. Letih.. tapi enjoy dapat jalan jalan kat Melaka. Lama gile tak datang sana. Terubat juga la rindu kat Bandar Bersejarah ni. Banyak memori kat sini sebenarnya. Lagi-lagi memori masa zaman sekolah. Ohhh.. Ok cukup la tu.. Lain tahun la cite pasal sekolah plak.. Letih nak type banyak-banyak. Bubuye
Nota Kaki:
Gambar pengantin tak letak pun kan. Nanti bila dapat curi gambar diorang dari FB, aku letak la erk...Kali ni datang Melaka bila nak cari tempat yang kami nak tuju tu mesti sesat, nak cari hotel sesat, nak cari umbai sesat, last last makan kat muara ikan bakar je, nak pegi MITC sesat padahal bangunan dah depan mata, nak pegi Klebang sesat. Betul betul menguji kesabaran tau. Dulu datang, nak cari jalan keluar tak jumpa.. Memang lahabau kan!!Hahaha.. Padahal Melaka tu takla besar mana pun kan.. Moral of the story "malu bertanya sesat jalan".. Ye pepatah ni ditujukan khas untuk Encik Suami, sebab dia konon konon tau semua jalan kat Malaysia.
Gambar pengantin tak letak pun kan. Nanti bila dapat curi gambar diorang dari FB, aku letak la erk...Kali ni datang Melaka bila nak cari tempat yang kami nak tuju tu mesti sesat, nak cari hotel sesat, nak cari umbai sesat, last last makan kat muara ikan bakar je, nak pegi MITC sesat padahal bangunan dah depan mata, nak pegi Klebang sesat. Betul betul menguji kesabaran tau. Dulu datang, nak cari jalan keluar tak jumpa.. Memang lahabau kan!!Hahaha.. Padahal Melaka tu takla besar mana pun kan.. Moral of the story "malu bertanya sesat jalan".. Ye pepatah ni ditujukan khas untuk Encik Suami, sebab dia konon konon tau semua jalan kat Malaysia.
yello mansion tu actually sangat seram ...huhuhuhuhuhu~
ReplyDeleteyeke..ada kisah yg saya tak tahu nampaknye ni..ce kongsi..hehe
Delete