Tuesday, June 14, 2011

Kejadian Pagi Tadi..Earthquake!!

Aktiviti biasa waktu pagi biasa la kan
Breakfast
Dengan kawan kawan sarapan pagi aku
Macam biasa
Chit chat chit cat
Tetiba ada member tegur
"korang tak rasa gegar ke??"
Masing masing geleng pale jela
Mana nak rasa apa apa
Kalau sambil makan mulut pun sambil bergerak sama kan
Tetiba kecoh diorang cakap ada rasa gegaran
OMG

Usha kat luar bangunan
Nampak polis and bomba
Maybe ronda ronda je kot
Rupanya tak lama lepas tu ada ada announcement
Suruh semua staff kat blok tu turun sekarang
Disebabkan gegaran tadi la ni
Apa lagi capai la apa yang patut
Terus berkumpul kat luar bangunan
Dulu time sekolah bila ada benda yang melibatkan keluar kelas ni memang la excited sangat
Sebab nanti tak payah belajar..huhu..Pemalas kan..

Gegaran pertama pagi tadi lebih kurang pukul 8.10 kot..
Aku pun tak sure
Sebab aku memang tak rasa apa apa langsung
So takde la rasa takut sangat
Tak lama lepas tu lebih kurang pukul 11 lebih rasa lagi gegaran
Kali ni baru aku rasa
1st time dalam hidup aku rasa gempa ni
Walaupun sekadar tempias je yang aku rasa tapi aku still takut
Macamana la agaknya orang yang kat negara negara yang biasa kena gempa tu kan
Minta jauh la Malaysia ada gempa bumi
Hopefully lepas ni aku tak lagi rasa pengalaman yang menakutkan ni
Macam aku cakap tadi
Walaupun tempias seram sejuk juga dibuatnya
Minta la kita semua dijauhkan dari bencana yang tak di ingini
Amin.....


p/s : rupanya pagi tadi ada gegaran kat Indonesia..Gempa bumi bermagnitud 5.5 pada skala Richter di Sumatera Utara dikesan pada pukul 8.08 pagi ini, manakala gempa bumi kedua bermagnitud 5.7 dilaporkan berlaku pada 11.01 pagi. Jiran kita kena gempa harusla Malaysia pun terasa kan...Apa pun harap semuanya selamat..

No comments:

Post a Comment