Monday, September 26, 2011

ALAHAI BABY MAIN CHAK CHAK LA PULAKKKK

Semalam bersamaan hari Ahad 25 September jam 4 petang aku ada appointment kat Klinik Jameaton, Sri Kembangan. Niat dihati nak buat scan 4D. Punyalah excited nak tengok baby dalam perut yang semakin muncung ke depan ni kan.. Ala bukan tak boleh nak buat 2D ke 3D ke, tapi disebabkan anak pertama dan rasa duit dah banyak, cheeewah perasan, ahaks! tu yang agak tergediks nak buat scan 4D ni. Lagipun teknologi kan dah canggih tak salah kan kalau kita nak mengaplikasikan kecanggihan ni kannnn..

Actually aku tak tahu klinik kat mana yang sebenar-benarnya.. Aku pegi sini sebab kawan aku yang suggest and lepas tu aku google kat 'tenet' ramai juga yang menggesyorkan untuk pegi kat klinik ni kalau nak buat scan 4D. sekali pegi rupanya dekat je klinik ni dengan umah sewa aku. Cehh..Katanya Doktor Jameaton ni sangatla baik orangnya dan harganya pun berpatutan. Tapi semalam bukan Doktor Jameaton yang scan..... Actually aku pun tak berapa pasti apa status orang mengscan perut aku ni, huhu. Nak tanya segan tapi nampak macam ok je dia scan, i mean ada knowledge la, so tak kisah la. Orangnya muda lagi maybe assistant doktor kot....

Selalunya time petang baby akan main mary go round dalam perut aku. Tapi petang tu dia tido la plak.. Siap palingkan muka lagi. Posisi dia macam tengah sujud, taula time tu waktu asar, dia tengah semayang asar kot..ngee~ Tak pun segan kot nak tunjuk muka kat ibu ngan ayah. Puas la kejut dia, tak nak juga bangun. Haishh takde rezeki la nampaknye nak buat 4D. Cuma boleh buat 2D je ;(. Frust toksahla cakap. Tapi takpe, scan 2D tu pun macam dah ok. Still nampak baby punya badan semua cuma tak seclear 4D jela.. Takpela nak buat camnekan. Takde rezeki. Maybe bleh try sekali lagi kalau nak, tu pun before 32 week katanya, ada lagi sebulan kalau nak cuba jugak. Nak buat 4D ni pun bergantung pada baby if baby tak nak bagi kerjasama memang la boleh nak buat apa.. Maybe baby nak bagi surprise kat ibu ngan ayah kot time dia keluar nanti ;). Tak kisahla janji semuanya ok. Kali ni cuma dapat gambar je dulu video dalam 2,3 hari baru boleh dapat coz diorang kata ada problem cikit dengan diorang punya alat tu. Takpela janji dapat. nanti dah dapat aku upload k gambar baby ;).

So pada sesape yang nak buat scan 4D bolehla pegi kat Klinik Jameaton ni. Fasiliti dia pun nampak ok. Bila baring ada tv kat atas, so tak payahla kita susah susah nak telengkan kepala nak tengok gambar baby tu.. Environment dalam klinik pun selesa. So ok la. Bolehla kalau nak datang sini. Tapi kalau nak scan 4D cuma ada hari ahad je tau and jangan lupa buat appointment, nanti takut penuh pulak.

p/s:nanti aku kasi upload gambar/video bila dah dapat cd nye k ^__^

Friday, September 23, 2011

Me @ Week 28

Wah macam tak percaya. 28 minggu bersamaan 7 bulan!!!Dah masuk trimester yang ke 3 sekarang ni. Syukur alhamdulillah.... Proses mengandung dah hampir lengkap nampaknye.. Ada lagi beberapa bulan je nak habiskan tempoh mengandung ni. Tak sabar rasanya nak tunggu baby keluar :)

Dalam trimester ke 3 ni aku dah mula rasa mengah-mengah bila bercakap dan berjalan. Duduk pun dah serba tak kena. Baring apa ntah lagi kan. Kaki pun dah mula nak start kram kram. Sakit pinggang jangan la cakap. Pergi toilet setengah jam sekali tu dah kira perkara biasa, kadang kadang tu tak sampai setengah jam sekali nak ke toilet lagi. Arggghhh memang tension. Tapi nak buat camne kan. Ni semua perkara normal bagi ibu ibu mengandung **takpe tahan ziera lagi bape bulan je lagi, kena kuatkan semangat demi diri sendiri and baby k!!** Yang paling best perut dah semakin maju kedepan. Huhu..

Benda yang aku perasan sekarang aku dah semakin kuat makan. OMG! nasib timbang berat hari tu berat naik still ok.NORMAL. Kalau la dibuatnya berat naik mendadak habis la aku.. Nak bawa diri sendiri lagi dengan nak bawa perut lagi..Adoiiii.... Tak larat dah rasanya. Time time raya ni biasala kan open house sana sini. Banyak gila aku makan, but still aku rasa boleh sumbat lagi makanan tu walaupun aku rasa kalau aku tak preggy kompem aku dah muntah hijau kalau makan overdos! Tapi kali ni relax je. Walaupun kenyang still boleh sumbat lagi. Kadang kadang tu balik umah still rasa lapar lagi. Bila fikir fikir balik dahsyat gak penangan lapar orang mengandung ni kan :D.. Tapi so far aku takdelah belasah kaw kaw sampai tak hengat dunia. Aku still boleh control nafsu makan aku ni. Yela kita kena fikir juga effect akan datang kalau kita makan teroverdos nanti payah pulak nak menyelimkan diri. Ohh no.. Pantang nanti kena betul betul pantang ni.. Ceewaah.. Kena kuatkan semangat walau apa pun yang mendatang, nak kurus macam zaman anak dara dulu, tak kira!!!!

Sekarang ni aku ada satu penyakit lain. Asik sendawa dan kentut je.. Aishhh.. Bila petang sampai la ke malam, selagi mata ni tak tutup selagi tula angin angin ni akan datang. Nasib boleh lepas. Kalau tak lepas mau keras perut aku di buatnya. seksa gak tau walaupun angin tu boleh keluar. Non stop angin tu datang. Argggh memang tension. Sampai pedih hulu hati kadang kadang tu. Kadang kadang dengan tak sengaja aku mengeluarkan gas beracun pabila Encik Suami tengah menonton tv. Hahahaha... nasib lah! Eh tapi ikut buku yang penah aku baca angin ni perkara normal gak bagi ibu mengandung ok. So takleh nak buat apa la kan.. Encik Suami pun takleh la nak marah marah kalau aku terbuang angin aku kat dia.. Muahahahahaha. Suka suka.. Padan muka. **Encik Suami pun kadang kadang suka buang angin dia kat aku tau.. Sampai ada satu pagi tu aku takleh tido bila terhidu gas beracun dia. Tengah syok syok tido boleh plak dia keluarkan angin sepoi sepoi tak beradap tu keluar. Tup tup tu plak aku terjaga. 4 pagi ok time tu. Sampai subuh aku tak tido tau bila terhidu gas beracun tu. SUMPAH tak tipu!! hahahaha**

The best part sekarang ni dah nampak gender baby. Seronok sangat! Tapi minggu ni nak scan 4D plak. Nak kasi confirm betul betul dulu. Nanti baru boleh gitau baby apa ye. Tunggu... Yang lagi best bila baby dah mula aktif berpusing berpusing dan menendang-nendang dalam perut ni. Sampaikan kadang kadang tu rasa sakit di buatnya, yela mana taknye, asyik nak tendang je sakit la perut ibu ni but still rasa seronok walaupun ada rasa sakit.. Huhu.. Takpela pengalaman ni bukan selalu kita rasa kan ;)


Thursday, September 8, 2011

SELAMAT HARI RAYA ^___^


Rasanya masih tak terlambat untuk aku ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua yang membaca blog aku yang tak seberapa ni ;). Tahun ni merupakan tahun ke 2 aku beraya sebagai isteri kepada Khasyful Azim, next year baru dapat beraya dengan satu lagi status baru hehe.. Tak sabarnye~

Memandangkan tahun lepas dah beraya kat umah mak aku dulu so tahun ni kena la beraya umah mertua pulak kan.... 1st time raya tanpa family sendiri.. Lama tau aku balik raya sana tahun ni. Baik tak aku bagi chance kat Encik Suami berpuasa + beraya sekali kat sana.. Tapi for me kemeriahan kat umah mertua agak berbeza dari umah aku sendiri. Maybe sedara mara aku belah mak lebih 'pening' dari family mertua kot...Hoho.... Apa pun segala kekurangan dan kelebihan perlu la kita terima, dah nama pun hidup bekeluarga... Redha jela..Haha lain macam je bunyi..Ishhh takdela.. Jangan fikir yang bukan bukan ok!!~

Tapi yang paling pelik raya kali ni, selalunya aku pagi pagi raya kompem aku akan makan ketupat nasi ngan rendang, tapi tahun ni takde semua tu.. Waaa sedih gakla. Tapi nak buat camnekan. Beraya diperantaun memang la serba kekurangan.. Ahaks! Orang utara mana la makan ketupat ngan rendang kan.. Yang ada pun ketupat palas ngan serunding, kari daging. Agak pelik bagi aku sebenarnya. Kalau kat umah mak bukan setakat rendang ayam, rendang daging, rendang kerang, kuah lodeh, kuah kacang, nasi impit, lemang macam macamlah lauk yang ada **seyes aku tak tipu sebab nanti kami jiran jiran ni akan ada yang hantar lauk sorang cikit, so jadi la banyak ;)** Lagi satu hidangan wajib pada tetamu hari raya pertama soto. Kompem sedara mara yang datang raya akan cari soto dulu. Tapi takpelah nak buat camne kan. lain tempat lain rasa.. Huhu...

Hmm kalau dah raya raya ni haruslah banyak open house kan.. Gemok la camni, mau next check up berat badan naik banyak ni.. Aduhh risau gak ni sebenarnya. Takpe akan aku pastikan semuanya under control :D.. Pepun SELAMAT HARI RAYA !!!